ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kali Ini, Seorang Bayi, Ibu, Nenek Terkorban

Suhana Veru

Kongsi melalui

WIRA-3.jpg

Baru dua bulan tiba di muka bumi namun telah kembali ke Rahmatullah. Demikian yang berlaku ke atas seorang bayi berusia dua bulan yang terkorban dalam nahas di Kilometer 375.8, Lebuh Raya Pantai Timur Dua (LPT2), dekat Bukit Besi, Terengganu semalam.

Selain bayi itu, Nik Muhammad Zayyan Irfan Zulhilmi Ismail, ibunya,  Raja Nurhanani Nabila, dan nenek bayi berkenaan, Noreha Mohamed, 53 turut terkorban dalam nahas yang cukup menyayat hati.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sewaktu kejadian,  kereta Proton Wira dipandu oleh adik Raja Nurhanani, Raja Haikal Najmi,20.

Selain tiga mangsa yang terbunuh, kereta itu dinaiki turut dinaiki seorang lagi adik Raja Nurhanani, Raja Nurhumairaa Nadzirah, 13.

WIRA-2.jpg

“Sekeluarga tersebut dikatakan dalam perjalanan pulang dari rumah Raja Nurhanani Nabila di Kem Tentera Darat Batu 10, Kuantan, Pahang selepas habis berpantang di kampung di Kampung Semat, Wakaf Bharu, Kelantan.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta Proton Wira dipandu Raja Haikal Najmi dikatakan tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas melanggar kotak pembetung yang berada di tepi lebuh raya lalu terbalik,” katanya.

Kesemua yang tersepit dalam kereta yang remuk teruk telah dikeluarkan oleh anggota bomba. 

Tiga maut manakala, pemandu dan Raja Nurhumairaa terselamat walaupun masing-masing patah kaki kanan dan patah bahu kiri.

Salam takziah kepada keluarga mangsa.

Bagi yang sering menggunakan LPT 2,  anda perlu lebih extra berhati-hati memandangkan ada yang menggelar laluan ini sebagai lebuhraya maut.

Terdahulu akhbar tempatan ada yang menyiarkan bahawa LPT2 dianggap bahaya selepas mencatatkan 503 kemalangan dalam tempoh lima bulan tahun 2023 iaitu bermula Januari hingga 31 Mei, membabitkan 14 kes kematian dan tiga cedera parah.

image.png

Bahkan, pakar kejuruteraan lebuh raya, Prof. Madya Dr. Ng Choy Peng turut mendakwa jalan terlalu lurus boleh mempengaruhi pengguna untuk memandu lebih laju.

Apapun, selain reka bentuk jalan, faktor manusia dan persekitaran turut menyumbang kepada nahas temaduk di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) yang dianggap bahaya.

image.png

Jadi, ada juga pengguna yang memberi cadangan kepada kerajaan untuk  menurunkan kadar had laju terutama di lokasi yang berpotensi berlaku kemalangan kepada 90 atau 100km sejam.

Apa pula cadangan anda?

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRG4451

SELANGOR

BSR6550

JOHOR

JA4193J

PULAU PINANG

PSD8530

PERAK

APJ9073

PAHANG

CFH1849

KEDAH

KGH1351

NEGERI SEMBILAN

NEK9496

KOTA KINABALU

SJT1297

KUCHING

QAB2144P

Terakhir Kemas Kini 18 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

05-03-2024
Berita Auto

19-12-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.