Hyundai Ioniq 6 Kini Dalam 2 Varian Baharu - Lite & Plus, Dari RM219K

Sedan Hyundai Ioniq 6 dengan bumbung fastbcak kini ditawarkan dalam dua varian baharu, Lite dan Plus
Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah memperluaskan rangkaian kenderaan elektriknya (EV) dengan mengemaskini model Hyundai Ioniq 6. Hanya beberapa bulan selepas pelancaran model EV tersebut, HSDM kini memperkenalkan dua varian baharu, Lite dan Plus di samping dua varian sedia ada, Max RWD dan Max AWD.
Kedua-dua Ioniq 6 Lite dan Plus menggunakan motor tunggal di bahagian belakang yang memacu roda belakang (RWD) seperti varian Max RWD, tetapi kali ini dengan kuasa yang lebih rendah dengan output 149 HP (111 kW) dan tork 350 NM, Ioniq 6 Lite dan Plus mampu memecut dari 0 hingga 100 KM/J dalam 8.8 saat - kira-kira 1.4 saat lebih lambat berbanding masa pecutan Max RWD iaitu 7.4 saat.


Ioniq 6 turut hadir dengan ciri kenderaan-ke-beban (V2L)
Kedua-dua varian menggunakan bateri 53 kWh dengan senibina elektrikal yang mampu menampung 800 volt, memberikan Ioniq 6 Lite dan Plus jarak EV maksimum 429 KM (WLTP). Seperti varian Ioniq 6 yang lain, Lite dan Plus juga boleh menerima kadar pengecasan pantas DC 350 kW, membolehkannya dicas dari 10% hingga 80% dalam masa hanya 18 minit, sekaligus menjadikannya salah satu EV dengan masa pengecasan terpantas di dunia.




Dari segi reka bentuk, Ioniq 6 Lite dan Plus menggunakan rim aloi Aero 18 inci yang sama seperti varian Max RWD. Selain itu, semua varian Ioniq 6 masih menggunakan bumbung dalam rekaan fastback dengan pekali seret (coefficient drag) serendah 0.21. Di bahagian depan dan belakang, model ini menggunakan lampu khas Ioniq, Pixel Light.






Lima pilihan warna ditawarkan
Ioniq 6 Lite dan Plus ditawarkan dalam lima warna luaran yang berbeza - Abyss Black Pearl, Nocturne Grey Matte, Biophilic Blue Pearl, Dive Blue Solid dan Gravity Gold Matte, sama seperti varian Max RWD dan Max AWD.


Perbezaan antara kedua-dua varian terserlah daripada rekaan ruang kabin kereta, dengan varian Lite diberikan tempat duduk dalam balutan fabrik, manakala varian lebih tinggi, dibalut kulit sepertimana varian lebih tinggi Ioniq 6 yang lain. Selain itu, varian asas juga tidak memiliki fungsi bukaan pintu automatik dan pelarasan tempat duduk. Paparan-di-kepala (HUD) juga tidak ditawarkan kepada kedua-dua varian.





Bagaimanapun, kedua-dua varian baru ini dilengkapi pelbagai teknologi yang terdapat pada varian Max seperti paparan dua skrin bersaiz 12.3 inci dengan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay, kawalan pendingin hawa dua zon automatik, sistem pencahayaan ambien 64 warna, port USB-C, pad pengecasan tanpa wayar dan banyak lagi. Namun, varian Lite tidak mendapat sistem audio Bose 8 speaker seperti yang lain, kerana hanya dilengkapi dengan 6 speaker.




Dari segi keselamatan, kedua-dua varian Lite dan Plus dilengkapi dengan pelbagai ciri penting ADAS. Kedua-dua varian mendapat teknologi keselamatan aktif yang asas seperti Lane Keeping Assist (LKA), Forward Collision Avoidance Assistance (FCA), Smart Cruise Control (SCC) dengan fungsi Stop and Go, serta Manual Speed Limit Assist (MSLA). Sementara itu, varian Plus mendapat fungsi ADAS tambahan seperti Blind-Spot Collision-Avoidance Assist (BCA) dan Surround View Monitor (SVM), sama seperti dua varian Max yang lebih tinggi.


Diimport (CBU) dari Korea Selatan, varian Hyundai Ioniq 6 Lite dan Plus baharu dijual pada harga yang bermula dari RM219,888 untuk varian Lite RWD, manakala varian Plus RWD ditawarkan pada harga yang lebih tinggi iaitu RM249,888. Penghantaran kedua-dua varian baharu ini dijadualkan bermula pada suku keempat tahun ini. Penambahan ini melengkapkan seluruh rangkaian Ioniq 6, dengan varian Max RWD dan Max AWD sedia ada masing-masing dijual pada harga RM289,888 dan RM319,888.
Pembelian adalah termasuk jaminan bateri selama 8 tahun atau 160,000 KM secara standard. Pelanggan boleh memilih untuk mendapatkan jaminan kenderaan selama 5 tahun atau 100,000 KM dan jaminan perkhidmatan percuma 3 tahun atau 50,000 KM dengan bayaran tambahan sebanyak RM10,000. Tempahan untuk Ioniq 6 baru boleh dibuat melalui platform rasmi HSDM, Cl!cktoBuy, di mana 30 tempahan pertama berpeluang memenangi keahlian Shell Recharge Gold secara percuma selama satu tahun.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
[PANDU UJI] Ioniq 6 Max AWD: Ini Dia 4 Perkara Menarik Tentang EV Paling ‘Stylo’ Di Dunia
Ini pendapat jujur kami tentang varian tertinggi Ioniq 6, Max AWD.
06-11-2023
Enjin Ioniq 6 Padu, Tak Sia-Sia Siapa Beli
Tahukah anda, enjin Hyundai Ioniq 6 dinobat sebagai salah satu unit rangkaian kuasa terbaik di dunia.
19-09-2023
Dedah 3 Model: Adakah Mungkin Tucson, Santa Fe, Ioniq 6 EV?
HSDM tayang lagi tiga model baharu.
29-04-2023
Harga & Spesifikasi Hyundai Ioniq 6 First Edition Diumumkan Di UK
Hyundai Motor UK baru-baru ini telah mengumumkan harga dan spesifikasi bagi Ioniq 6 First Edition, varian pertama bagi model Ioniq 6.
30-10-2022
Hyundai Santa Fe CKD, Ada 2 Varian: Harga Serendah RM186K
Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) mengumumkan bahawa Hyundai Santa Fe pemasangan tempatan (CKD) sudah dibuka untuk tempahan di seluruh Malaysia.
06-09-2024
Tucson CBU, Ada 3 Varian, Harga Bermula RM159K
Akhirnya, Hyundai Tucson dilancarkan secara rasminya.
10-11-2023
Pandang Pertama: Santa Fe Hybrid Max, Versi CKD, 7 Tempat Duduk
Hyundai Santa Fe facelift kini lebih macho.
06-11-2023
Ini Dia 2 Model Yang Boleh Ditempah
HSDM sudah membuka tempahan untuk m Tucson dan versi facelift Hyundai Santa Fe, pada minggu lepas.
06-11-2023
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
