PERHATIAN! Omoda 5, Tiggo 8 Pro Dah Masuk M'sia

Chery melancarkan dua buah jentera terbaharunya, Chery Omoda 5 serta Tiggo 8 Pro di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), malam tadi.
Chery Omoda 5 hadir dalam dua varian iaitu C dan H dan ia menampilkan bahasa reka bentuk ‘Art in Motion’ serba baharu.

Omoda 5 varian C dijual pada harga RM108,800 manakal varian H pula (RM118,800).
Untuk makluman anda, Omoda 5 disumbat dengan enjin petrol empat silinder pengecas turbo 1.5 liter.
Maka, ia mampu menjana output setakat 156hp dan tork 230Nm. Ia dipadankan bersama continuously variable transmission (CVT) 9-kelajuan.

Dari segi luaran, Omoda 5 kelihatan agak menonjol disebabkan pemasangan gril matriks berlian.
Sementara itu, lampu hadapannya pula digandingkan dengan lampu nyalaan siang LED berbentuk T.
Menjengah bahagian belakang, ia dihiasi dengan lampu belakang jenis LED manakala rimnya bersaiz 18-inci.
Difahamkan, varian H hadir dengan kemasan rim garisan dua tona.


Bagi bahagian kabin pula, ia dilengkapi dengan skrin sentuh tengah 10.25 inci, ada sambungan Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar.
Selain itu, sistem bunyi pula dari Sony, enam pembesar (varian C) dan lapan pembesar suara (varian H).
Antara kelengkapan lain ialah, ia juga dipasang dengan USB, gear selector, brek parkir elektronik, media dial, butang untuk around-view monitor, mod pemanduan serta hazard lights.
TIGGO 8 PRO

Beralih kepada Tiggo 8 PRO, SUV tujuh tempat duduk ini dijual pada harga bermula dari RM159,800.
Model ini hadir dalam satu varian iaitu Premium dan dihasilkan secara pemasangan tempatan (CKD).
Ia disumbat dengan njin 2.0 liter empat-silinder turbo dengan sistem suntikan bahan api penuh (T-GDI).
SUV ini pula mampu menghasilkan kuasa setakat 256 dan tork 390 Nm manakala kuasa dari enjinnya dihantar ke roda hadapan menerusi kotak gear klac berkembar automatik tujuh-kelajuan, serta diberikan tiga mod pemanduan iaitu Eco, Normal dan Sport.


Melihat kepada bahagian luarannya, ia kini menampilkan gril “galaxy” serba baharu. , lampu bar LED dan lampu brek ketiga berbentuk-T.
Membelek lampu hadapannya, ia hadir dengan lampu hadapan LED automatic, lampu nyalaan siang LED, lampu belakang LED serta rim 19-inci.


KABIN:
• Skrin bercantum (intelligent curved dual screen) bersaiz 24.6-inci
• Ada sambungan Apple CarPlay dan Android Auto
• Gril pembesar suara gaya Burmester
• 8pembesar suara jenama Sony
• Balutan kulit pada tempat duduk
• Lampu kabin pelbagai warna
• Pendingin hawa automatik dua-zon
• Pintu tailgate berkuasa.
• Bumbung panaroma elektrik

Selain itu, jentera ini juga sarat dengan pelbagai ciri-ciri keselamatan seperti amaran keluar lorong, pengesanan titik buta, amaran pintu terbuka, amaran lalu lintas silang belakang, kawalan pelayaran adaptif serta amaran perlanggaran hadapan, brek automatik (AEB) dan banyak lagi.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN5133
SELANGOR
BST3916
JOHOR
JD4711J
PULAU PINANG
PSF2553
PERAK
APL1870
PAHANG
CFH5983
KEDAH
KGH8027
NEGERI SEMBILAN
NEL6509
KOTA KINABALU
SJT8552
KUCHING
QAB4988P
Terakhir Kemas Kini 30 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Chery Tiggo 7 Pro dan Tiggo 8 Pro Bakal Masuki Pasaran Malaysia!
Chery bakal membawa masuk beberapa model dalam barisan kereta Tiggo Pro ke dalam pasaran Malaysia.
11-05-2022
Chery Berlabuh Ke Indonesia Pula?
Tiga kenderaan Chery ditayangkan pada Pameran Motor Antarabangsa di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.
04-04-2022
Berita Terkini
Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000
Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.
27-08-2026
Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja
JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.
22-08-2026
Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia
Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.
14-08-2026
48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar
MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.
10-08-2026
Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?
Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?
07-08-2026
BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia
Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.
06-08-2026
JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800
Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.
22-07-2026
JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000
OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.
18-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat