Mitsubishi XForce SUV Ranggi Dengan Kemampuan Off-Road

Mitsubishi Motors Corporation (MMC) akhirnya mendedahkan SUV crossover kompak terbaru semasa Pameran Antarabangsa Indonesia Gaikindo 2023 (GIIAS). Model yang diberi nama Mitsubishi XForce ini direka berdasarkan SUV konsep XFC yang dipamerkan tahun lalu.

Pengganti Mitsubishi ASX ini berukuran 4,390 mm panjang, 1,810 mm lebar, 1,660 mm tinggi, dengan jarak antara roda sepanjang 2,650 mm. Sebagai perbandingan, Honda HR-V memiliki ukuran 4,385 mm panjang, 1,790 mm lebar, 1,590 mm tinggi, dengan jarak antara roda 2,610 mm.
Tidak banyak perbezaan antara XForce dengan konsep XFC, menampilkan reka bentuk futuristik yang dapat dilihat dengan jelas melalui rekaan lampu hadapan yang unik berbentuk Y mengapit gril hadapan bercorak cascading. Dari tepi, XForce kelihatan cukup bergaya dengan rekaan lingkungan roda (wheel arch) yang menonjol dan garis bumbung yang sporty.

XForce memiliki jarak kelegaan tanah paling tinggi dalam segmen ini iaitu 222 mm yang membolehkannya menjadi jentera off-road tanpa sebarang halangan. Kemampuan off-road ini turut dibantu oleh saiz rim 18 inci yang meningkatkan lagi ketinggian kereta.

Elemen Y diteruskan di sudut belakang XForce dengan lampu belakang LED berbentuk Y, sama seperti pada XFC. Sudut ini tampil ranggi dengan penambahan aksen bampar belakang.
Bergerak ke bahagian dalam, XForce dilengkapi dengan pelbagai teknologi moden seperti paparan infotainmen 12.3 inci, instrumen kluster 8 inci, sistem audio premium Yamaha Dynamic Sound 8 speaker, upholsteri fabrik ‘Melange’ yang tahan kesan kotoran untuk tempat duduk, pad pengecas tanpa wayar, kotak simpanan (glove box) yang sejuk dan banyak lagi.



Disebabkan oleh jarak antara roda yang panjang (2,650 mm), Mitsubishi mengatakan bahawa kabin XForce adalah antara yang terluas dalam segmen ini, menjanjikan keselesaan optimum kepada penumpang belakang dan ruang kargo yang lebih besar. Tempat duduk belakang juga boleh dilipat untuk memperluaskan ruang kargo mengikut keperluan.

Model ini dikuasakan oleh enjin petrol 1.5 liter 4-silinder aspirasi natural dengan output 103 hp/141 Nm, sama seperti MPV Xpander. Kuasa disalurkan kepada roda hadapan (FWD) melalui transmisi CVT.
Walaupun dengan sistem pacuan roda hadapan, XForce masih berkemampuan untuk perjalanan off-road ringan disebabkan oleh ciri yang dinyatakan tadi (jarak kelegaan tanah yang tinggi) selain dilengkapi dengan teknologi Active Yaw Control (AYC) dan empat mod pemanduan – Normal, Wet, Gravel dan Mud.

Mitsubishi XForce kini mula ditawarkan di Indonesia dengan harga jualan dari IDR 382 juta (~RM115,122).

Apa pendapat anda tentang Mitsubishi XForce terbaru? Tertarik untuk melihat Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) membawa masuk B-SUV ini ke pasaran kita? Seperti biasa, jangan lupa untuk tinggalkan pandangan anda di ruangan komen di bawah.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG3376
SELANGOR
BSR6302
JOHOR
JA3634J
PULAU PINANG
PSD8219
PERAK
APJ8703
PAHANG
CFH1749
KEDAH
KGH1266
NEGERI SEMBILAN
NEK9358
KOTA KINABALU
SJT1146
KUCHING
QAB2079P
Terakhir Kemas Kini 17 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Ini Yang Kita Tahu Tentang Pengganti Mitsubishi ASX, Lancar 10 Ogos Nanti
Mitsubishi akhirnya mendedahkan rekaan model crossover kompak baharunya kepada dunia.
01-08-2023
Kelibat Mitsubishi XForce Dikesan Di Shah Alam, Maknanya Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi!
Mitsubishi XForce akhirnya telah selamat mendarat di Malaysia apabila beberapa imej menunjukkan SUV kompak segmen B itu diturunkan dari sebuah lori pengangkut di Shah Alam, Selangor.
05-01-2026
Mitsubishi XForce Terima ASEAN NCAP 5 Bintang – Bakal Tiba Di Malaysia?
SUV crossover segmen B, Mitsubishi XForce, telah berjaya meraih penarafan lima bintang dalam ASEAN NCAP.
06-08-2024
Tak Menang Tangan! Mitsubishi Hantar 900 Unit Xforce Kepada Pelanggan April Ini
Laku Keras! Mitsubishi Xforce Buktikan Siapa 'Raja' SUV Kompak Terbaharu.
29-04-2026
Proton X50 vs Mitsubishi XForce: Dua SUV Kompak, Satu Pilihan Sukar
Nak beli SUV kompak baru? Jangan tengok X50 atau Xforce sebelum baca Ini!
08-04-2026
Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.
08-04-2026
Mitsubishi Xforce Dipasang Di Pekan, 800 Unit Dijangka Dihantar Pada April Ini
Pengeluaran Mitsubishi Xforce sudah pun dijalankan secara besar-besaran di kilang pemasangannya yang terletak di Pekan, Pahang.
03-02-2026
ROI Mitsubishi Xforce Sudah Dibuka, Jika Minat Sangat Boleh Tempah Pada Feb Nanti
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia mengumumkan bahawa pihaknya akan membuka tempahan untuk Mitsubishi Xforce bermula awal Februari ini.
12-01-2026
Berita Terkini
Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6
GWM bakal lancar Ora Ballet Cat versi kemas kini! Klon VW Beetle elektrik ini kini lebih berkuasa dengan 201 hp dan dijangka tukar nama kepada Ora 6?
15-07-2026
Laku Keras! Denza Z Raih 1,000 Unit Tempahan Dalam Masa Hanya Sehari
Pecut 0-100 km/j Bawah 2 Saat! BYD Denza Z Cetus Fenomena, Raih 1,000 Tempahan Sehari.
15-07-2026
Motor Elektrik BYD Tang Tercabut, Ini Penjelasan BYD
Rupanya ini sebab motor elektrik BYD Tang tercabut.
15-07-2026
SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800
Nissan Tekton Rasmi Dilancarkan, SUV Turbo Paling Murah.
14-07-2026
India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028
Tangani Pencemaran Toksik: New Delhi Rancang Haramkan Semua Skuter, Motosikal, Ricksaw Petrol.
07-07-2026
WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam
Satu Lagi Pengiktirafan Kilang Tempatan: GAC GS3 EMZOOM Buatan Malaysia Kini Dieksport ke Vietnam
08-06-2026
Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?
iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.
27-04-2026
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah
Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.
27-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat