Art Of Speed 2023 Cukup Meriah

Pameran Art Of Speed (AOS 2023) yang diadakan selama dua hari bermula Sabtu lalu di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) berjaya menarik lebih 65,000 pengunjung.
Acara itu bermula pada 29 dan 30 Julai dimana tiketnya dijual pada harga serendah RM35 manakala warga emas dan kanak-kanak berumur bawah 12 tahun dibenarkan masuk secara percuma.

Seperti sedia maklum, pameran kenderaan kustom dari luar negara merupakan acara yang cukup menyerlah setiap kali AOS diadakan.
Pada tahun ini, antara senarai kenderaan kustom ialah:
• WILD ROAD CHOPPERS (JEPUN) hadir dengan Harley-Davidson Chopper Show Bike.tahun 1941.
• COSMIC CHOPPER CITY (JEPUN) membawakan Harley-Davidson Chopper Show Bike.tahun 2020.
• SIDE YAKOTANI (JEPUN) mempamirkan Kustom 1959 Volkswagen Type2 Safari.
Art Of Speed juga ada menjemput tetamu-tetamu antarabangsa dimana pengunjung-pengunjung AOS 2023 cukup teruja menemui mereka pada pameran berkenaan.

Apa yang cukup menarik ialah penampilan Hot Wheel yang membuatkan pengumpul koleksi kereta mini itu menyerbu Hall B.
Apa tidaknya, kali ini AOS turut menganjurkan Konvensyen Rasmi Pengumpul Hot Wheels (Official Hot Wheels Collector Convention) yang pertama di Asia Tenggara.

Acara julung kali ini mengumpulkan peminat Hot Wheels dari seluruh negara di satu tempat, di mana mereka boleh melihat beberapa koleksi unik dan jarang dilihat tetapi terdapat juga acara tukar beli di mana mereka boleh menukar atau membeli model Hot Wheels lain dalam kalangan rakan pengumpul. .
Para pengunjung juga dilihat tidak melepaskan berpeluang untuk bertemu dan merakam gambar dengan pereka Hot Wheels terkenal, Matt Gabe dari Amerika Syarikat.

Sementara itu, Mohd Shahlan Bin Mohd Nasir dengan Proton Arena telah menggondoli tempat pertama dalam kategori Hot Wheels Legends Tour Malaysia.


Shahlan akan mewakili Malaysia di peringkat akhir nanti.
Pada tahun ini, pengunjung juga diberi peluang untuk merasai peluang cabutan bertuah selama dua hari pameran berlangsung.
Sebuah hadiah berupa berupa ZEUS e-biked menjadi milik seorang pengunjung bertuah dari Johor Bahru, Norilah Mohd Norzri manakala pada hari Ahad, pengunjung dari Perak, Rizal Azman membawa pulang sebuah Toyota Celica model tahun 1979 yang telah dikustomkan oleh Art of Speed Malaysia (AOSM).
Sementara itu, cabutan bertuah kedua untuk tiket dalam talian adalah sebuah motosikal Honda e-DAX, yang dimenangi oleh Nor Adila Bt Nor Hashimi.
Apapun, pameran kali ini cukup meriah.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge