[VIDEO] Ngeri! 'Superman' Langgar Lampu Merah, Maut Di Lokasi
![]()
Keseronokan yang berakhir dengan tragedi. Inilah yang dilalui oleh sekumpulan ‘mat rempit’ setelah salah seorang daripada rakan mereka maut selepas merempuh sebuah kereta.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Kamarul Rizal Jenal, berkata, remaja lelaki berusia 18 tahun itu yang menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ, meninggal dunia di lokasi kejadian kerana mengalami kecederaan parah, sementara itu pemandu Proton Persona yang merupakan remaja lelaki berusia 18 tahun cedera di tangan kiri.
Kejadian tersebut berlaku pada jam 4.30 pagi di Lebuhraya Tun Dr. Lim Choong Eu berhampiran Astaka Seagate di Bayan Lepas, Georgetown.
Detik-detik mengerikan itu telah dirakamkan dan video tersebut kini tersebar di media sosial:
Beberapa saat sebelum pelanggaran, mangsa dilihat berbaring di atas motor untuk meniru aksi “Superman” sambil meluncur laju semasa berlumba dengan seorang lagi penunggang lain.

Aksi yang dilakukan sebelum kemalangan
Ketika melalui persimpangan dengan lampu isyarat, mangsa masih tidak mengurangkan kelajuan dan terus melanggar lampu merah. Ketika itu, sebuah kereta dilihat telah membelok ke arah kanan, mangsa yang tidak sempat mengelak merempuh sisi kiri kenderaan.

Keadaan kereta yang telah dirempuh
Mangsa dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah. Seorang lagi pelumba hampir menerima nasib yang sama namun sempat mengelak daripada berlanggar.

Keadaan motor mangsa
Menurut Kamarul Rizal mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk proses bedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN3625
SELANGOR
BST3575
JOHOR
JD4073J
PULAU PINANG
PSF2146
PERAK
APL1472
PAHANG
CFH5857
KEDAH
KGH7835
NEGERI SEMBILAN
NEL6328
KOTA KINABALU
SJT8259
KUCHING
QAB4874P
Terakhir Kemas Kini 29 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Ini Dah Melampau, Mat Rempit Tutup Lebuhraya
Pelesit Jalanan 'Kuasai' Linkedua: Lebuhraya Linkedua Ditutup Demi Lumba Haram.
23-08-2026
Geng Motor Baling Mercun, Serang Anggota JPJ Semasa Operasi
Kejadian melampau berlaku baru-baru ini apabila sekumpulan individu yang dipercayai penunggang motosikal bertindak luar kawalan dengan menyerang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggunakan mercun.
23-02-2026
Pemegang MyLesen B2 'Rempit' Bakal Kehilangan Lesen?
JPJ kini sedang meneliti kemungkinan untuk membatalkan lesen motosikal yang diperoleh melalui Program MyLesen B2 sekiranya pemegang lesen melanggar peraturan jalan raya.
24-06-2025
Kesan Mat Rempit Guna Kamera, Suspek Akan Ditahan Di Luar Perlumbaan
Pihak polis Pulau Pinang guna kamera sebagai bahan bukti untuk menahan mat rempit.
15-08-2022
Lori Jadi Benteng Selamatkan Kereta Lain Daripada Dirempuh Bas Ekspres
Tindakan Berani Pemandu Lori ‘Korban’ Kenderaan Sendiri Demi Sekat Bas Ekspres Hilang Kawalan Dipuji.
16-06-2026
Satu Hari, 2,088 Nahas: Disiplin Jalan Raya Makin Merosot?
Sebanyak 2,088 kes kemalangan dilaporkan berlaku di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sahaja semalam.
05-05-2026
Mangsa Kemalangan Maut, Tercampak Ke Dalam Lubang Pembentung
Seorang pelajar tingkatan dua maut selepas motosikal yang dinaiki bersama abangnya terjatuh ke dalam lubang pembetung.
03-02-2026
Berita Terkini
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ
Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.
28-08-2026
Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT
Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.
28-08-2026
JPJ Sita Lamborghini Huracan Tak Bayar Road Tax RM35k
Selain Lamborghini Huracan, Kereta Mewah Datuk, Datuk Seri Pun Kena Sita.
28-08-2026
Triton Single Cab AT Tiba Di Malaysia, RM107.9k
Mitsubishi Triton Single Cab AT: Harga & Spesifikasi.
28-08-2026
Isuzu D-Max 2.2L Baharu Keliling Semenanjung Guna Satu Tangki Diesel
Cabaran One Tank: Isuzu D-Max 2.2L Catat Jarak 1,756 KM Dengan Hanya Guna 1 Tangki Diesel.
28-08-2026
Cuba Elak Roadblock Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
Proton X70 Lari Sekatan Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
27-08-2026
GWM TANK 500 HEV 2026: Aplikasi Pintar Baharu + Diskaun RM30k
GWM TANK 500 HEV 2026 Naik Taraf Ciri Aplikasi, Waranti Seumur Hidup.
27-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
