Chery Pun Tak Nak Ketinggalan, Tayang Model Baharu

Pengeluar kereta dari China, Chery sudah bersiap sedia untuk menembusi semula pasaran Malaysia dengan lebih kukuh pada tahun ini.
Selepas Chery Malaysia mengumumkan pihaknya telah melantik Inokom Corporation untuk melakukan pemasangan tempatan di negara ini. Ia kemudian dilihat menyertai Malaysia Autoshow 2023.
Penyertaan Chery yang buat julung kalinya itu sebenarnya untuk mempamerkan beberapa model popularnya seperti Chery Tiggo 8 Pro dan Omoda 5 pada pameran automotif terbesar itu.

Omoda 5 dikatakan bakal menyaingi seterunya, Proton X50 dan Honda HR-V. Omoda 5 bakal menembusi pasaran Malaysia pada Julai ini
Omoda 5 ditawarkan dengan enjin 1.5 liter, spesifikasi sama seperti model keluaran Indonesia.
Enjinnya mampu menjana kuasa 145hp dan tork 230Nm, Ia dipadankan dengan kotak gear CVT.
Dari segi saiz, Omoda 5 lebih besar sedikit daripada pesaingnya, Proton X50 dan Honda HR-V.
Ia dipadankan dengan lampu depan dan belakang jenis LED, ada paparan digital bersaiz 10.25 inci selain terdapat juta ketersambungan Android Auto dan Apple carPlay.
Malah, terdapat juga kawalan iklim sensitif sentuh dengan saluran udara belakang, serta lapan speaker hi-fi Sony.
Selain itu, but standard seluas 360 liter boleh dibesarkan sehingga 1,075 liter sekiranya kerusi belakang direbahkan dengan nisbah 60:40.
Antara kelengkapan lain ialah ia menggunakan sistem kemasukan tanpa kunci, pintu tailgate belakang berkuasa, bahagian bumbung disaluti dengan upholsteri kulit, rim aloi 18 inci.

Bukan itu sahaja, ia juga sarat dengan ciri-ciri keselamatan seperti kawalan pelayaran adaptif, bantuan kekal lorong, pemantau titik buta dan brek kecemasan autonomi.
Seperti mana dikatakan tadi, Tiggo 8 Pro juga akan mula masuk ke Malaysia pada Julai tahun ini.
Kereta yang dipamerkan di Malaysia Autoshow 2023 adalah dalam bentuk pemanduan kanan (RHD), dan ia menampilkan reka bentuk gril "galaxy" baharu Chery serta bar LED lebar penuh di bahagian belakang selain dipadankan dengan rim aloi 19 inci.
Ia disumbat dengan enjin pengecas turbo 2.0 liter dimana ia mampu menjana kuasa setakat 250hp dan tork 390Nm.
Ia juga menawarkan tiga mod pemanduan iaitu Eco, Normal dan Sport.

Kabinnya pula menghidangkan infotainment bersai 24.6 inci, pencahayaan ambien kabin pelbagai warna, tempat duduk hadapan berkuasa dan berventilasi, kawalan iklim dwi zon dengan saluran udara belakang, pintu belakang tailgate berkuasa, bumbung panoramik, pengecas wayarles termasuk ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto.
Seperti Omoda 5, Tiggo 8 Pro juga dilengkapi dengan ADAS.
Bagaimanapun, Tiggo 8 Pro berkemungkinan sedikit mahal kerana adanya , pemantau parker 540 darjah, amaran perlanggaran hadapan, amaran buka pintu dan amaran lintasan trafik di belakang.
Model ini juga dilengkapi dengan Sembilan beg udara.
Apapun, Chery masih belum mendedahkan kedua-dua harga jenteranya itu.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT9073
SELANGOR
BSU4086
JOHOR
JF6941J
PULAU PINANG
PSG4245
PERAK
APM2413
PAHANG
CFJ1132
KEDAH
KGJ4650
NEGERI SEMBILAN
NEM2780
KOTA KINABALU
SJU5480
KUCHING
QAB7531P
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Makin Berlambak EV! Mungkin Ramai Yang Minat EV
Chery Malaysia mengesahkan bahawa pihaknya akan membawa Omoda 5 versi elektrik di negara ini selewat-lewatnya pada tahun hadapan.
07-07-2023
PERHATIAN! Omoda 5, Tiggo 8 Pro Dah Masuk M'sia
Chery melancarkan dua buah jentera terbaharunya secara serentak semalam.
07-07-2023
Chery Malaysia Jalin Kerjasama Pergudangan & Pengangkutan Alat Ganti Dengan Tiong Nam Logistics
Chery Malaysia mengumumkan kerjasama strategik dengan Tiong Nam Logistics Holdings Berhad.
23-06-2023
Review Chery Model Baharu Di Pasaran Malaysia I Chery Omoda 5, Tiggo 8 Pro E+, 8 Pro, 7 Pro & 4 Pro
Chery Omoda 5 sudah hampir tiba di pasaran Malaysia. Perlukan kenderaan sama kategori buatan lain seperti Proton X50, Toyota Corolla Cross & Honda HR-V gusar? Berapa rasanya harga jualannya? Bersama Omoda 5, Chery juga akan memasarkan 4 lagi model lain iaitu Tiggo 8 Pro E+, Tiggo 8 Pro Max, Tiggo
10-01-2023
Chery Mulakan Pengeluaran Global
Chery melancarkan Omoda 5 secara rasmi di Shenzhen, China sekali gus menjadikan China, pasaran pertama yang menerima kenderaan utiliti sukan yang bergaya itu.
14-07-2022
Omoda 5 Kini Sudah Boleh Ditempah Tetapi...
Chery Omoda 5 (2022), sudah boleh ditempah mulai hari ini di China.
05-07-2022
Chery Tiggo 7 Pro dan Tiggo 8 Pro Bakal Masuki Pasaran Malaysia!
Chery bakal membawa masuk beberapa model dalam barisan kereta Tiggo Pro ke dalam pasaran Malaysia.
11-05-2022
Chery Berlabuh Ke Indonesia Pula?
Tiga kenderaan Chery ditayangkan pada Pameran Motor Antarabangsa di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.
04-04-2022
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

