Perodua Axia E Terus BIKIN PANAS!

Pada minggu lepas, kecoh satu Malaysia apabila Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad (Perodua) memperkenalkan Axia versi transmisi manual, Axia E.
Sebaik Perodua mendedahkan gambar dan harganya yang cuma RM22,000, timbul pelbagai komen-komen negatif.
Ada yang menganggap rimnya seolah-olah penutup periuk kukus dan ramai juga yang tidak berpuas hati kerana ia tidak dilengkapi dengan radio.


Terbaharu, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) pula mendedahkan Perodua Axia E dilancarkan itu bukanlah model baharu.

Sebaliknya, ia adalah model generasi pertama yang dilancarkan pada 2014.
Memetik kenyataan MIROS di akhbar Berita Harian, MIROS mendakwa kereta itu bukan model baharu dan telah diuji di bawah protokol lama yang tidak mempunyai peraturan ciri keselamatan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) wajib ketika penilaiannya.
Sebaliknya, ciri keselamatan ESC dan sistem brek antikunci (ABS) sebenarnya telah diwajibkan dalam model baharu di Malaysia sejak 1 Julai 2018.
Dikhabarkan, semua kereta baharu yang akan dikeluarkan di pasaran Malaysia wajib dipasang dengan ESC termasuk varian peringkat permulaan.

"Model Axia generasi kedua baharu 2023 yang diperkenalkan awal tahun ini sebaliknya telah melalui protokol penilaian Asean NCAP terkini yang memerlukan bukan sahaja ESC tetapi juga beberapa teknologi bantuan keselamatan termaju seperti Autonomous Emergency Braking (AEB), Blind Spot Detection (BSD) dan Lane Keep Assist (LKA) untuk menjaringkan penarafan 4 Bintang dan ke atas.
"Semua kereta yang akan diuji di bawah penilaian ASEAN NCAP mulai 2017 mesti mempunyai kelengkapan ESC untuk mencapai penarafan bintang yang lebih tinggi," katanya dalam satu kenyataan kepada NST.

Bagaimanapun, pendedahan MIROS ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan memandangkan PERODUA sudah mengulangi bahawa varian Axia E 2023 bukanlah model baharu tetapi berdasarkan edisi facelift 2017 bagi model generasi pertama.
Apa yang baharu dengan pengenalan semula itu ialah harganya cuma serendah RM22,000.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT9073
SELANGOR
BSU4086
JOHOR
JF6941J
PULAU PINANG
PSG4245
PERAK
APM2413
PAHANG
CFJ1132
KEDAH
KGJ4650
NEGERI SEMBILAN
NEM2780
KOTA KINABALU
SJU5480
KUCHING
QAB7531P
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Tekejut: Pembeli Perodua QV-E Terawal Terima Bayaran Balik RM16,501
Perodua Pulangkan RM16,501 Kepada Pembeli Terawal QV-E, Rupanya Ada Sebabnya.
06-08-2026
Perodua Axia Kini Lebih Mampu Milik: Harga Turun Sehingga RM4,700 Serta-Merta
Berita Baik! Perodua Potong Harga Axia Demi Bantu Rakyat Hadapi Cabaran Ekonomi.
03-08-2026
Berita Terkini
Perodua Ativa AV Pink Edition: Ada 10 Unit Sahaja
Perodua Ativa Kini Hadir Dalam Warna Pink.
14-10-2026
Kontroversi Brek Honda City Varian E: Apa Yang Diberitahu Kepada Pembeli VS Apa yang Mereka Dapat
Honda City E: Brek Drum Tak Salah, Tapi Kenapa Pembeli Rasa Terpedaya?
14-10-2026
GWM Malaysia Perluas Rangkaian 3S di Johor dan Selangor
Makin Popular, GWM Tambah 2 Cawangan Baharu di Malaysia.
14-10-2026
Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua
Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.
13-10-2026
Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini
Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!
13-10-2026
CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor
Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.
13-10-2026
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge