Ini Jadual Cadangan Perjalanan Untuk Elak Sesak Sempena Aidiladha Hingga 2 Julai
-full_normal.jpg)
Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) bagi mereka yang merancang untuk pulang ke kampung halaman atau kembali ke Lembah Klang. TTA ini berkuat kuasa dari 27 Jun hingga 2 Julai 2023.
Melalui TTA ini, trafik dapat diagihkan dengan efisien dan mengelakkan kesesakan penggunaan lebuh raya serentak terutamanya di laluan utama, plaza tol, dan kawasan rehat.
Pengurus Besar Kanan Operasi PLUS, Mohd Yusuf Abdul Aziz berkata, “Kami menjangkakan kira-kira 2 juta kenderaan akan berada di lebuh raya kendalian PLUS terutamanya pada hari puncak iaitu 28 Jun (Rabu) dan 1 Julai (Sabtu) iaitu peningkatan sebanyak 12% berbanding 1.7 juta kenderaan sehari pada hari-hari biasa sempena Aidiladha Khamis ini.”
Pengguna lebuh raya dari Lembah Klang yang menuju ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Kuala Kangsar - Bukit Merah) dan Johor dinasihatkan untuk berlepas sebelum pukul 10 pagi, manakala mereka yang menuju ke Negeri Sembilan, Melaka dan Perak (Tanjung Malim - Ipoh) disarankan untuk memulakan perjalanan antara pukul 12 tengahari hingga 3 petang dari 27 Jun hingga 29 Jun.
Bagi mereka yang akan pulang ke Lembah Klang dari 30 Jun hingga 2 Julai, dinasihatkan untuk memulakan perjalanan sebelum pukul 10 pagi. PLUS menasihati semua pengguna jalan untuk memastikan baki Touch 'n Go dan eWallet mencukupi.
-full_normal.jpg)
Selain pengumuman TTA, PLUS juga akan mengaktifkan SmartLane di lima lokasi di sepanjang lebuh raya untuk melancarkan aliran trafik. Lima lokasi SmartLane tersebut ialah:
- Antara Persimpangan Port Dickson dan Persimpangan Seremban (KM260.0 hingga KM263.1 - Arah Utara)
- Antara Persimpangan Senai Utara dan Persimpangan Kulai (KM19.0 hingga KM27.0 - Arah Utara)
- Gua Tempurung - Gopeng (KM306.7 hingga KM297.0 - Arah Utara)
- Slim River - Sungkai (KM367.3 hingga KM354.1 - Arah Utara)
- Kawasan Rehat & Perkhidmatan Rawang - Sungai Buaya (KM439.9 - KM435.5 - Arah Utara)
Walau bagaimanapun, pengaktifan SmartLane ini akan bergantung kepada keadaan trafik sebenar yang akan dipantau oleh Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan Raya, dan pasukan lebuh raya PLUS di lokasi yang berkaitan.

Selain itu, pengguna digalakkan menggunakan aplikasi PLUS, Waze, atau Google Maps untuk mendapatkan informasi perjalanan yang lebih baik dan maklumat trafik secara langsung. Pengguna juga dinasihatkan untuk menghormati pengguna jalan raya lain dan memandu dengan penuh berhemah.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX3262
SELANGOR
BSU8354
JOHOR
JG9230J
PULAU PINANG
PSH2199
PERAK
APM7252
PAHANG
CFJ3405
KEDAH
KGJ7119
NEGERI SEMBILAN
NEM5067
KOTA KINABALU
SJV106
KUCHING
QAB9471P
Terakhir Kemas Kini 03 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang
Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.
02-11-2026
Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir
Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air
02-11-2026
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?
Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.
02-11-2026
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Minyak Diesel Tanpa Subsidi Naik 20 Sen
Terkini: Harga Diesel Naik 20 Sen, RON95 & RON97 Turut Naik.
28-10-2026
Awas Penipuan Tiket ECRL! Beli Hanya Melalui Saluran Rasmi
Harga Tiket ECRL Sudah Pun Diumumkan, Jadi Jangan Jadi Mangsa Scammer.
28-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge