Raptor Diesel Sado Sangat, Harga Pun Boleh Tahan!

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) melancarkan secara rasminya Ranger Raptor 2.L Bi-Turbo Diesel ke pasaran tempatan dalam satu majlis sebentar tadi.
Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair berkata ia merupakan antara trak pikap yang terbaik buat masa ini.
“Ranger Raptor generasi baharu ini menerima permintaan tinggi.
“Kami mengambil maklum tentang perkara itu, dan kini varian dengan enjin 2.0L Bi-Turbo Diesel yang telah terbukti turut ditawarkan sebagai pilihan untuk pencinta Raptor dan juga peminat trak off-road berkelajuan tinggi lainnya,” katanya pada majlis pelancaran tadi.

Untuk makluman, jentera ini dijual pada harga RM248,888.
Ia yang disumbat dengan enjin 2.0L mampu menghamburkan kuasa setakat 210hp dan 500Nm dan dipadankan dengan transmisi automatik 10-kelajuan automatik dengan mod manual SelectShift.
Mengenai suspensi, ia menampilkan sistem Watt’s Linkage pada gandar belakang,termasuk ada penyerap hentak off-road dengan strok panjang yang dbekalkan oleh Fox.
Apa yang cukup menarik ialah ia menawarkan pemasangan dashcam GPS tanpa wayar Kenwood DRV-A700W WQHD dual channel secara percuma, bersama diskaun RM500 untuk program Ford Ranger Gateway.
Menjengah bahagian luarannya, ia menampilkan kit Raptor yang sama dengan model petrol V6 namun ia sebenarnya mudah dibezakan kerana Raptor diesel ini cuma diberikan satu ekzos yang dipasang pada bahagian kiri.

Jika dibandingkan dengan model petrol V6, ia mempunyai ekzos berkembar .
Berbalik pada bahagian luarannya, ia hadir dengan lampu hadapan LED Matrix , jalur LED berbentuk-C bersama fungsi auto levelling.
Menjengah bahagian belakang pula, ia dilengkapi dengan lampu belakang LED, pemijak sisi aluminium dengan logo Raptor serta plat pelindung bawah badan.
Mengenai rim pula, ia, menampilkan set rim 17-inci dan dibaluti tayar all-terrain BF Goodrich KO2 bersaiz 285/70R17.
Sebaik penulis melabuhkan punggung ke bahagian pemandu, kabinnya menghidangkan paparan instrumen digital bersaiz 12.4-inci, manakala roda stereng sportnya dibalut dengan material kulit dengan penanda pukul 12 kemasan oren.
Sementara itu, skrin sesentuh 12-inci pula terus dihala secara menegak dan ia sebenarnya memudahkan untuk pemandu mengakses skrin berkenaan.

Malah sistem infotainmennya juga menyokong ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar diberikan standard) dan terdapat lapan pembesar suara.
Apa yang cukup menarik ialah ia juga dilengkapi dengan lampu suasana serta empat slot pengecas USB dan pengecas tanpa wayar Q.

Terdapat juga logo Raptor, pedal penukar gear magnesium dan tombol gear elektronik.
Menyentuh mengenai tempat duduknya, ia boleh dilaras secara elektrik kepada 10 hala termasuk untuk penumpang hadapan.
Jika menyentuh mengenai ciri-ciri keselamatannya, ia sememangnya sarat dengan pelbagai ciri keselamatan yang cukup canggih.


Antaranya: kamera pemantau 360-darjah, 7 beg udara, sensor parkir hadapan dan belakang, kamera undur, sistem brek ABS dengan EBD dan kawalan kestabilan elektronik, bantuan mula mendaki, kawalan menurun bukit dan, pemantau tekanan angin tayar .

Jadi bagi yang berminat, ia hadir dalam lima warna berbeza iaitu Code Orange, Absolute Black, Arctic White dan Conquer Grey.
Sebelum terlupa, Ranger Raptor turbodiesel ini juga dilindungi waranti pengeluar selama lima tahun atau 160,000 km, yang mana sampai dulu.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT9860
SELANGOR
BSU4223
JOHOR
JF7250J
PULAU PINANG
PSG4393
PERAK
APM2575
PAHANG
CFJ1233
KEDAH
KGJ4724
NEGERI SEMBILAN
NEM2853
KOTA KINABALU
SJU5612
KUCHING
QAB7546P
Terakhir Kemas Kini 15 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Sime Darby Auto Connexion-Ford Lebarkan Sayap Di Malaysia Timur
Pusat pengedar itu dibuka untuk menyediakan perkhidmatan dan produk berkualiti kepada para pelanggannya di Sabah dan Sarawak.
04-02-2025
Adakah Model Terhad Ini Stormtrak?
Edisi terhad ini akan dilancarkan pada hujung bulan ini.
15-05-2024
Ford Ranger Getaways Tawar Latihan 4x4
Sesi latihan Ford Ranger Getaways untuk pemilik Ranger dan Ranger Raptor.
19-04-2024
SDAC Hulur Dana, Bantu Orang Asli Tambah Pendapatan
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) selaku pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia terus komited membantu masyarakat Orang Asli, baru-baru ini.
18-03-2024
PECAH REKOD: Kereta FORD Laris Tahun Lepas
SDAC-Ford mencatatkan jualan pecah rekod tertinggi apabila 8,858 unit Ford Ranger dan Ford Everest terjual pada tahun 2023.
12-03-2024
Ada Ford Ranger? Jom Sertai Ford Ranger Getaways
SDAC bakal mengadakan program Ford Ranger Getaways 2024 lebih esktrem untuk tahun ini.
26-02-2024
Meriah Perhimpunan TT Ford Penampang
Ford Penampang (Rightpower Corporation) menganjurkan Perhimpunan Mega TT ke-7 2023 di J Borneo Native Village, Penampang, Sabah baru-baru ini.
06-12-2023
Ford Ranger Platinum: Mewah Luar, Dalam
Berminat untuk membeli Ford Ranger Platinum, baca artikel ini.
18-11-2023
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

