Great Wall Motor Buka Pusat 4S

Great Wall Motor Malaysia secara rasminya melancarkan Pusat Pengalaman Komprehensif 4S yang pertamanya di USJ, Subang, pada minggu lepas.

Bilik pameran yang berkeluasan 10,000 kaki persegi itu menempatkan tujuh ruang servis, fasiliti badan dan cat, jualan, servis, ruang istirehat dan beberapa lot parkir untuk pelanggan.


Pembukaan bilik pameran di atas tanah berkeluasan 1.21 hektar itu menandakan GWM telah mengorak setapak ke hadapan dalam mengembangkan rangkai pengedar di Malaysia dengan Kerjasama Superhub Auto.

Pengarah Urusan GWM Malaysia, Mike Cui berkata, pihaknya cukup berbesar hati untuk memperkenalkan pusat 4S baharu ini sekali gus membuktikan komitmen kami dalam memberikan kecemerlangan dan kepuasan kepada para pelanggan.


“Menerusi tawaran ini, GWM berhasrat untuk menyediakan pengalaman yang lancar dan bersesuaian dengan untuk keperluan pelanggan mereka yang dihargai,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut mengenai rancangan pengembangan rangkaian, beliau berkata, GWM mahu memilih pengedar yang berkualiti tinggi untuk mengukuhkan liputan rangkaian.
“Malah, GWM juga berhasrat untuk menyediakan akses secara meluas kepada pelbagai produk GWM dan servis selepas jualan yang tiada tolok tandingan,” tambahnya.


Untuk makluman anda, pusat pengalaman baharu ini bukan sahaja membolehkan pelanggan membeli kereta baharu sebaliknya pelanggan juga berpeluang merasai pemanduan beberapa jentera baharu GWM seperti Haval H6 dan GWM Cannon.

Difahamkan kedua-dua jentera ini akan dilancarkan untuk pasaran tempatan dalam tempoh terdekat ini.

Bagi yang mahu mengunjungi fasiliti baharu ini, ia terletak di Lot 61711, PLOT A, Persiaran Subang Indah Kawasan Perindustrian Subang USJ 1, 47600 Subang Jaya, Selangor.
Ia dibuka pada Hari Isnin hingga Ahad bermula pukul 9 pagi – 6 petang.
Untuk keterangan lanjut, layari laman sesawang www.gwm.com.my.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
GWM Haval H7 Generasi Terbaru Didedahkan Di China – Lebih Elegan Dari Biasa
Syarikat automotif China, Great Wall Motor (GWM), baru sahaja mendedahkan gambar rasmi SUV crossover bersaiz sederhana terbarunya, Haval H7 generasi kedua.
06-01-2025
Ada Berita Baik Buat Orang Kuching
GWM Malaysia dan rakan kongsinya membuka pusat servis 4S yang pertama di Kuching, Sarawak.
12-12-2023
Trak ke RAKSASA? Itu Dia Trak Cannon
Great Wall Malaysia menayangkan trak pikap terbaharunya, Cannon di Malaysia Autoshow 2023.
05-05-2023
EPMB Pasang GWM Haval Jolion HEV, WEY 80 PHEV Di Melaka
EPMB akan memasang secara tempatan Jolion HEV dan WEY 80 di kilangnya yang terletak di Pegoh, Melaka.
17-12-2024
Trak ke RAKSASA? Itu Dia Trak Cannon
Great Wall Malaysia menayangkan trak pikap terbaharunya, Cannon di Malaysia Autoshow 2023.
05-05-2023
Berita Terkini
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?
Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.
09-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

