ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Ora Good Cat, Ada Warna Baharu

Suhana Veru

Kongsi melalui


Great Wall Motors (GWM) Ora Good Cat sudah pun dilancarkan secara rasmi untuk pasaran tempatan pada tahun lepas.

Ia yang hadir dalam dua varian: 400 Pro dan 500 Ultra, masing-masing dijual pada harga RM139,800 dan RM169,800.

Terbaharu, GWM mengumumkan pihaknya kini menawarkan warna baharu,  Pistachio Green. Ia merupakan inspirasi daripada kacang Pistachio.


Difahamkan, 20 unit warna itu sudah pun dijual. Buat masa ini, warna itu hanya ditawarkan untuk 500 varian Ultra.


Lebih menarik, walaupun ia didatangkan dengan warna baharu namun GWM menegaskan tiada sebarang kos tambahan dikenakan.

Varian Ultra warna Pistachio Green masih ditawarkan pada harga RM169,800.


Ora Good Cat yang disumbat dengan pek bateri Ternary Litium bersaiz 63.1kWj n mampu menghamburkan kuasa elektrik setakat 143 PS dan tork 210Nm.

Model elektrik itu mampu mencapai kelajuan maksimum 152kmj dan jarak pemanduan hingga 500km dengan sekali cas penuh.

Menjengah bahagian hadapannya, ia ditonjolkan dnegan sepasang lampu depan berbentuk bulat. Terdapat juga kemasan hitam berbentuk honeycomb.

Sementara itu, bahagian kabin pula, ia kelihatan agak mewah dan lebih premium.

Apa tidaknya, warna papan pemuka, bahagian atas stereng, panel pintu dan perehat tangan adalah sama dengan warna luaran badan. 


Terdapat juga skrin instrumen digital bersaiz 7 inci, pendingin hawa automatik bersama penapis udara PM2.5, skrin infohibur 10.25 inci, empat unit pembesar suara, port USB untuk dashcam dan pengecas tanpa wayar.

Bagi tempat duduk pula, ia  hadir dengan fungsi urutan pula dibalut dengan kulit sintetik dua tona berwarna putih dan warna badan. 

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT6672

SELANGOR

BSU3751

JOHOR

JF6008J

PULAU PINANG

PSG3768

PERAK

APM1938

PAHANG

CFJ624

KEDAH

KGJ4442

NEGERI SEMBILAN

NEM2580

KOTA KINABALU

SJU5242

KUCHING

QAB7460P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

09-03-2023
Video

28-01-2023
Berita Auto
Berita Auto

Berita Terkini

EV

EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan

Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.

12-10-2026
EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.