ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Neta S Ditayang, Ada Ke Yang Minat?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pengedar tunggal jenama Neta, Intro Synergy sudah mula menayangkan Neta S Sport di pusat pamerannya yang terletak di Shah Alam semalam.

Perkara itu disedari selepas rakan sekerja saya mengunjungi bilik pameran Neta namun dia dimaklumkan bahawa model itu adalah untuk tujuan pra tonton.

Jika melihat bahagian luarannya, ia agak licin manakala garisan bahagian belakangnya melandai ke bawah.

Menjengah lampu depan jenis LED, ia agak sepet sangat namun ia membuatkan kelihatan lebih sporty.

Malah, ia juga tidak dilengkapi dengan sebarang gril bagi menandakan ia adalah kenderaan elektrik sepenuhnya.

Apa yang cukup menarik ialah ketika pintu bahagian depan dibuka, ia boleh naik ke atas.

image.png

Ia bagaikan sayap ramai-ramai. Lazimnya, pintu seumpama ini didatangkan bersama kereta sport berkuasa tinggi.

Neta S Sport ini didatangkan dengan rim aloi bersaiz 19 inci.

image.png

Membelek bahagian belakangnya pula, ia cuma terdiri daripada bar lampu yang bersambungan dari kiri ke kanan.

Menyentuh bahagian dalamannya, kabinnya dihiasi dengan material kulit dan upholsteri suede.

image.pngimage.png

Dikhabarkan, Neta S ini juga dibangunkan dengan teknologi Neta sendiri termasuk Huawei.

Terdapat banyak yang perlu diberi perhatian namun kami hanya menyentuh beberapa ciri yang ringkas.

Antaranya, ia hadir dengan teknologi paparan realiti tambahan (AR), suite audio hi-fi premium 21 pembesar suara, serta pelbagai skrin paparan yang menjanjikan resolusi tinggi yang jelas. 

image.png

Terdapat juga panel instrumen digital 13.3 inci di hadapan pemandu, skrin sesentuh 12.3 inci bertentangan penumpang hadapan, dan skrin 17.6 inci menegak di bahagian tengah papan pemuka.

Selain itu, tempat duduk belakang boleh dilaras secara berkuasa, ada juga bumbung panoramik, pengecas tanpa wayar di konsol tengah, head-up display, pengawal suhu tiga zon dan panel  untuk mengawal cermin.

Bukan itu sahaja, ia juga didatangkan dengan ciri suite Neta Pilot dimana ia menawarkan pemanduan hampir autonomi untuk pemanduan lebuh raya dan juga bandar.

Datang kepada trenkuasa, terdapat beberapa spesifikasi yang tersedia, dimana terdapat motor tunggal atau dwi-motor .

Jadi hamburan kuasa bergantung kepada jenis trenkuasa dan model ini hanya datang dengan tetapan pacuan roda belakang, dimana motor elektrik itu boleh menghasilkan kuasa antara 227 hp dan 455 hp.

Mengenai pek bateri, ia menggunakan bateri lithium ion 43.88 kWh atau 43.51 kWh. Model ini juga mampu memberikan jarak gerak dari 520 kilometer (km) hingga 1,100 km.

Di sebalik semua ini, Intro Synergy ada memberikan bayangan bahawa ia berkemungkinan besar akan dijual pada harga sekitar RM300,000 namun tiada sebarang butiran mengenai selepas jualan.

Penulis berpendapat harganya agak berbaloi dengan rupa bentuknya yang sporty tetapi apa pula pandangan anda?

Kongsikan di bawah ruangan ini!


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT6672

SELANGOR

BSU3751

JOHOR

JF6008J

PULAU PINANG

PSG3768

PERAK

APM1938

PAHANG

CFJ624

KEDAH

KGJ4442

NEGERI SEMBILAN

NEM2580

KOTA KINABALU

SJU5242

KUCHING

QAB7460P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global
Pandu Uji

12-07-2024

Berita Terkini

EV

EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan

Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.

12-10-2026
EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.