[FOTO INTIPAN] Ini Dia Reka Bentuk MINI Cooper JCW Versi Elektrik Akan Datang!
![]()
Penampakan MINI Cooper JCW versi elektrik generasi seterusnya
Hanya beberapa bulan selepas MINI Cooper generasi seterusnya diperkenalkan di peringkat global awal bulan ini, kali ini kita disajikan pula dengan foto intipan versi prestasi tinggi, John Cooper Works (JCW), MINI Cooper Electric generasi seterusnya yang dikesan tanpa sebarang pelekat samaran.
Dari jauh, MINI ini tidak nampak terlalu berbeza dengan versi bukan JCW lain, namun apabila diperhatikan secara terperinci, hatch ini sebenarnya ‘diselaputi’ oleh pelbagai elemen khas JCW.



MINI Cooper Electric JCW yang dikesan di Munich, Jerman. Foto-foto intipan ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Instagram @parkedinmuc.
Secara visual, model ini diberikan kit badan sporty seperti fender yang lebar, reka bentuk bampar hadapan dan belakang yang lebih ranggi, gril hitam, jalur perlumbaan (racing stripe) MINI JCW serta rim lima jejari yang lebih bergaya.

Kredit foto: @parkedinmuc via Instagram
Model generasi seterusnya ini hadir dengan ciri baharu iaitu spoiler besar di bahagian atas pada sudut belakang. Sepertimana elemen aero lain, spoiler ini turut dicat dengan warna hitam berkilat, dan dilengkapi logo JCW.

Ruang dalam MINI Cooper Electric
Foto intipan yang dikongsikan bagaimanapun tidak mendedahkan bahagian dalam MINI Cooper Electric JCW. Harapnya, ciri sporty yang diserlahkan di bahagian luar diteruskan dalam rekaan kabin. MINI JCW yang terdahulu tampil sporty dengan tempat duduk semi-bucket dalam balutan kulit, stereng sporty dan jahitan merah pada segenap kabin.
Selain itu, MINI Cooper ini juga pastinya akan mengekalkan ciri canggih seperti sebelum ini dengan kemungkinan kelengkapan seperti skrin infotainmen bersaiz 9.4 inci dan unit paparan kepala (HUD).
Sehingga kini, MINI dan BMW masih lagi belum membuat sebarang pengumuman mengenai spesifikasi terperinci MINI Cooper Electric JCW yang baru, terutamanya dari segi mekanikal. Tetapi sebagai sebuah model dengan trenkuasa elektrik, JCW kali ini mungkin akan didatangkan dengan spesifikasi kuasa yang lebih tinggi berbanding MINI Cooper JCW ICE yang ditawarkan sekarang, iaitu model yang dikuasakan oleh enjin petrol berkuasa 228 HP.


Model ini akan dihasilkan di kilang BMW Group yang terletak di China sebelum diikuti oleh kilang MINI di Oxford sebaik kilang ini siap dinaik taraf dalam masa beberapa tahun lagi.


Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT8025
SELANGOR
BSU3956
JOHOR
JF6536J
PULAU PINANG
PSG4096
PERAK
APM2245
PAHANG
CFJ1046
KEDAH
KGJ4573
NEGERI SEMBILAN
NEM2719
KOTA KINABALU
SJU5389
KUCHING
QAB7493P
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Dilancar: MINI Cooper S 5-Door, Harga Sekitar RM293,000
MINI Cooper S 5-Door sudah menembusi pasaran tempatan.
08-10-2024
Imej MINI Cooper JCW E Bocor! Apa Yang Berbeza?
Beberapa imej rasmi hatchback elektrik MINI Cooper versi prestasi yang kini sedang dibangunkan telah didedahkan oleh MIIT China.
17-09-2024
MINI Cooper SE 2024 Kini Rasmi di Malaysia – Dari RM193,888
MINI Malaysia hari ini telah melancarkan MINI Cooper SE. Ini spesifikasinya...
12-07-2024
MINI Cooper JCW E Didedahkan, Kemunculan Rasmi Tidak Lama Lagi
MINI telah mengesahkan kehadiran model elektrik MINI Cooper JCW E. Ini yang kita tahu setakat ini...
05-07-2024
Kempen BMW Hanya Untuk Model Terpilih, Check Di Sini
BMW Group Malaysia menawarkan Kempen Servis Nilai hanya untuk pemilik kereta BMW, MINI.
28-04-2023
Hari Bersejarah! BMW Capai Angka Produksi MINI 1 Juta Unit!
Hari bersejarah tercipta buat BMW Group setelah menghasilkan hatchback 3 pintu MINI unit yang ke-satu juta.
18-04-2023
Luaran EV MINI Cooper S Generasi Akan Datang Didedahkan
Beberapa foto bahagian luaran MINI versi elektrik terbaharu itu telah didedahkan untuk tatapan umum.
13-04-2023
EV MINI Cooper 2024 Tanpa Pelekat Samaran Dikesan
Hatchback MINI generasi terbaharu telah dikesan tanpa pelekat samaran
05-04-2023
Berita Terkini
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

