Ranger Raptor Akan Tiba Tak Lama Lagi

Gara-gara menerima permintaan luar biasa daripada peminat Raptor di seluruh negara, maka Ranger Raptor generasi baharu akan tersedia dalam pilihan enjin 2.0L Bi-Turbo Diesel.
Perkara itu disahkan pengedar tunggal Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Ranger Raptor generasi baharu itu akan mula ditawarkan kepada para pembeli pada 8 Jun ini.
Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion-Ford,Turse Zuhair berkata, sejak pihaknya melancarkan model Raptor dengan enjin V6 tahun lalu, Ranger Raptor generasi baharu menerima permintaan tinggi.
Ramai pelanggan di Malaysia telah meminta versi enjin yang lain.

“Kami mengambil maklum tentang perkara itu, dan kini varian dengan enjin 2.0L Bi-Turbo Diesel yang telah terbukti turut ditawarkan sebagai pilihan untuk pencinta Raptor dan juga peminat trak off-road berkelajuan tinggi lainnya,” katanya.
Menyingkap sejarah Ranger Raptor, ia dibina di atas kejayaan 2.0L Ranger Raptor generasi sebelumnya dengan janaan output sehingga 210 PS dan 500 Nm dari 1,750 rpm.


Bagaimanapun, Ranger Raptor generasi baharu dengan 2.0L Bi-Turbo Diesel ini menawarkan pilihan enjin tambahan untuk pasaran di Malaysia, seperti mana yang diinginkan pelanggan.
Sama seperti model 3.0L Twin-Turbo EcoBoost V6 yang diperkenalkan tahun lalu, Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel generasi baharu juga hadir dengan penampilan luar yang sasa dan bertenaga serta penggayaan ruang dalaman, teknologi bersepadu serta ciri keselamatan maju selain kepada keupayaan dan komponen yang dipertingkat daripada inovasi tahap baru Ford.
Seiring dengan pelancarannya, tempahan pertama 300 unit Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel generasi baharu akan dilengkapi khas dengan sistem dashcam Kenwood DRV-A700W.

Ia mempunyai kamera hadapan Wide-Quad HD (WQHD, 3.7MP) dan kamera belakang Full HD (FHD, 1080p) untuk rakaman dua saluran. Ia dilengkapi dengan G-Sensor tiga paksi yang direka untuk mengesan perlanggaran.
Sistem ini juga dilengkapi dengan pautan telefon pintar tanpa wayar yang terbina dalam untuk pengurusan mudah rakaman video dan tetapan dashcam.
Penerima GPS terbina dalam secara automatik merakam maklumat pemanduan dan penjejakan lokasi, manakala penapis polarisasi membolehkan gambar yang lebih hidup dan jelas.
Jadi, bagi mereka yang berminat untuk melihat dari dekat model Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel generasi baharu, anda boleh mengunjungi MRANTI Open Space, Pintu Masuk Barat (sebelum ini dikenali sebagai Taman Teknologi Malaysia), bertentangan Pavilion Bukit Jalil pada 9 hingga 11 Jun ini.
Lokasi ini dipilih untuk menyediakan pengalaman pandu uji yang meliputi permukaan yang berbeza — jalan tar, serta permukaan berdebu dan berbatu lainnya.
Ranger Raptor generasi baharu dengan enjin 2.0L Bi-Turbo diesel ini juga akan menjelajahbersama Ford Experience Hub ke bahagian Utara dan Selatan di Semenanjung, sebagai tambahan kepada lokasi di Sabah dan Sarawak.
Menerusi Ford Experience Hub, pelanggan dan mereka yang berminat boleh merasai sendiri Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel generasi baharu dan kenderaan lain, selain mempelajari dengan lebih mendalam berkaitan pelbagai inisiatif bersama pelanggan Ford lainnya.
Manfaat Tempahan Awal Khas
Selain itu, bagi 300 pelanggan pertama yang membuat tempahan untuk Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Dieselgenerasi baharu di seluruh negara akan Digital menerima:
• Video Recorder (DVR) dipasang ke dalam Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel mereka.
• Tawaran istimewa diskaun RM500 untuk satu (1) pakej Ford Ranger Getaways melalui kod promosi, boleh ditukarkan selepas penghantaran kenderaan.
Manfaat tempahan awal tambahan untuk pelanggan yang membuat tempahan semasa acara pelancaran rasmi di MRANTI Open Space (Pintu Masuk Barat) dari 9-11 Jun akan menerima:
• Vest Musim Sejuk eksklusif Raptor semasa penghantaran kenderaan.
Untuk keterangan lanjut, layari laman www.sdacford.com.my.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Model Edisi Khas, Ford Everest Tremor, Didedahkan – Off-Road, Enjin V6
Ford telah memperluaskan barisan modelnya di Australia dengan pengenalan varian baharu yang lebih lasak untuk SUV Everest.
26-08-2024
Ford Ranger Getaways Tawar Latihan 4x4
Sesi latihan Ford Ranger Getaways untuk pemilik Ranger dan Ranger Raptor.
19-04-2024
Peluang Teroka Potensi Sebenar Ford Ranger & Raptor 26 Ogos & 16 Sept Ini!
Ini dia peluang untuk meneroka potensi sebenar jentera 4x4 Ford Ranger atau Ranger Raptor anda!
24-08-2023
Orang Ipoh Jangan Lepaskan Peluang Rasai Pemanduan Ford
SDAC menampilkan Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel sempena Siri Jelajah Ford Experience Hub.
27-06-2023
Pesaing Ranger Raptor Dah Sampai
Mitsubishi Triton Xtreme sudah selamat mendarat di Australia.
31-05-2023
Sime Darby Auto Connexion-Ford Lebarkan Sayap Di Malaysia Timur
Pusat pengedar itu dibuka untuk menyediakan perkhidmatan dan produk berkualiti kepada para pelanggannya di Sabah dan Sarawak.
04-02-2025
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

