ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Ioniq 6 Ada 2 Varian, Harga Bermula RM299K Sahaja

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) melancarkan secara rasminya kenderaan elektrik yang ketiga, Ioniq 6 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam sebentar tadi.

Tidak seperti pasaran negara jiran, jentera serba elektrik ini didatangkan dalam dua varian – Max RWD dan Max AWD.

Max RWD dijual pada harga RM289,888 manakala Max AWD pula RM319, 888.

Kedua-duanya adalah harga atas jalan tanpa insurans.

image.png

Bermula dengan varian Max RWD model ini hanya didatangkan dengan motor elektrik tunggal  yang dipasang di belakang dimana ia mampu menghamburkan kuasa setakat 225 hp (168 kW) dan 350 Nm.

Ini membuatkan ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 7.4 saat.

Bagi varian Max AWD pula, ia pula disumbat dengan dua motor eletrik, satu di hadapan manakala satu lagi di belakang. Maka, hamburan kuasanya lebih tinggi berbanding varian standard iaitu setinggi 321 hp (239 kW) dan 605 Nm.

Varian ini pula boleh memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 5.1 saat.

Difahamkan , kelajuan kedua-dua model ini yang dikawal secara elektronik boleh mencapai setakat 185 km/j namun varian AWD boleh bergerak sejauh 519 km manakala Max RWD pula 614 km.

Kedua-duanya juga disumbat dengan pek bateri polimer litium-ion 77.4 kW. Ia dibina berdasarkan platform E-GMP yang menampilkan asas sistem elektrikal 800-volt.

image.png

Apa yang cukup menarik ialah Ioniq 6 turut menyokong fungsi Vehicle-to-Load (V2L) di mana ia seolah-olah “powerbank gergasi’ bagi membekalkan kuasa ke peralatan elektik lain.

Melalui dua soket elektrik (satu di dalam dan satu di luar), Ioniq 6 boleh mengecas dan menghidupkan pelbagai peranti dan perkakas, serta menyelamatkan EV yang kehabisan elektrik.

LUARAN:

Secara visual, Ioniq 6 berdiri sebagai EV fastback yang mempamerkan bahasa reka bentuk Hyundai yang unik dan berani.

Fasia hadapan tanpa gril menampilkan lampu depan LED penuh dengan rekaan Parametric Pixel dimana ia adalah trademark untuk model Ioniq.

image.png

Berdasarkan pengamatan penulis, apa yang membezakan Ioniq 6 daripada EV lain di luar sana ialah siluet fastback ikoniknya dimana garisan bumbung yang melengkung membuatkan ia kelihatan seperti bulat.

BELAKANG

Menjengah bahagian belakang, elemen Parametric Pixel boleh dilihat pada bar lampu belakang lebar penuh dimana bahagian atas lampu itu tertera perkataan Ioniq 6.

image.pngimage.png

Melihat kepada rekaan badan yang cukup aerodinamik, maka tidak hairanlah mengapa kadar pekali seretan adalah serendah 0.21 sahaja.

Dari segi saiz, ia adalah sepanjang  4,855 mm, selebar 1,880 mm, ketinggiannya pula mencecah 1,495 mm manakala jarak roda sejauh 2,950 mm.

image.pngimage.png

Begitupun, kedua-dua model ini menerima rim aloi yang berbeza. 

Ini kerana Max RWD menerima set rim aloi yang lebih kecil iaitu Aero 18-inci bersama tayar 225/55 R18, manakala AWD pula dilengkapi dengan set rim aloi Performance 20-inci dengan tayar 245/40 R20.

KABIN:

Melangkah masuk ke dalam bahagian kabinnya, penulis mendapati Ioniq 6 ini  dilengkapi dengan skrin berkembar bersaiz 12.3 inci, ada sambungan Apple CarPlay dan Android Auto, pad pengecasan tanpa wayar, penggunaan bahan mesra alam dan lampu ambien pelbagai warna. 

image.pngimage.png

Ia juga dilengkapi dengan sistem kawalan iklim automatik dua zon, sistem audo Bose dengan lapan pembesar suara, sistem kemasukan kunci pintar, skrin paparan head-up, shift-by-wire dan paddle shifter untuk kawalan brek regenerative.

Bahagian tempat duduknya dibaluti dengan upholsteri kulit, tempat duduk hadapan Premium Relaxion dengan larasan kuasa dengan dan sokongan lumbar.

Apapun, semua ciri tersebut adalah standard untuk  kedua-dua varian, namun Max AWD dipasang dengan  bumbung matahari panoramik automatik sepenuhnya.

CIRI-CIRI KESELAMATAN:

Dari segi ciri keselamatan, jentera ini cukup sarat dengan ciri keselamatan iaitu dengan sistem keselamatan Hyundai SMARTSENSE dimana terdapat Bantuan Pengelakan Pelanggaran Titik Buta (BCA), Bantuan Pengekalan Lorong (LKA),  Bantuan Pengelakan Pelanggaran Hadapan (FCA) dan Bantuan Pemanduan Lebuhraya (HDA2).

Malah terdapat juga ciri keselamatan seperti Kawalan Jelajah Pintar (SCC) dengan fungsi Stop & Go, Bantuan Pengelakan Pelanggaran Parkir (PCA),  Sistem Pemantauan Keliling (SVM) dan Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS).

Bukan itu sahaja, Ioniq 6 ini juga dilengkapi dengan peralatan keselamatan pasif lain termasuk tujuh beg udara menyebabkan ia menerima skor ujian nahas Euro NCAP 5 bintang.

image.png

Bagi yang berminat untuk menempah jentera ini, ia didapati dalam lima pilihan warna: Abyss Black Pearl, Nocturne Grey Matte, Biophilic Blue Pearl, Dive Blue Solid, dan Gravity Gold Matte.

Bagaimanapun, harganya yang disebutkan adalah harga atas jalan tanpa insurans.

Ia hadir dengan jaminan standard dua tahun atau 50,000 km serta jaminan bateri EV lapan-tahun atau 160,000 km. 

Pakej lanjutan jaminan dan servis ditawarkan dengan kos tambahan RM10,000, dan menjadikan tempoh jaminan lima-tahun atau 100,000 km, dan termasuk penyelenggaraan untuk tiga tahun atau 50,000 km. Jaminan bateri EV kekal sama.

Tempahan boleh dibuat di sini.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT8025

SELANGOR

BSU3956

JOHOR

JF6536J

PULAU PINANG

PSG4096

PERAK

APM2245

PAHANG

CFJ1046

KEDAH

KGJ4573

NEGERI SEMBILAN

NEM2719

KOTA KINABALU

SJU5389

KUCHING

QAB7493P

Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Pandu Uji

20-09-2023
Kereta Baru

15-09-2023
Kereta Baru

21-07-2023
Berita Auto

28-04-2023
Teknologi

22-03-2023
Berita Auto

26-11-2024
Kereta Baru

06-09-2024
Berita Auto

21-11-2023

Berita Terkini

Kereta Baru

Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.

08-10-2026
Kereta Baru

Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.

07-10-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.

30-09-2026
Kereta Baru

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.