PRATONTON: H6, Jolion Didedah, Bakal Tapau SUV Tempatan

Great Wall Motor (GWM) Malaysia mendedahkan buat julung kalinya model terbaharunya, Jolion yang berkuasa hibrid sempena Malaysia Autoshow 2023.


Malah, GWM turut menayangkan satu lagi kenderaan utiliti sukannya, Haval H6 HEV.
Pendedahan yang dibuat GWM itu meninggalkan tanda tanya adakah kedua-dua model itu akan masuk Malaysia nanti?
Apapun kita tunggu pengumuman rasmi GWM. Namun ada juga yang mengatakan jika ia dibawa masuk, maka ia akan tapau Proton X70 namun harganya tidaklah semurah X70.


Untuk yang ingin mengetahui mengenai Haval H6, SUV segmen- C ini menampilkan siluet SUV berkotak tipikal manakala bahagian hadapannya pula dipadankan dengan lampu depan LED yang kelihatan sedikit tajam.
Lampu itu dilihat mengapit gril hadapan yang agak besar itu.

Dari sisi pula, ia dilihat menggunakan rim aloi bersaiz 19 inci, terdapat rel bumbung, trim fender hadapan dan pelapis badan bawah.
Menjengah bahagian belakang pula, ia menampilkan lampu bar LED yang agak lebar dengan lampu belakang mengapit pada setiap sisi.

Tertera perkataan Haval di bawah lampu belakang sekali gus memberikan sedikit sentuhan premium pada SUV ini.
Ia disumbat dengan enjin 1.5 liter pengecas turbo empat-silinder dan motor hibrid berkadar 130 kW sekali gus membolehkan ia menghasilkan kuasa setinggi 240 hp dan tork 530 Nm.
Rangkaian kuasa yang dipadankan dengan transmisi automatik hibrid turut menjanjikan pengalaman pemanduan yang lebih lancar.


Bahagian kabin pula, ia didatangkan dengan paparan infotainment bersaiz 12.3 inci dengan sambungan Android Auto serta Apple CarPlay.


Para pemandu pula menerima instrumen digital bersaiz 10.25 inci.
H6 juga didatangkan dengan upholsteri kulit tiruan untuk semua tempat duduk, manakala ciri keselesaan standard seperti pendingin hawa dwi-zon dengan saluran udara belakang.


Terdapat juga beberapa t USB dan ia menggunakan sistem tanpa kunci. Dengan adanya, kesemua ciri, ia menjadikannya setanding dengan pesaing segmen seperti Subaru Forester yang baru dilancarkan, Honda CR-V dan banyak lagi.
Bukan itu sahaja, Haval juga sarat dengan ciri-ciri keselamatan memandangkan ia dilengkapi dengan Bantuan Kekal Laluan (LKA), Bantuan Ikut Laluan (LFA)
Bantuan Pengelakan Pelanggaran Lintasan Trafik Belakang (RCCA), Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC) Bantuan Trafik Sesak, Brek Kecemasan Autonomi (AEB) , Pemantau Titik Buta dan banyak lagi.

Selain H6, GWM turut menayangkan Jolion yang berkuasa hibrid.


Dari segi penampilan, Haval Jolion menampilkan beberapa isyarat reka bentuk yang menarik, dengan mengekalkan bentuk SUV kotak konvensional.
Di bahagian hadapan, ia didatangkan dengan reka bentuk lampu hadapan LED mengapit gril hadapan


Di bahagian belakang, Jolion menampilkan lampu belakang LED berbentuk L, dengan tulisan Haval yang terpampang besar.
GWM Jolion dikuasakan oleh enjin hibrid 1.5 liter dan dipadankan bersama Dedicated Hybrid Transmission (DHT), yang mampu menghamburkan kuasa sebanyak 188hp serta tork maksimum pada 375Nm.
Di dalam kabin, Jolion menerima skrin sentuh bersaiz 12.3-inci dengan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto selain, terdapat kluster instrumen digital 7-inci.


Pemandu pula menerima paparan digital 7 inci yang lebih kecil, selain tempat duduknya boleh dilaras 6 hala dan ia dibalut dengan upholsteri kulit tiruan.

Dengar cerita, kedua-dua SUV ini bakal membakar pasaran SUV tempatan. Ia bakal membuat penampilan sulungnya pada akhir tahun ini di Malaysia.

Malah, GWM juga merancang untuk membawa masuk trak pikap GWM Cannon ke sini.
Nak tahu lebih lanjut, teruskan bersama CariCarz.com.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
GWM TANK 500 HEV 2026: Aplikasi Pintar Baharu + Diskaun RM30k
GWM TANK 500 HEV 2026 Naik Taraf Ciri Aplikasi, Waranti Seumur Hidup.
27-08-2026
GWM & Touch ’n Go Jalin Kerjasama Strategik
GWM x Touch ’n Go: Beli Kereta Baharu, Terus Sedia Lalu Tol Tanpa Tunai.
31-07-2026
KLIMS 2026: GWM Bakal Dedah 2 Model EV Misteri
Intai Dua Model Elektrik Baharu GWM di KLIMS 2026 – Ini Yang Anda Perlu Tahu!
08-06-2026
RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup
GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.
21-05-2026
Pandu Uji & Menang Hadiah! GWM Malaysia Meriahkan Penang Autoshow Dengan Tawaran Eksklusif
Penangan GWM di PWCC: Dari SUV Lasak Hingga MPV Mewah, Semua Ada di Penang Autoshow.
27-04-2026
GWM Makin 'Ganas, Kini Bolos Kelompok 15 Jenama Teratas Di Malaysia
WEY G9 & Haval H6 Jadi Punca? GWM Kini Berjaya Pintas Persaingan, Masuk Top 15!
22-04-2026
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge