Dilancar: MINI Cooper S 5-Door, Harga Sekitar RM293,000

Selain MINI Aceman elektrik, MINI Malaysia (BMW Group Malaysia) juga memperluaskan barisannya dengan mengumumkan ketibaan MINI Cooper S 5-Door generasi keempat baharu ke pasaran tempatan.
MINI Cooper S 5-Door (kod casis: F66) sebenarnya sudah pun muncul di pasaran global sejak Jun lalu.
Seperti sebelum ini, varian ini membawa satu lagi pintu tambahan serta kabin yang lebih besar dan agak praktikal dimana ia menampilkan susun atur lima tempat duduk.

Dari segi dimensi, MINI lima pintu ini sepanjang 4,036 mm manakala jarak roda pula 2,567 mm.
Ini bermakna jarak antara tayar kini lebih panjang iaitu 72mm dan dengan kepanjangan tambahan sebanyak 160mm menjadikan kabin MINI Cooper S 5-door ini lebih luas tanpa menjejaskan rekaan klasiknya.
Dari segi trenkuasanya, MINI Cooper S 5-Door baharu dikuasakan oleh enjin petrol 2.0 liter dimana ia mampu menghasilkan 204 hp (150 kW).
Ini membolehkan ia memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam masa 6.8 saat manakala kelajuan maksimum pula adalah 242 km/j.
Dari segi estetika, jentera ini sebenarnya mengekalkan banyak ciri khas dan reka bentuk minimalis seperti mana yang dapat dilihat pada MINI versi 3 Pintu.


Ia hadir dengan gril oktagon dengan bingkai hiasan hitam dan warna kontras bumbung serta penutup cermin sisinya dilihat meningkatkan lagi penampilannya yang bergaya.
Selain itu, bonet gaya ‘clamshell’ kenderaan ini memberikan sentuhan klasik MINI, manakala rim aloi Slide Spoke dua tona bersaiz 18 inci menambahkan lagi gaya sportynya.
Antara ciri yang masih dikekalkan ialah lampu belakangnya jenis LED berbentuk segi tiga dimana ia memberikan elemen reka bentuk yang tersendiri dengan pilihan tiga pencahayaan utama.

Bukan itu sahaja, antena ‘bee-sting’ klasik beserta pemegang hitam horizontalnya turut membuatkan MINI baharu ini lebih menonjol.
Bahagian kabinnya pula, ia menampilkan papan pemuka dan kemasan pintu dalam fabrik kait dua tona dan diperbuat daripada poliester kitar semula.

Kerusinya pula dilapisi dengan Vescin, iaitu sejenis kulit vegan berkualiti tinggi, dengan corak perforated houndstooth dan sisipan tekstil biru yang kontras,

Beralih kepada ciri teknologinya, sama seperti MINI Aceman baharu, MINI Cooper S 5-Door juga dilengkapi dengan sistem bunyi sekeliling Harman Kardon skrin sentuh OLED 240mm yang dikuasakan olehSistem Operasi 9 MINI.
Dari segi Sistem Bantuan Pemanduan Lanjutan (ADAS), MINI lima pintu ini juga dilengkapi dengan ciri keselamatan seperti Amaran Tukar dan Keluar Lorong serta Amaran Perlanggaran Hadapan dan Lintasan Trafik Belakang, Kawalan Pengendalian Aktif dengan fungsi Berhenti & Jalan, Bantuan Kawalan Lorong dan Bantuan Had Kelajuan.


Tidak ketinggalan, Bantuan Parkir Plus turut menawarkan bantuan parkir dan mengundur melalui ciri seperti Paparan Menyeluruh 3D dan Bantuan Undur yang dapat dilihat hingga 50 meter.
Bagi yang berminat, MINI Cooper S 5-Door yang dianggarkan sekitar RM293,000 ini sudah boleh ditempah di semua pengedar sah MINI di seluruh negara.

Bagaimanapun, harga tersebut tidak termasuk Pakej Waranti & Waranti Lanjutan MINI yang mana pembeli perlu menambahkan lagi kos sebanyak RM10,400.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQT2420
SELANGOR
BSP108
JOHOR
JYU4311
PULAU PINANG
PSB2687
PERAK
APG4941
PAHANG
CFG1524
KEDAH
KGF1925
NEGERI SEMBILAN
NEJ9813
KOTA KINABALU
SJR2795
KUCHING
QAB5250N
Terakhir Kemas Kini 11 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
Performance Motors Malaysia Kini Urus Pusat Pengedar BMW, MINI
Sime Motors dan Ingress Corporation Berhad menjalinkan kerjasama untuk mengendalikan dan menguruskan dua pusat pengedaran BMW serta satu pusat pengedaran MINI di Performance Motors Malaysia.
29-04-2025
Pengeluaran EV MINI Di Oxford Ditangguhkan, Sasaran EV Kerajaan UK Tidak Masuk Akal?
BMW mengesahkan bahawa rancangan untuk memulakan pengeluaran kenderaan elektrik (EV) di kilang MINI di Oxford ditangguhkan buat sementara waktu.
24-02-2025
MINI Aceman Elektrik Dilancar, Hanya Ada 1 Varian, Harga RM213,888
MINI Malaysia buat julung kalinya melancarkan crossover kompak elektrik pertamanya, MINI Aceman, sebentar tadi.
08-10-2024
Kalau Negara Jiran Dah Dapat, Adakah Mini Aceman SE 2024 Pun Akan Masuk M'sia
Di Thailand, Aceman cuma didatangkan dalam satu varian.
26-08-2024
Nantikan Kemunculan Model Baharu MINI
Nampaknya, MINI Malaysia bakall melancarkan sebuah model baharu versi elektrik pada bulan ini.
01-07-2024
Tahniah Kepada Semua Pengedar BMW
Lebih 200 tetamu hadir pada majlis Dealer Awards Night yang diadakan di hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur, baru-baru ini.
19-06-2024
EV Kompak, MINI Aceman, Buat Kemunculan Sulung di Auto China 2024
MINI Aceman akhirnya membuat kemunculan sulung di peringkat dunia secara rasmi di Auto China 2024.
25-04-2024
Crossover Elektrik, MINI Aceman Didedahkan Menjelang Penampilan Sulungnya di Auto China 2024
Ini dia MINI Aceman yang bakal diperkenalkan semasa Auto China 2024 minggu depan.
21-04-2024
Berita Terkini
Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026
Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.
11-04-2026
Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired
MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.
10-04-2026
Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"
Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.
09-04-2026
Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan
Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!
08-04-2026
Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.
08-04-2026
MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki
Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.
07-04-2026
DENZA B8: SUV Off-Road Mewah Bakal Menggegarkan Jalan Raya Malaysia
ROI Denza B8 sudah dibuka.
06-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
