ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Apa Cerita Ni? Harga Kereta Naik

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Ringgit mencatatkan penurunan hampir enam peratus pada separuh pertama 2023 sekali gus mendahului kejatuhan dalam kalangan mata wang negara Asia berbanding negara lain.

Maka tidak hairanlah, mengapa beberapa syarikat pengeluar kereta sudah mula menaikkan harga kereta mereka bagi mengelak daripada mengalami kerugian.

image.png

Antaranya Honda Malaysia yang terpaksa menaikkan harga tiga modelnya  – Honda City Hatchback, Honda HR-V, dan Honda Civic.

image.png

Semua varian City Hatchback telah meningkat sebanyak RM300, kecuali varian hibrid e:HEV RS. 

Pelarasan harga ini menyaksikan varian City Hatchback 1.5L S  meningkat kepada RM78,900 (sebelum ini RM78 ,600), manakala varian 1.5L E spesifikasi pertengahan kini berharga RM86,900 (sebelum ini RM86,600). 

Sementara itu, dua varian V – 1.5L V dan 1.5L V-Sensing – kini berharga RM91,900 (sebelum ini RM91, 600) dan RM95,900 (sebelum ini RM95,600).

Sama seperti City Hatchback, semua harga varian Honda Civic FE – kecuali untuk e:HEV RS hybrid – kini naik sebanyak RM1,200.

Varian 1.5L E Civic juga tidak terkecuali memandangkan ia dijual pada harga RM131,900 (sebelum ini RM130,700), 1.5L V spesifikasi pertengahan berharga RM144,900 (sebelum ini RM143,700), manakala 1.5L RS pula berharga RM151,900 (sebelum ini RM150,700).

Bagaimanapun, harga varian  tertinggi, Civic FE 2.0L e:HEV RS, tidak berubah kerana ia masih dijual pada harga RM166,500 iaitu harga yang sama ketika ia dilancarkan tahun lepas.

image.pngimage.png

Beralih kepada Honda HR-V, semua varian B-SUV ini telah meningkat sebanyak RM1,100, yang meletakkan varian asas, 1.5L S trimline berharga RM115,900 (sebelum ini RM114,800). 

Sementara itu, dua varian pengecas turbo – 1.5L Turbo E dan 1.5L Turbo V – kini masing-masing meningkat kepada RM130,900 (sebelum ini RM129,800) dan RM135,900 (sebelum ini RM134,800).

image.png

Berbeza pula dengan Honda Civic dan City Hatchback, HR-V e:HEV RS hybrid dimana harganya juga meningkat. Ia  kini dijual pada RM141,900 berbanding tanda harga asalnya RM140,800).

image.png

Di sebalik kenaikan harga ini, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) juga sudah menyemak semula harga trak pikap Mitsubishi Triton untuk kali kedua tahun ini.

Buat kali pertama, ia disemak pada April 2023.

Untuk makluman, harga Triton meningkat sekitar RM2,500 hingga RM5,000 namun semuanya bergantung kepada varian.

Bagi peminat kereta pikap MMM, Varian Triton Quest 4x2 M/T telah meningkat sebanyak RM2,500, yang kini berharga RM86,390 (sebelum ini RM83,890). 

image.png

Sementara itu, Triton 4x4 M/T kini berharga RM109,000 (sebelum ini RM105,500), manakala kembar A/T  menguasai tanda harga yang lebih tinggi iaitu RM112,890 (sebelum ini RM109,990) – masing-masing meningkat RM3,500 dan RM2,900.

Malah,  varian Premium, M/T Premium kini berharga RM121,200 (kenaikan RM2,500, sebelum ini RM118,700), manakala Premium A/T memperoleh harga lebih tinggi iaitu RM134,900 (kenaikan RM5,000) sebelum ini RM129,900).

Bagi Triton Athlete pula,  varian ini mengalami kenaikan harga tertinggi sebanyak RM5,000, menjadikan ia kini berharga RM154,900 (sebelum ini RM149,900).

image.pngimage.png

Akhir sekali ialah Kia Niro EV . Anak syarikat Bermaz Auto Alliance dan pengedar tunggal jenama kereta Kia di Malaysia, Dinamikjaya Motors juga telah membuat membuat keputusan untuk menaikkan harga untuk Kia EV6 GT.

image.png

Ia yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Korea Selatan, EV6 GT spesifikasi Malaysia kini berharga RM319,668 – iaitu kira-kira RM19,000 lebih mahal berbanding sebelum ini.

Selain daripada kenaikan ini, pembuat kereta itu juga memberi amaran tentang kemungkinan kenaikan harga untuk model Kia yang lain.

