Mercedes-Benz GLC 300 4Matic AMG Line Kini Murah RM51K, Dipasang CKD

Mercedes-Benz GLC 300 4Matic AMG Line generasi kedua (X254) kini dipasang secara tempatan (CKD)
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) secara rasminya telah memasukkan SUV crossover GLC generasi kedua (X254) dalam pemasangan tempatan (CKD) di kilang pemasangan MBM di Pekan, Pahang.
Untuk makluman, crossover mewah generasi kedua dari negara Jerman ini telah diperkenalkan di Malaysia pada bulan April tahun ini pada harga RM429,888 tanpa insurans.
-full.webp)
-full.webp)
Secara visual, versi CKD kelihatan serupa dengan versi CBU, kekal sporty dengan sentuhan AMG Line
-full.webp)
Versi CKD menggunakan trenkuasa MHEV turbo 4 silinder 2.0L
Ketika hari pelancarannya, model ini ditawarkan dalam pasaran negara sebagai versi CBU. Hari ini, model sama ditawarkan pada harga lebih murah sebagai versi CKD dengan pelbagai ciri yang kekal sama.
Versi CKD menggunakan trenkuasa MHEV turbo 4 silinder 2.0L yang lebih berkuasa, sama seperti C-Class W205 generasi terkini yang membekalkan kuasa 285 HP/400 NM.
Kuasa disalurkan kepada kesemua roda melalui transmisi automatik 9 kelajuan 9G-Tronic dan sistem pacuan semua roda 4Matic. Ini membolehkan pecutan 0-100 KM/J dilakukan dalam masa sepantas 6.2 saat. Sistem separa elektrik menjadikan penggunaan bahan api lebih efisien pada kadar 7.3L/100 KM (WLTP).
-full.webp)
Bergerak ke bahagin dalam, versi CKD kekal dengan pelbagai ciri premium dan teknologi canggih seperti dalam versi CBU
-full.webp)
-full.webp)
-full.webp)
-full.webp)
Antara ciri penting di dalam ruang kabin ialah skrin interaktif baharu, sistem audio Burmester 3D yang mantap, corong udara untuk penumpang belakang dan sebagainya
Dengan status CKD, harga jualannya dapat dikurangkan sebanyak RM51,000 iaitu daripada RM429,888 kepada RM378,888. Harga yang jauh lebih ‘rasional’ berbanding harga asal, namun kali ini terdapat sedikit perubahan iaitu penambahan bumbung suria.
Malangnya, pakej bantuan pemandu aktif separa autonomi (ADAS) masih lagi tidak ditawarkan dengan ciri kawalan jelajah adaptif/pintar walaupun dalam versi CKD.

Apa pendapat anda tentang Mercedes-Benz GLC 300 4Matic AMG Line versi CKD? Sekiranya berminat, anda boleh membuat tempahan sekarang dengan menghubungi mana-mana pengedar sah terdekat atau layari Mercedes-Benz Store.
Ingin mengetahui lebih lanjut pendapat kami tentang Mercedes-Benz GLC generasi kedua ini? Klik "Mercedes-Benz GLC 300 Mahal Tapi Masih Laku" untuk membaca ulasan kami berdasarkan pandu uji yang dibuat setelah meluangkan masa beberapa hari bersama kereta mewah ini.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQT2481
SELANGOR
BSP195
JOHOR
JYU4360
PULAU PINANG
PSB2741
PERAK
APG4968
PAHANG
CFG1528
KEDAH
KGF2077
NEGERI SEMBILAN
NEJ9820
KOTA KINABALU
SJR2831
KUCHING
QAB5253N
Terakhir Kemas Kini 12 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
Varian Mampu Milik, Mercedes-Benz GLC 200 4Matic Kini Di Australia – Malaysia Seterusnya?
Mercedes-Benz GLC generasi kedua (kod casis: X254) kini ditawarkan dalam varian lebih mampu milik di pasaran pemanduan sebelah kanan (RHD) pertamanya, Australia.
13-03-2025
Berita Terkini
Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026
Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.
11-04-2026
Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired
MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.
10-04-2026
Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"
Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.
09-04-2026
Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan
Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!
08-04-2026
Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.
08-04-2026
MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki
Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.
07-04-2026
DENZA B8: SUV Off-Road Mewah Bakal Menggegarkan Jalan Raya Malaysia
ROI Denza B8 sudah dibuka.
06-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat