- Berita
- Berita Auto
- Menarik Hujung Minggu Ini! Toyota Gazoo Racing Festival Pusingan Akhir – Perlumbaan, Konsert, Makanan
Menarik Hujung Minggu Ini! Toyota Gazoo Racing Festival Pusingan Akhir – Perlumbaan, Konsert, Makanan

Debaran kian terasa, kemuncak Toyota Gazoo Racing Festival Musim Ke-6 bakal berlangsung pada hujung minggu ini dari Sabtu, 30 September hingga Ahad, 1 Oktober, di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Selain perlumbaan sengit, pelbagai aktiviti menarik lain turut diadakan untuk memeriahkan hari para pengunjung yang datang.

Acara utama, Toyota Vios Challenge, pada hujung minggu ini menyaksikan empat kategori perlumbaan iaitu Super Sporting, Rookie, Promotional dan Sporting dipertandingkan
"Acara kemuncak ini telah dirancang sebaiknya sebagai tanda terima kasih dan untuk meraikan semua peminat yang telah memainkan peranan penting dalam kejayaan berterusan Toyota Gazoo Racing Festival," kata Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K.

Acara utama yang akan diadakan adalah persaingan sengit antara 45 pelumba untuk mengaut gelaran sebagai juaran dalam Toyota Gazoo Racing Vios Challenge. Perlumbaan pusingan ke-3 yang juga peringkat terakhir pada hujung minggu ini akan menjadi penentu nama-nama yang bakal menaiki podium kejohanan untuk setiap kelas yang dipertandingkan.
Selain itu, orang ramai juga berpeluang untuk menyaksikan kereta lumba baharu yang dibangunkan berdasarkan Vios generasi keempat serba baharu (AC100) yang telah dilancarkan di pasaran pada Mac tahun ini. Model ini bakal digunakan dalam persaingan antara selebriti dalam perlumbaan Promotional Class.
Selain perlumbaan di litar, Toyota Gazoo Racing Festival Musim Ke-6 akan menjadi tuan rumah kepada acara Tempatan Fest yang dimeriahkan dengan konsert, gerai-gerai makanan dan minuman, seni, pakaian dan barangan antik.





Pertunjukan muzik pada hari pertama melibatkan persembahan daripada KMY KMO dan Luca Sickta sebagai pembuka sebelum persembahan daripada kumpulan muzik tersohor tanah air, OAG.
Konsert pada hari ke-2 pula dibuka oleh kumpulan alternatif rock, Iqbal M yang kemudiannya diikuti oleh barisan penyanyi hip hop 16 Baris, termasuk Joe Flizzow, MK, SonaOne, ALYPH, AbangSapau, Killa Driz, Sophia Liana, Gard, Pele, Fuego & DJ CZA.



Masuk adalah PERCUMA. Anda hanya perlu mendaftar secara dalam talian melalui laman web TGR Malaysia - toyota.com.my/tgrmalaysia.
Selain itu, aksi perlumbaan dari Vios Challenge juga akan disiarkan secara langsung dalam talian melalui Facebook, Instagram dan YouTube TGR Malaysia.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7405
SELANGOR
BST4348
JOHOR
JD5647J
PULAU PINANG
PSF3075
PERAK
APL2337
PAHANG
CFH6182
KEDAH
KGH8561
NEGERI SEMBILAN
NEL6814
KOTA KINABALU
SJT8782
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Acara Kemuncak Toyota Gazoo Racing Festival Musim Ke-6 Penuh Kemeriahan
Toyota Gazoo Racing Festival telah melabuhkan tirai musim keenam dengan penuh kemeriahan.
04-10-2023
Toyota Vios Generasi Terbaru Beraksi Di Litar! Ini Dia Model Rasmi Musim Akan Datang
Toyota Vios generasi ke-4 (AC100) versi yang dibangunkan khas untuk perlumbaan dipamerkan.
30-09-2023
Festival Gazoo Racing Musim Ke-6: Perlumbaan Sengit Kini Bermula, Hadiah Hampir RM1 Juta!
Toyota Gazoo Racing Malaysia kini kembali menggegarkan dunia perlumbaan untuk musim ke-6.
18-02-2023
3.1 Juta Penonton Saksikan Perlumbaan Akhir Vios Challenge Musim Ke-5!
Vios Challenge musim ke-5 Toyota Gazoo Racing Festival akhirnya melabuhkan tirai dengan penuh kemeriahan.
28-09-2022
Jom Meriahkan Festival Toyota Gazoo Racing Minggu Ini!
Pusingan kedua untuk Festival perlumbaan Toyota Gazoo Racing Malaysia akan berlangsung pada hujung minggu ini
23-06-2022
Toyota Gazoo Racing Musim Ke-5 Pusingan 1: Lebih Sengit Daripada Biasa!
Festival Toyota Gazoo Racing dan Vios Challenge pusingan pertama (19-20 Mac) telah berakhir semalam.
21-03-2022
Toyota Gazoo Racing Malaysia Musim Ke-4
Antara pengisian menarik sepanjang acara yang akan disiarkan secara dalam talian ini adalah tiga sesi kelayakan, enam perlumbaan secara individu, sesi temubual dengan pelumba dan banyak lagi.
01-03-2021
Litar Drag Bernilai RM2 Juta Akan Dibina Di Sepang
Projek itu akan dilaksanakan dengan peruntukan RM2 juta menggunakan dana dalaman Litar Antarabangsa Sepang.
30-10-2025
Berita Terkini
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
