MINI Electric Resolute, Barang Baik, Patutlah Ada 90 Biji Je

Jenama automotif premium kompak yang tercanggih di Malaysia, MINI memperkenalkan MINI Electric Resolute Edition pada Malaysia Autoshow 2023, sebentar tadi.

Model keluaran istimewa ini akan dijual cuma 90 unit di Malaysia.
Berdasarkan 3 pintu MINI elektrik yang sudah ada di negara ini, MINI Electric Resolute Edition didatangkan dengan tiga warna yang cukup mengancam: – Nanuq White, Enigmatic Black, dan Rebel Green.

Tidak menggunakan elemen-elemen krom sebaliknya dikemasi dengan Resolute Bronze yang serba eksklusif.
Ia dapat dilihat pada lingkaran lampu hadapan, gril radiator dan lampu belakang, ke tutup sisi pada panel sisi hadapan serta hendal pintu dan but.

Sementara itu, cermin hadapan dikemasi dalam warna Piano Black, termasuk kerangka bahagian dalam komponen gril radiator.

Bukan itu sahaja, MINI Electric Resolute Edition kelihatan agak eksklusif kerana terdapat garisan di bahagian bonet .

Menjengah trim ambang pintu, ia menampilkan corak yang terdiri daripada dua garisanselari dengan warna bergradien antara rona emas yang cerah dan gelap, selain tertera “RESOLUTE”.

Ciri-ciri eksklusif bagi jentera edisi baharu ini termasuk Waistline Finisher dalam rona hitam, serta set roda aloi Electric Collection Spoke 17 inci.

Bahagian dalamannya pula, ia dilengkapi dengan kerusi dalam kemasan upholsteri Black Pearl Light Chequered, serta material bumbung berwarna antrasit denganpeletak tangan dan kusyen lutut berwarna hitam.

Malah, corak garisan-garisan halus yang melengkung dalam warna emas juga dapat dilihat pada permukaan interior dan ambang sisi.

Apapun, MINI Electric Resolute Edition 2023 secara mekanikal mencerminkan tawaran standard MINI Electric.
Seperti biasa, ia menggunakan motor elektrik yang dipasang di hadapan yang memacu roda hadapan dengan menghamburkan kuasa setinggi 184 hp dan tork 270 Nm.

Ia mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 7.3 saat, serta jarak perjalanan maksimum pula sekitar 232 KM dengan setiap cas penuh bateri 28.9 kWj.
Memandangkan ia adalah unit terhad, maka ia dijual pada harga RM211,164.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF7931
SELANGOR
BSR5459
JOHOR
JA1389J
PULAU PINANG
PSD7196
PERAK
APJ7713
PAHANG
CFH1450
KEDAH
KGH325
NEGERI SEMBILAN
NEK8946
KOTA KINABALU
SJT452
KUCHING
QAB1851P
Terakhir Kemas Kini 14 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
MINI EXPO 2026 Pertama Di 1 Utama
Bukan Sekadar Kereta Comel: 'Keluarga' MINI Berkumpul Di 1 Utama, Siap Boleh Pandu Uji!
15-05-2026
MINI Paul Smith Edition Kini Boleh Didapati Di Auto Bavaria Dalam Dua Warna Eksklusif
Peminat setia MINI berpeluang menyaksikan pelancaran kereta MINI Paul Smith Edition oleh Auto Bavaria di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
30-04-2026
Pusat Pameran MINI 1S Dibuka Di Ipoh, Perak
MINI Malaysia (BMW Group Malaysia) melebarkan rangkaian jenamanya di utara Semenanjung Malaysia apabila membuka sebuah bilik pameran MINI baharu berstatus 1S di Ipoh, Perak, baru-baru ini.
02-12-2025
Rasai "Pemanduan Go Kart" Dengan MINI Di MINI JCW Track Day 2025
MINI Malaysia menganjurkan acara MINI John Cooper Works (JCW) Track Day 2025 untuk pihak media di Gamuda Cove, Selangor, pagi tadi.
23-05-2025
Dilancar: MINI Cooper S 5-Door, Harga Sekitar RM293,000
MINI Cooper S 5-Door sudah menembusi pasaran tempatan.
08-10-2024
MINI Aceman Elektrik Dilancar, Hanya Ada 1 Varian, Harga RM213,888
MINI Malaysia buat julung kalinya melancarkan crossover kompak elektrik pertamanya, MINI Aceman, sebentar tadi.
08-10-2024
Nak Beli MINI, Ada "Genius"Yang Akan Bantu Anda!
Buat masa ini, Mini Genius telah ditempatkan di enam pengedar MINI.
24-07-2024
MAS 2024: Ada Berita Baik Buat Pembeli BMW!
,BMW Group Malaysia menawarkan tawaran eksklusif dan istimewa untuk barisan model BMW, MINI serta BMW Motorrad.
22-05-2024
Berita Terkini
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan
Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.
10-07-2026
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia
Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.
02-07-2026
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?
Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.
01-07-2026
Tesla Kekal Murah Walaupun Syarat Baharu MITI Mulai Julai Ini?
Kenapa harga Tesla masih kekal?
01-07-2026
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
Pakar manipulasi tampil dengan rekaan terbaharunya, Perodua Situ.
30-06-2026
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026
Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.
29-06-2026
Volvo Car Malaysia Perkenal Volvo Wallbox Baharu, Pengecasan Pintar 11 kW -RM3,990
Volvo Car Malaysia Lancar Wallbox Pintar Baharu.
29-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