Kenaikan harga itu sebenarnya ada kaitan dengan isu rantaian bekalan sektor automotif selain Ringgit lemah.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRA2444

SELANGOR

BSQ3640

JOHOR

JYX3040

PULAU PINANG

PSC5019

PERAK

APH6757

PAHANG

CFG6020

KEDAH

KGG2171

NEGERI SEMBILAN

NEK4872

KOTA KINABALU

SJR9999*

KUCHING

QAB8428N

Terakhir Kemas Kini 27 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Honda Malaysia Perkukuh Dominasi Hibrid; Model e:HEV Kini Dilindungi Jaminan 10 Tahun

Bukan Untuk Model Baharu Sahaja, Pemilik Honda Jazz & City Hybrid Lama Turut Dapat Lanjutan Waranti!

04-05-2026
Kereta Baru

Honda Prelude 2026 Didedahkan, Adakah Ini Mimpi Ngeri Buat Pesaing Sport Coupe?

Ikon 90-an Kembali! Honda Prelude 2026 Kini di Malaysia – Siap Sedia 'Melawan' GR86?

16-04-2026
Berita Auto

Kereta Honda Laku Keras, Ini Pula Sasaran CEO Honda Malaysia Tahun Ini

Honda Malaysia meletakkan sasaran untuk menjual sebanyak 60,000 unit kereta pada tahun ini.

11-02-2026
Berita Auto

Honda Malaysia Bakal Lancar 6 Model Baharu Tahun Ini, Adakah Mungkin Prelude?

Honda Malaysia mengumumkan bahawa pihaknya akan melancarkan sekurang-kurangnya enam model baharu ke pasaran Malaysia pada tahun ini.

11-02-2026
Kereta Baru

Honda CR-V Dual-Tone Edition Kini Di Pasaran – Terhad 300 Unit, Dari RM169,900

Sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-25, Honda Malaysia (HM) mengumumkan syarikatnya itu kini menawarkan versi khas, CR-V Dual-Tone Edition, eksklusif untuk CR-V generasi keenam varian E dan V.

13-11-2025
Berita Auto

Honda Malaysia, KTMB Jalin Kerjasama Untuk Sediakan Mobiliti Lestari Pada Persidangan ASEAN Railways Ke-45

Honda Malaysia menjalinkan kerjasama dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang bertindak sebagai Rakan Rasmi Pengangkutan Kereta bagi Persidangan Ketua Pegawai Eksekutif Kereta Api ASEAN (ARCEOs’) ke-45.

09-09-2025
Berita Auto

SST Tidak Jejas Harga – Honda Malaysia

CEO Honda Malaysia, Narushi Yazaki, berkongsi kenyataan penting berkaitan isu pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diperluas.

18-07-2025
Kereta Baru

Honda HR-V 2025 Facelift Kini Rasmi Di Pasaran – Dari RM115,900

Honda Malaysia secara rasmi memperkenalkan Honda HR-V 2025 facelift untuk pasaran tempatan.

17-07-2025

Berita Terkini

Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026
Berita Auto

20 Saman AES: Pemandu Alphard Akhirnya Kantoi

Pemandu Alphard Kantoi Sembunyi Kereta Belakang Bank, Rupa-Rupanya 'Sarat' Saman AES!

26-05-2026
Berita Auto

Saman Bukan Matlamat: 2,000 Anggota JPJ Pantau Kawasan Berisiko

2,000 JPJ akan digerakkan di seluruh negara.

26-05-2026
Berita Auto

Tukar Hak Milik Kereta Persendirian: 8 Pusat Pemeriksaan Carro Mula Beroperasi Bulan Depan

Carro dilantik laksana pemeriksaan tukar hak milik kenderaan persendirian. - MOT.

26-05-2026
Berita Auto

Cuti Panjang: 150,000 Kereta Banjiri WCE Sehari

Nak Balik Kampung Guna WCE? Ini Tips 'Survival' Elak Jem & Mengantuk.

26-05-2026
Berita Auto

Sedia Hadap ‘Jammed’? Lebih 3 Juta Kenderaan Banjiri KLK & LPT1 Sempena Cuti Panjang

Aliran Trafik KLK, LPT1 Melonjak Sempena Cuti Sekolah & Aidiladha.

26-05-2026
Berita Auto

Naik Genting Highlands Kena Bayar? Ini Kadar Caj Baharu Bermula 28 Mei

Bukan percuma lagi! mulai Khamis ini, Masuk Genting Highlands kena bayar tol.

26-05-2026
Berita Auto

PLUS Lancar JustGo, Bakal Laksana Sistem Pembayaran Tol Terbuka

Bye-Bye Tersalah Lorong! JustGo Cetus Revolusi, Bebas Guna Mana-Mana Lorong Tol PLUS Bermula Ogos Ini.

25-05-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.