Ada Berita Baik Buat Orang Kuching

GWM Malaysia dan rakan kongsinya membuka pusat servis 4S yang pertama di Kuching, Sarawak, baru-baru ini.
Pengarah Urusan GWM Malaysia, Cui Anqi berkata, bilik pameran itu akan memainkan peranan sebagai penghubung penting antara Great Wall Motor dan Kuching, Sarawak dalam usaha pihaknya memperluaskan capaian kepada lebih ramai pengguna di Malaysia Timur.
“Ini termasuk menyediakan rangkaian pilihan produk yang lebih luas, dan memastikan perkhidmatan yang terbaik.
"Rangkaian saluran kami semakin berkembang dari Malaysia Barat ke Malaysia Timur. Setiap pelancaran produk kami dikaji dengan teliti sebagai respons kepada permintaan pasaran.
“Pada bulan Oktober tahun ini, kami mengukuhkan pelan kerjasama untuk pemasangan tempatan CKD dengan EP Manufacturing Berhad (EPMB),” katanya.

Malah, beliau cukup yakin bahawa produknya akan berkembang dengan pantas pada tahun hadapan menerusi pengenalan model kompetitif secara berturut-turut untuk memenuhi keperluan pelanggan.
Berbalik kepada pusat servis itu,, pusat servis 4S yang terletak di Jalan Mendu, Kuching ini menawarkan perkhidmatan jualan, servis, penyelenggaraan, dan alat ganti.

Dengan keluasan 1,700 meter persegi, kemudahan ini menawarkan bilik pameran seluas 550 meter persegi yang dibina khusus untuk menampung pelbagai model GWM.
Selain itu, terdapat juga bengkel pusat servis yang seluas 492 meter persegi dengan 10 ruang kerja dan 2 ruang basuh kereta bagi memastikan penyelenggaraan yang cekap .
Untuk keterangan lanjut, KLIK.

Bilik Pameran GWM
Alamat: No 9, Lot 139, Section 56 KTLD, Jalan Mendu, 93200 Kuching, Sarawak
Hubungi: +6082 - 426727
Waktu Perniagaan: Isnin – Jumaat: 8:15 pagi – 5:30 petang, Sabtu: 8:15 pagi - 4 petang, Ahad (Jualan sahaja): 10 pagi - 2 petang.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
GWM Haval H7 Generasi Terbaru Didedahkan Di China – Lebih Elegan Dari Biasa
Syarikat automotif China, Great Wall Motor (GWM), baru sahaja mendedahkan gambar rasmi SUV crossover bersaiz sederhana terbarunya, Haval H7 generasi kedua.
06-01-2025
Trak ke RAKSASA? Itu Dia Trak Cannon
Great Wall Malaysia menayangkan trak pikap terbaharunya, Cannon di Malaysia Autoshow 2023.
05-05-2023
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
