Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?

Lampu hadapan berbentuk bulat pernah dianggap bakal pupus dari industri automotif, lapor Motor1.com
Ini kerana evolusi rekaan terdahulu menyaksikan lampu segi empat tepat dan jalur nipis semakin mengambil alih pasaran namun, pelancaran pelbagai model kenderaan baharu membuktikan rekaan klasik ini kembali diminati. Pendekatan baharu ini bukan lagi sekadar ikutan nostalgia, sebaliknya strategi reka bentuk yang terancang.
Evolusi Teknologi Lampu Hadapan Kereta: Dari Keperluan ke Pilihan
Jika anda amati dengan dekat, lampu bulat bukan sekada menempatkan pemantul cahaya atau mentol. Sebaliknya, ia telah menjadi lampu signatur yang mana gelung grafik membangkitkan nostalgia.
Ini merupakan salah satu fenomena menarik apabila kemajuan teknologi memilih untuk menghidupkan semula bentuk sejarah.
Pada era awal automotif, rekaan bulat merupakan satu keperluan teknikal. Pemantul cahaya berbentuk bulatan adalah paling mudah dikilangkan serta mampu memberikan pencahayaan optimum bagi jalan raya.


Model klasik seperti Mini dan Fiat 500 menjadikan bentuk ini sebagai identiti utama. Apabila teknologi pembuatan berkembang pada era 1960-an, lampu segi empat tepat mula mengambil alih kerana dianggap lebih futuristik dan aerodinamik.
Peranan Teknologi Lampu LED Kereta Dalam Rekaan Moden
Kehadiran teknologi LED mengubah landskap rekaan automotif secara keseluruhan. Pereka tidak lagi terikat dengan bentuk fizikal mentol atau pemantul cahaya yang besar.
Kini, lampu bulat hadir dalam bentuk gelung grafik (lighting signature) yang nipis dan tajam. LED membolehkan bentuk klasik dihidupkan semula dengan gabungan fungsi pencahayaan yang jauh lebih terang dan jimat tenaga.
Senarai Kereta Moden Yang Menggunakan Elemen Lampu Bulat
Malah, ia menjadikannya salah satu elemen paling mudah dikenali pada kereta seperti:
- Mini Cooper: Kekal mempertahankan identiti gelung LED bulat yang amat dikenali.
- Fiat 500e: Menggabungkan elemen retro bersama penggayaan EV moden.
- Renault 4 E-Tech: Menggunakan garisan lampu bulat bagi mengimbau model warisan mereka.
Namun lama-kelamaan, bentuk tersebut menjadi sebahagian daripada identiti model tertentu. Mini, terutamanya, menjadikan lampu bulat sebagai salah satu penanda rekaan utamanya, sehingga hari ini amat sukar untuk membayangkannya dengan rekaan bahagian hadapan yang berbeza.
Era Segi Empat Tepat Sebagai Lambang Masa Depan
Bermula sekitar 1960-an, lampu hadapan berbentuk segi empat tepat menjadi simbol kemodenan. Ini kerana hampir setiap pengeluar kereta menganggap lampu bulat ketinggalan zaman.
Pelbagai model popular turut mengikut jejak langkah ini. Misalhnya Fiat Ritmo ke Fiat Tipo, atau rekaan bahagian hadapan 127 oleh Pio Manzù berbanding model awal 128. Citroën dan Peugeot juga melengkapi pelbagai model mereka dengan lampu berbentuk segi empat tepat, trapezoid, atau terbina dalam (faired-in). Ia bertujuan: untuk menampilkan imej yang lebih canggih dan berteknologi tinggi berbanding sebelumnya.
Atas faktor inilah bentuk bulatan kembali menjadi tumpuan utama bukan lagi disebabkan kekangan teknikal, tetapi sebagai bahasa rekaan.
Model baharu seperti Renault 4 E-Tech, Fiat 500, dan Mini kesemuanya mentafsir semula prinsip yang sama. Mereka tidak mereka semula lampu bulat lama; mereka sekadar melukis garisan luaran (outline) berlampu, seterusnya mewujudkan pautan serta-merta dengan sejarah model berkenaan.
Bukan Sekadar Nostalgia, Tetapi Identiti
"Kepulangan" lampu hadapan bulat di pasaran, membuktikan bahawa rekaan automotif sebenarnya boleh berubah. Sesuatu teknologi mungkin menggantikan teknologi lain, namun pada masa yang sama ia mampu membawa kembalikan bentuk yang pernah dilupakan .
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRP4940
SELANGOR
BST5760
JOHOR
JD9231J
PULAU PINANG
PSF4414
PERAK
APL3750
PAHANG
CFH6836
KEDAH
KGH9789
NEGERI SEMBILAN
NEL7664
KOTA KINABALU
SJT9792
KUCHING
QAB5392P
Terakhir Kemas Kini 11 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
MINI EXPO 2026 Pertama Di 1 Utama
Bukan Sekadar Kereta Comel: 'Keluarga' MINI Berkumpul Di 1 Utama, Siap Boleh Pandu Uji!
15-05-2026
MINI Paul Smith Edition Kini Boleh Didapati Di Auto Bavaria Dalam Dua Warna Eksklusif
Peminat setia MINI berpeluang menyaksikan pelancaran kereta MINI Paul Smith Edition oleh Auto Bavaria di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
30-04-2026
Performance Motors Malaysia Kini Urus Pusat Pengedar BMW, MINI
Sime Motors dan Ingress Corporation Berhad menjalinkan kerjasama untuk mengendalikan dan menguruskan dua pusat pengedaran BMW serta satu pusat pengedaran MINI di Performance Motors Malaysia.
29-04-2025
Pengeluaran EV MINI Di Oxford Ditangguhkan, Sasaran EV Kerajaan UK Tidak Masuk Akal?
BMW mengesahkan bahawa rancangan untuk memulakan pengeluaran kenderaan elektrik (EV) di kilang MINI di Oxford ditangguhkan buat sementara waktu.
24-02-2025
Dilancar: MINI Cooper S 5-Door, Harga Sekitar RM293,000
MINI Cooper S 5-Door sudah menembusi pasaran tempatan.
08-10-2024
MINI Aceman Elektrik Dilancar, Hanya Ada 1 Varian, Harga RM213,888
MINI Malaysia buat julung kalinya melancarkan crossover kompak elektrik pertamanya, MINI Aceman, sebentar tadi.
08-10-2024
Kalau Negara Jiran Dah Dapat, Adakah Mini Aceman SE 2024 Pun Akan Masuk M'sia
Di Thailand, Aceman cuma didatangkan dalam satu varian.
26-08-2024
Nantikan Kemunculan Model Baharu MINI
Nampaknya, MINI Malaysia bakall melancarkan sebuah model baharu versi elektrik pada bulan ini.
01-07-2024
Berita Terkini
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc
Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.
10-09-2026
Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?
Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.
09-09-2026
Geely Panda Mini Karting Dilancar: Harga RM26k & Bateri CATL
Geely Panda Mini Karting Rasmi Dilancar, Jarak Sejauh 210km.
09-09-2026
Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi
Honda Kekalkan Transmisi Manual, Cuma Untuk Model Prestasi Sahaja.
03-09-2026
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu
Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.
28-08-2026
Realiti Atau Gimik Digital? Voyah Passion S Buktikan Kemampuan Aksi Ekstrem 360 Darjah
Voyah Passion S boleh pusing semacam.
17-08-2026
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS
Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.
17-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat

