ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

"Jangan Rumitkan Permohonan Lesen Peniaga Kereta Terpakai." – Presiden FMCCAM

Sofea Najmi

Kongsi melalui

dummy.png


Persekutuan Persatuan-Persatuan Syarikat Motor Dan Kredit Malaysia (FMCCAM) telah menggesa kerajaan untuk memudahkan proses mendapatkan lesen bagi peniaga kereta terpakai. 


Presiden FMCCAM, Datuk Tony Khor memohon agar Kementerian Dalam Negeri dapat meringkaskan lagi prosedur yang dinyatakan dalam  Akta Peniaga Barang-Barang Terpakai 1946 (Diperbaharui 1977). 


Saat ini, peniaga kereta terpakai menghadapi cabaran dalam mendapatkan lesen kerana perlu mendapatkan kelulusan dan sokongan daripada enam agensi kerajaan yang berbeza, termasuk pihak berkuasa tempatan. Proses yang memakan masa ini sering menyebabkan kelewatan dalam mendapatkan lesen, yang memberi kesan negatif terhadap operasi peniaga kereta terpakai.


dummy.png


Khor menekankan bahawa peniaga kereta terpakai terutamanya beroperasi di ruang terbuka dan tidak terlibat dalam mengendalikan bahan buangan atau logam buruk. Namun, pihak berkuasa tempatan mengklasifikasikan kereta terpakai sebagai bahan buangan atau logam buruk, yang menyebabkan komplikasi tambahan. 


FMCCAM berharap agar pihak polis dapat menghapuskan keperluan sokongan daripada pihak berkuasa tempatan dan jabatan lain, membenarkan peniaga kereta terpakai memohon lesen secara langsung. Khor juga mencadangkan pengintegrasian sistem eAuto secara langsung dengan pihak polis, menghapuskan keperluan untuk permohonan fizikal.


dummy.png


Pada masa ini, daripada kira-kira 5,000 buah pembeli kereta terpakai yang terlibat dalam jual beli kereta terpakai, namun kurang daripada 2,200 telah berjaya mendaftar dengan pihak polis disebabkan pengelasifikasian kereta terpakai sebagai bahan buangan atau logam buruk. Tujuan undang-undang ini adalah untuk membantu memantau barangan yang dicuri. 


Bagaimanapun, kesan undang-undang ini terhadap operasi perniagaan peniaga kereta terpakai adalah negatif. Khor menekankan kepentingan pengintegrasian sistem eAuto dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk meningkatkan perlindungan terhadap barangan yang dicuri dan peniaga yang tidak jujur.


dummy.png


Jelas Khor, "Setiap kereta terpakai mempunyai nombor enjin dan casis. Lesen diperlukan untuk membuka sebuah pusat peniagaan kereta terpakai. Setelah lesen dikeluarkan, setiap peniaga perlu mencatat setiap jualan dalam sebuah buku yang boleh diperiksa oleh pihak polis jika diperlukan.


"Kami menyeru Kementerian Dalam Negeri menyederhanakan proses ini kerana peniaga-peniaga sudah berkait melalui sistem eAuto, di mana setiap jualan direkodkan,” katanya.


Tambahnya, "Sistem ini harus diintegrasikan dengan pihak berkuasa yang berkaitan, memberikan perlindungan yang mencukupi terhadap barangan yang dicuri dan peniaga yang tidak jujur.”


Selain itu, Khor berharap lebih ramai pengguna mempertimbangkan pembelian kereta terpakai berbanding kereta baru. Beliau berkata demikian kerana jualan kereta terpakai masih tidak menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun, dengan angka jualan secara puratanya 400,000 setahun (hingga tahun lalu), sedangkan jualan kereta baru mencapai kira-kira 720,000 pada tahun 2022. 


Ini menunjukkan keperluan mendesak bagi kerajaan untuk memudahkan proses mendapatkan lesen bagi peniaga kereta terpakai. Dengan mengurangkan halangan birokrasi dan menghapuskan keperluan untuk kelulusan di pelbagai peringkat, sistem akan menjadi lebih efisien dan teratur. Ini akan memberikan manfaat kepada industri kereta terpakai agar terus berkembang sekaligus dapat memperluaskan lagi pilihan pengguna. 


Berita berkaitan kereta terpakai yang juga menarik untuk dibaca:


Jualan Kereta Terpakai Semakin Susut Gara-Gara Orang Tengah


Waranti Kereta Terpakai, Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRR8021

SELANGOR

BSU931

JOHOR

JE8697J

PULAU PINANG

PSF8859

PERAK

APL7550

PAHANG

CFH8514

KEDAH

KGJ2784

NEGERI SEMBILAN

NEM1147

KOTA KINABALU

SJU3172

KUCHING

QAB6415P

Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

30% Pengedar Kereta Akan Gulung Tikar Sebelum 2022?

Tiada masa lagi untuk dibuang bagi pembukaan sektor automotif. Sektor ini makin tenat.

09-08-2021

Berita Terkini

Berita Auto

500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing

Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.

28-09-2026
Berita Auto
Berita Auto

Isu Aerotrain KLIA Sesak: Penjelasan Rasmi Malaysia Airports

Kesesakan teruk di Bangunan Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, hari ini, kerana hanya satu Aerotrain beroperasi.

28-09-2026
Berita Auto

JSPT Uji 3 Model Harley-Davidson

JSPT Uji Motosikal Harley-Davidson untuk Penguatkuasaan

25-09-2026
Berita Auto

Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi

Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.

25-09-2026
Berita Auto

Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing

Isu Ketirisan Subsidi: Stesen Minyak Di Perak Didenda Jual RON95 Kepada Warga Singapura.

25-09-2026
Berita Auto

F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma

Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.

24-09-2026
Berita Auto

Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera

Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.

24-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.