Tempah Bas Perantara LRT Universiti - UM, Di Hujung Jari, Hanya RM1!

Rapid Bus menyediakan perkhidmatan bas perantara untuk laluan T789 (LRT Universiti - Universiti Malaya melalui Hillpark Beach) sebagai perkhidmatan bukti konsep (POC) untuk menyelesaikan isu kesalinghubungan perbatuan pertama dan terakhir yang semakin meningkat.
Projek ini adalah hasil kerjasama antara Rapid Bus dan Asia Mobiliti Technologies Sdn Bhd, pemilik Trek Rides, aplikasi tempahan perkhidmatan e-hailing tempatan di Lembah Klang. Kebolehlaksanaan perkhidmatan ini akan mula diuji pada 15 Mei 2023 dan berakhir pada 14 Ogos 2023. Perkhidmatan ini ditawarkan kepada orang awam dari jam 6.30 pagi hingga 11.30 malam.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Muhammad Yazurin Sallij, "Pelaksanaan POC ini adalah untuk mengoptimumkan sumber yang kita ada dalam menyediakan perkhidmatan bas yang terbaik. Sebagai contoh, POC bagi laluan T757 (LRT Alam Megah – Shah Alam) yang telah dilancarkan sebelum ini, terbukti berjaya dan diterima baik oleh para penumpang. Kini, kami telah menggantikan penggunaan sebuah bas dengan sebuah van untuk laluan ini."


Beliau juga menyatakan bahawa bas/van yang digunakan boleh diubah laluan bergantung kepada permintaan sekiranya perlu.
Jelas beliau, "Bas yang ditetapkan untuk laluan ini boleh beroperasi di laluan lain yang mempunyai permintaan yang lebih tinggi."

Semua penumpang bas perantara ini akan mendapat tempat duduk kerana tempahan perlu dibuat melalui aplikasi Trek Rides. Pengguna dikenakan caj tetap RM1.00. Pembayaran tempahan yang dibuat melalui aplikasi Trek Rides boleh dilakukan melalui My50 Unlimited Travel Pass, Touch n' Go Card, MyRapid Concession Card, Group Pass atau MyCity Pass.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Asia Mobility, Ramachandran Muniandy, menyatakan bahawa mereka gembira untuk bekerjasama dengan Rapid Bus bagi menawarkan perkhidmatan ini kepada pelanggan Rapid KL.
"Matlamat kami adalah untuk menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang boleh dipercayai bagi memenuhi kehendak dan keperluan warga bandar," tambah beliau.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge


