Toyota Bakal Lancarkan Land Cruiser Elektrik Tak Lama Lagi?
Baru-baru ini, Toyota telah memperkenalkan model Toyota Land Cruiser Prado terbaru kepada dunia, bersama-sama dengan Land Cruiser 70 Series versi facelift. Selain daripada dua model baharu ini, Toyota juga memberikan 'bayangan' bagaimana Land Cruiser akan terus dibangunkan di masa hadapan.

Dua model Land Cruiser baharu didedahkan dalam bentuk bayangan gelap dalam satu acara yang ditayangkan secara langsung dalam talian baru-baru ini
Pada penghujung siaran langsung Toyota itu, satu slaid yang dipaparkan di latar belakang, mempamerkan bentuk dua buah SUV, yang berkemungkinan besar ialah Land Cruiser yang bakal dilancarkan pada masa akan datang.
-full.webp)

Bayangan model pertama (kiri) vs EV konsep Toyota Compact Cruiser (kanan)
Berdasarkan pemerhatian yang terperinci, salah satu model yang dipamerkan itu lebih kecil, dan kelihatan tidak jauh berbeza dengan model konsep EV Toyota Compact Cruiser yang diperkenalkan sebelum ini.
Bayang-bayang gelap model yang dipaparkan itu mempamerkan pelbagai ciri yang menyamai EV Toyota Compact Cruiser dengan sisi berbentuk ‘kotak,’ lampu depan LED yang sama, serta tiang C yang kelihatan tebal. Satu perbezaan yang ketara adalah ketiadaan tayar simpanan pada but belakang dalam foto teaser tersebut.
-full.webp)

Bayangan model kedua (kiri) vs EV konsep Toyota bZ Large SUV (kanan)
Model kedua yang dipaparkan kelihatan lebih besar berbanding EV Compact Cruiser. Model ini kelihatan hampir menyamai kereta konsep EV lain yang pernah diperkenalkan Toyota beberapa tahun lalu, iaitu Toyota bZ Large SUV. Selepas diperhatikan secara terperinci, ia tampil berbeza dengan bZ Large SUV terutamanya dari segi reka bentuk sudut hadapan. Model 'bayangan' juga tampil lebih bergaya dengan garis pada bahagian tengah badan kereta yang menaik ke atas pada bahagian lingkungan roda belakang.


Ketua Pegawai Jenama, Toyota Motor Corporation, Simon Humphries (kiri)
Memandangkan tayangan yang dibuat baru-baru ini hanyalah pendedahan mengenai masa depan Land Cruiser, maklumat terperinci mengenai kedua-dua model ini masih belum didedahkan kepada umum. Semasa acara tersebut, Ketua Pegawai Jenama, Toyota Motor Corporation, Simon Humphries berkata, “Pelanggan meletakkan kepercayaan kepada kami untuk menjadikan Land Cruiser kekal relevan dan terus berkembang menuju ke masa hadapan, dan masa hadapan ini boleh membawa pelbagai makna, dari pendekatan bebas karbon, hingga memastikan jenama LandCruiser lebih mampu untuk dimiliki oleh lebih ramai orang di seluruh dunia."

Pengerusi Toyota, Akio Toyoda dengan kereta konsep EV masa depan Toyota
Dari kata-kata Humphries, kita boleh menjangkakan Land Cruiser bakal ditawarkan dalam versi elektrik atau mungkin pilihan alternatif bebas karbon lain untuk memenuhi permintaan terhadap teknologi ini dan agar tidak ketinggalan dalam pembangunan teknologi bebas karbon. Ini juga sejajar dengan inisiatif EV Toyota, di mana syarikat ini merancang untuk melancarkan sekurang-kurangnya sepuluh EV baharu menjelang tahun 2026 di bawah jenama Toyota dan Lexus.


Mungkinkah ini EV Compact Cruiser yang bakal dijadikan model pengeluaran pada masa akan datang?
EV yang bakal diperkenalkan ini akan menggunakan casis, elektronik dan perisian yang terkini daripada Toyota, dibangunkan secara dalaman di kilang BEV baharu Toyota.
Kita nantikan pendedahan lebih terperinci mengenai rancangan yang telah diaturkan Toyota pada 26 Oktober ini semasa Pameran Mobiliti Jepun 2023.
![]()
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG1916
SELANGOR
BSR6002
JOHOR
JA2967J
PULAU PINANG
PSD7806
PERAK
APJ8415
PAHANG
CFH1623
KEDAH
KGH1045
NEGERI SEMBILAN
NEK9213
KOTA KINABALU
SJT965
KUCHING
QAB2015P
Terakhir Kemas Kini 16 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Imej Acah Toyota Land Cruiser Generasi Seterusnya Didedahkan – Kembar GX Untuk Marhaen?
Toyota Land Cruiser bakal menggegarkan pasaran dengan model generasi baharu.
09-07-2023
[VIDEO] Hilang 4 Keluarga Serentak, Lelaki Ini Meraung Sambil Rangkul Anak
Hilang hampir seluruh ahli keluarga sekelip mata.
14-11-2022
Fuh Lain Macam Teknologi & Ciri Keselamatan Land Cruiser, Patut Laku Keras!
Toyota Motor Corporation mengumumkan pihaknya telah melancarkan Land Cruiser pada 2 Ogos lalu.
25-08-2021
Land Cruiser Baharu: SUV Hibrid Bergaya Retro
Toyota Land Cruiser generasi terkini akhirnya diperkenalkan secara rasmi di peringkat global hari ini.
02-08-2023
Honda Pamer Kereta Konsep EV '0', Sebuah Sedan & Minivan Unik di CES 2024
Honda mencuri tumpuan ramai semasa CES 2024 dengan pengenalan dua kereta konsep EV.
11-01-2024
Nissan Dedah EV Konsep, Hyper Force, Khas Untuk Peminat Game
Hyper Force daripada Nissan ini membuatkan 'gamer' teruja!
26-10-2023
EV Konsep Nissan Hyper Tourer Didedahkan – Tempat Duduk Terapung, Sistem AI Untuk Muzik & Cahaya
Nissan telah mendedahkan kenderaan elektrik (EV) konsep terbaru, Nissan Hyper Tourer.
18-10-2023
Kereta Konsep EV Lamborghini Lanzador Dipertontonkan– Cecah 1300HP!
Automobili Lamborghini akhirnya mempertontonkan model elektrik pertama syarikat. Klik untuk info terperinci.
21-08-2023
Berita Terkini
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan
Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.
10-07-2026
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia
Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.
02-07-2026
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?
Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.
01-07-2026
Tesla Kekal Murah Walaupun Syarat Baharu MITI Mulai Julai Ini?
Kenapa harga Tesla masih kekal?
01-07-2026
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
Pakar manipulasi tampil dengan rekaan terbaharunya, Perodua Situ.
30-06-2026
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026
Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.
29-06-2026
Volvo Car Malaysia Perkenal Volvo Wallbox Baharu, Pengecasan Pintar 11 kW -RM3,990
Volvo Car Malaysia Lancar Wallbox Pintar Baharu.
29-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat