ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Proton X70 Baharu, Harga Boleh Tahan

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) telah melancarkan varian baharu SUV segmen C Proton X70. 

Ia dikenali sebagai Proton X70 1.5 TGDi Premium X 2WD, dimana varian baharu ini menampilkan pelbagai peralatan baharu.

PROTON berkata, jentera ini masih mengekalkan enjin sama.

Ia tetap menggunakan 1.5 liter pengecas turbo dan suntikan-terus tiga-silinder petrol yang mampu menghasilkan kuasa setakat 174 hp dan tork 255 Nm.


image.png

Ia juga dipadankan bersama transmisi dwi-klac tujuh-kelajuan yang memacu roda hadapan.

Dari segi kit, X70 Premium X kelihatan hampir sama dengan varian Premium biasa. 

Model ini menggunakan roda aloi 19-inci yang sama selain lampu depan jenis projektor LED yang sama seperti, kita lihat pada varian Premium.

image.pngimage.png

SUV segak ini juga dilengkapi dengan tailgate berkuasa bebas-tangan, upholstery kulit Nappa, tempat duduk hadapan larasan kuasa, sistem infotainmen skrin sentuh 8-inci, sembilan pembesar suara dan enam beg udara.

image.png

Ia juga dipasang dengan bumbung panaromik seperti mana yang terdapat pada varian tertinggi X70 sebelum ini.

Dari segi ciri-ciri keselamatan pula, X70 menerima ciri ADAS, Brek Kecemasan Autonomi, Kawalan Jelajah Adaptif, Pemantau Titik Buta dan Amaran Keluar Lorong.

Bagi yang berminat, Proton X70 1.5 TGDi Premium X 2WD ini sudah dibuka untuk tempahan.

Ia hadir dalam beberapa warna eksklusif - Quartz Black, selain warna sedia ada iaitu Snow White dan Jet Grey.

image.png

Sebelum membuat tempahan, CariCarz.com ingin memaklumkan bahawa ia dijual pada harga RM126,800.

Ini bermakna ia lebih mahal RM3000 berbanding dengan varian Premium Standard dan lebih murah RM2,000 berbanding dengan Proton X70 1.8 TGDi Premium.

Apa pula pandangan anda mengenai Proton X70 baharu ini?

Kongsikan..


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN5207

SELANGOR

BST3938

JOHOR

JD4737J

PULAU PINANG

PSF2572

PERAK

APL1882

PAHANG

CFH5991

KEDAH

KGH8048

NEGERI SEMBILAN

NEL6518

KOTA KINABALU

SJT8553

KUCHING

QAB4992P

Terakhir Kemas Kini 30 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Cuba Elak Roadblock Polis, 2 Lelaki Temui Ajal

Proton X70 Lari Sekatan Polis, 2 Lelaki Temui Ajal

27-08-2026
Kereta Baru

11-04-2026
Pandu Uji

09-01-2026
Kereta Baru

08-01-2026
Berita Auto

06-01-2026
Berita Auto

05-06-2025
Berita Auto

06-05-2025
Teknologi

16-10-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.

27-08-2026
Kereta Baru

Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.

22-08-2026
Kereta Baru

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026
Kereta Baru

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026
Kereta Baru

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.

06-08-2026
Kereta Baru

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026
Kereta Baru

JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.

18-07-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.