ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

MINI Electric Resolute, Barang Baik, Patutlah Ada 90 Biji Je

Suhana Veru

Kongsi melalui


Jenama automotif premium kompak yang tercanggih di Malaysia, MINI memperkenalkan  MINI Electric Resolute Edition pada Malaysia Autoshow 2023, sebentar tadi.


Model keluaran istimewa ini akan dijual cuma 90 unit di Malaysia.

Berdasarkan 3 pintu MINI elektrik yang sudah ada di negara ini, MINI Electric Resolute Edition didatangkan dengan tiga warna yang cukup mengancam: – Nanuq White, Enigmatic Black, dan Rebel Green.


Tidak menggunakan elemen-elemen krom sebaliknya dikemasi dengan Resolute Bronze yang serba eksklusif.

Ia dapat dilihat pada lingkaran lampu hadapan, gril radiator dan lampu belakang, ke tutup sisi pada panel sisi hadapan serta hendal pintu dan but.


Sementara itu, cermin hadapan dikemasi dalam warna Piano Black, termasuk kerangka bahagian dalam komponen gril radiator.


Bukan itu sahaja, MINI Electric Resolute Edition kelihatan agak eksklusif kerana terdapat garisan di bahagian bonet .


Menjengah trim ambang pintu, ia menampilkan corak yang terdiri daripada dua garisanselari dengan warna bergradien antara rona emas yang cerah dan gelap, selain tertera “RESOLUTE”.


Ciri-ciri eksklusif bagi jentera edisi baharu ini termasuk Waistline Finisher dalam rona hitam, serta set roda aloi Electric Collection Spoke 17 inci.


Bahagian dalamannya pula, ia dilengkapi dengan kerusi dalam kemasan upholsteri Black Pearl Light Chequered, serta material bumbung berwarna antrasit denganpeletak tangan dan kusyen lutut berwarna hitam.


Malah, corak garisan-garisan halus yang melengkung dalam warna emas juga dapat dilihat pada permukaan interior dan ambang sisi.


Apapun, MINI Electric Resolute Edition 2023 secara mekanikal mencerminkan tawaran standard MINI Electric.

Seperti biasa, ia menggunakan motor elektrik yang dipasang di hadapan yang memacu roda hadapan dengan menghamburkan kuasa setinggi 184 hp dan  tork 270 Nm.


Ia mampu memecut dari  0-100 km/j hanya dalam 7.3 saat, serta jarak perjalanan maksimum pula sekitar 232 KM dengan setiap cas penuh bateri 28.9 kWj.

Memandangkan ia adalah unit terhad, maka ia dijual pada harga RM211,164.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRF9466

SELANGOR

BSR5731

JOHOR

JA2159J

PULAU PINANG

PSD7430

PERAK

APJ7985

PAHANG

CFH1518

KEDAH

KGH602

NEGERI SEMBILAN

NEK9063

KOTA KINABALU

SJT670

KUCHING

QAB1917P

Terakhir Kemas Kini 14 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

16-01-2025
Berita Auto

19-01-2024
Global

17-04-2023
EV

06-04-2023
Berita Auto

10-01-2023
EV

30-11-2022
Berita Auto

Service Fast Lane Pertama BMW & MINI Diperkenalkan di Malaysia: Ada Lounge Cun!

Auto Bavaria memperkenalkan pusat Service Fast Lane khas bagi kereta BMW & MINI yang pertama di Malaysia.

28-04-2021
Berita Auto

08-04-2021

Berita Terkini

EV

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV
EV

Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.

29-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.