ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Geng Motor Baling Mercun, Serang Anggota JPJ Semasa Operasi

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Screenshot-2026-02-23-at-08.46.00.png


Gambar hiasan


Kejadian melampau berlaku baru-baru ini apabila sekumpulan individu yang dipercayai penunggang motosikal bertindak luar kawalan dengan menyerang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggunakan mercun.


Insiden cemas itu berlaku semasa sepasukan anggota penguat kuasa sedang menjalankan tugas rutin sempena Operasi Tahun Baharu Cina di sekitar kawasan Lebuhraya LATAR dan Tasik Puteri.


Bagaimana Insiden Baling Mercun Ini Bermula?


Semuanya bermula kira-kira jam 10 malam apabila pihak JPJ menahan sebuah motosikal di Jalan Tasik Puteri kerana penunggang dan pembonceng motosikal tersebut tidak memakai topi keledar.


Selepas pemeriksaan lanjut dijalankan, senarai kesalahan mereka ‘bertambah panjang’:

  • Tiada lesen memandu yang sah.
  • Cukai jalan (LKM) telah tamat tempoh.
  • Tiada perlindungan insurans.

Ketika pegawai sedang sibuk menyediakan notis kesalahan, situasi bertukar tegang apabila 'geng motor' yang dianggarkan seramai 20 hingga 30 orang mula melakukan provokasi.


Sejauh Mana Tindakan Melampau Kumpulan Tersebut?


rempit.png


Gambar hiasan


Kumpulan tersebut didakwa mula membaling mercun ke arah anggota penguat kuasa dari kawasan bukit berhampiran deretan kedai. Tidak cukup dengan itu, sebahagian daripada mereka bertindak menghampiri anggota JPJ sebelum beredar.


Keadaan menjadi lebih buruk apabila beberapa individu terus membaling mercun berkali-kali ke arah pegawai dan penunggang yang sedang disaman. Di lampu isyarat berdekatan pula, sekumpulan lagi melakukan provokasi dengan ‘mengaumkan’ ekzos motosikal sambil menjeritkan kata-kata kesat kepada pihak berkuasa.


Demi keselamatan, pasukan JPJ memutuskan untuk beredar dari lokasi sejurus urusan penguatkuasaan selesai.


Apakah Tindakan Tegas Daripada Pihak JPJ Selangor?


Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan, menegaskan bahawa pihaknya tidak akan sesekali berkompromi dengan tindakan samseng jalanan yang cuba menghalang tugas penjawat awam.


“Kami tidak berkompromi dengan mana-mana pihak menghalang tugas penguatkuasaan atau bertindak agresif terhadap pegawai yang menjalankan tanggungjawab. Saya sudah mengarahkan anggota terbabit membuat laporan polis berhubung insiden itu,” katanya.

Sumber: Buletin TV3

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VSA4167

SELANGOR

BSV2754

JOHOR

JH7325J

PULAU PINANG

PSH5271

PERAK

APN1957

PAHANG

CFJ4584

KEDAH

KGJ9031

NEGERI SEMBILAN

NEM6501

KOTA KINABALU

SJV2872

KUCHING

QAB642Q

Terakhir Kemas Kini 20 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto
Hukuman Penjara Menanti Mat Rempit Bermula 1 November Ini

Hukuman Penjara Menanti Mat Rempit Bermula 1 November Ini

Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987: Mat Rempit Berdepan Penjara Mulai 1 November.

05-10-2026
Berita Auto
Ini Dah Melampau, Mat Rempit Tutup Lebuhraya

Ini Dah Melampau, Mat Rempit Tutup Lebuhraya

Pelesit Jalanan 'Kuasai' Linkedua: Lebuhraya Linkedua Ditutup Demi Lumba Haram.

23-08-2026
Berita Auto
Pemegang MyLesen B2 'Rempit' Bakal Kehilangan Lesen?

Pemegang MyLesen B2 'Rempit' Bakal Kehilangan Lesen?

JPJ kini sedang meneliti kemungkinan untuk membatalkan lesen motosikal yang diperoleh melalui Program MyLesen B2 sekiranya pemegang lesen melanggar peraturan jalan raya.

24-06-2025
Berita Auto
[VIDEO] Ngeri! 'Superman' Langgar Lampu Merah, Maut Di Lokasi

[VIDEO] Ngeri! 'Superman' Langgar Lampu Merah, Maut Di Lokasi

Keseronokan yang berakhir dengan tragedi.

05-06-2023
Berita Auto
Kesan Mat Rempit Guna Kamera, Suspek Akan Ditahan Di Luar Perlumbaan

Kesan Mat Rempit Guna Kamera, Suspek Akan Ditahan Di Luar Perlumbaan

Pihak polis Pulau Pinang guna kamera sebagai bahan bukti untuk menahan mat rempit.

15-08-2022

Berita Terkini

Berita Auto
Kes Pertama Seksyen 42A: 3 Remaja 'Wheelie' Ditahan JPJ

Kes Pertama Seksyen 42A: 3 Remaja 'Wheelie' Ditahan JPJ

3 remaja bakal jadi kes pertama didakwa ikut Seksyen 42A di Kelantan.

20-11-2026
Berita Auto
Prestasi Jualan Kereta Oktober: Cecah 70,519 Unit

Prestasi Jualan Kereta Oktober: Cecah 70,519 Unit

Jualan Kenderaan Oktober 2026 Meningkat 1.3%, Pikap Catat Rekod.

20-11-2026
Berita Auto
Proton X90 Laku Keras, Ini Punca Ramai Beli

Proton X90 Laku Keras, Ini Punca Ramai Beli

Proton X90 2026 Adalah SUV Segmen D No.1 Malaysia.

20-11-2026
Berita Auto
Bila Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka?

Bila Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka?

Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka Bermula 18 Nov-1 Disember 2026

18-11-2026
Berita Auto
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Tumbang

Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Tumbang

Penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang di Selayang.

18-11-2026
Berita Auto
Lebuhraya LIKE:  Jalan Duta- Sungai Besi Bakal Dibina

Lebuhraya LIKE: Jalan Duta- Sungai Besi Bakal Dibina

Selepas Lama Menyepi, Ini Langkah Besar Lim Kang Hoo.

18-11-2026
Berita Auto
Feytech Berganding Dengan 2 Syarikat  China Hasilkan Sistem Brek, Stereng Chery

Feytech Berganding Dengan 2 Syarikat China Hasilkan Sistem Brek, Stereng Chery

Sistem brek dan stereng Chery kini diusahakan secara lokal.

18-11-2026
Berita Auto
Bapa Tinggalkan Anak Di Tepi Plaza Tol Nilai

Bapa Tinggalkan Anak Di Tepi Plaza Tol Nilai

Jurutera warga China yang sebelum ini tular selepas meninggalkan anaknya berhampiran Plaza Tol Nilai.

18-11-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.