Nak Ke Luar Negara, WAJIB Ada Lesen Memandu Fizikal

Nampaknya, lesen memandu digital tidak laku di luar negara kerana pihak berkuasanya masih mahu melihat lesen memandu fizikal!
Itu yang berlaku ke atas dua lelaki warga Malaysia ketika bercuti di Thailand.

Ketika kejadian, mereka menunggang motosikal di sebuah daerah di Thailand sebelum ditahan polis.
“Puas aku terangkan yang Malaysia dah tak pakai kad fizikal. Dia kata tak boleh, akhirnya aku dengan Iqbal Asyraff kena saman,” tulisnya di Twitter.
Isu itu yang tular di internet membuatkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke turut membuat penjelasan berhubung isu berkenaan.

Menurutnya, rakyat Malaysia yang memandu kenderaan di luar negara tertakluk kepada undang-undang negara berkenaan.
"Kita sudah perjelaskan pemanduan di luar negara tertakluk kepada undang-undang negara itu dan kita tidak boleh minta mereka terima cara (pelaksanaan lesen secara digital) kita.

"Kerajaan juga tidak boleh meminta mana-mana negara lain bagi menerima pelaksanaan konsep pendigitalan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana setiap negara mempunyai undang-undang sendiri," katanya.
Ingat, kerajaan memperkenalkan konsep pendigitalan JPJ daripada segi lesen dan cukai jalan itu bagi mengurangkan kesesakan di pejabat dan kaunter JPJ.
Lesen digital yang diperkenalkan di negara ini sudah tentu tidak mempunyai masalah termasuk dari segi penguatkuasaan dan tiada saman akan dikenakan.
"Bagaimanapun, apabila seseorang itu ke luar negara sudah tentu dia tertakluk kepada undang-undang negara berkenaan.
"Jika memerlukan lesen fizikal bagi pemanduan di luar negara, dia boleh mendapatkannya daripada JPJ ketika memperbaharui lesen. Ini sesuatu yang saya rasa orang ramai perlu tahu bahawa kita tak ada bidang kuasa di negara lain," katanya.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR8021
SELANGOR
BSU931
JOHOR
JE8697J
PULAU PINANG
PSF8859
PERAK
APL7550
PAHANG
CFH8514
KEDAH
KGJ2784
NEGERI SEMBILAN
NEM1147
KOTA KINABALU
SJU3172
KUCHING
QAB6415P
Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Nombor Pendaftaran H1 Raih RM10.7 Juta, Siri Terakhir JPJ
H1 cecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H.
21-09-2026
JPJ Tahu Modus Operandi Motosikal Roda Tiga
Ketahui tindakan tegas JPJ menerusi Op PEWA terhadap warga asing pandu tanpa lesen dan dokumen sah, termasuk risiko berat buat pemilik kenderaan.
15-09-2026
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ
Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.
28-08-2026
JPJ Sita Lamborghini Huracan Tak Bayar Road Tax RM35k
Selain Lamborghini Huracan, Kereta Mewah Datuk, Datuk Seri Pun Kena Sita.
28-08-2026
Berita Terkini
500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing
Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.
28-09-2026
Isu Aerotrain KLIA Sesak: Penjelasan Rasmi Malaysia Airports
Kesesakan teruk di Bangunan Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, hari ini, kerana hanya satu Aerotrain beroperasi.
28-09-2026
Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi
Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.
25-09-2026
Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing
Isu Ketirisan Subsidi: Stesen Minyak Di Perak Didenda Jual RON95 Kepada Warga Singapura.
25-09-2026
F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma
Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.
24-09-2026
Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera
Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.
24-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat