- Berita
- Kereta Baru
- Dekati Model Futuristik BMW i7 2023 Di Acara Eksklusif 'Forwardism' BMW 23-24 Sept - Dari RM707K
Dekati Model Futuristik BMW i7 2023 Di Acara Eksklusif 'Forwardism' BMW 23-24 Sept - Dari RM707K

BMW i7 xDrive60 M Sport dijual pada harga bermula dari RM707,250
Ingin menyaksikan kenderaan elektrik (EV) mewah yang futuristik dan canggih secara lebih dekat? Ayuh ke acara “Forwardism, by BMW” yang berlangsung dari 23 hingga 24 September, 2023 ini di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, dari jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam. Model yang dipamerkan, ialah satu-satunya varian BMW i7 yang ditawarkan di Malaysia, xDrive60 M Sport, yang dijual pada harga bermula dari RM707,250, harga atas jalan tanpa insurans.


Direka berdasarkan bahasa rekaan terkini BMW, ‘Forwardism' yang futuristik
Model yang menjadi bukti inovasi, rekaan futuristik dan kelestarian ini dikuasakan oleh dua motor yang menggerakkan kesemua roda (AWD) dengan output 544 HP dan 745 NM, membolehkan kereta melakukan pecutan dari 0-100 KM/J dalam masa hanya 4.7 saat, sebelum mencapai kelajuan tertinggi, 240 KM/J. Menurut BMW, EV ini boleh mencapai perjalanan EV sejauh 600 KM dengan satu cas penuh.

Masa pengecasan hanya 50 minit menggunakan pengecas DC
Kuasa dibekalkan oleh bateri berkapasiti 105.7 kWh yang boleh dicas dengan pengecas AC 11 kW dan DC sehingga 195 kW yang membolehkan EV dicas dengan pantas dari 10-80% dalam masa hanya 50 minit.



Bahasa rekaan ‘Forwardism’ membuatkan model ini tampil dengan beberapa elemen unik BMW Iconic Glow yang dapat dilihat pada lampu hadapan dan gril
Model 7 Series generasi keenam daripada BMW ini direka berdasarkan bahasa rekaan ‘Forwardism’ yang memberikannya pelbagai elemen menonjol pada segenap sudut seperti penggunaan lampu hadapan BMW Iconic Glow Swarovski Crystals dengan gril eksklusif BMW yang bercahaya pada lingkaran sekelilingnya.




Beberapa sudut yang menyerlahkan aura sporty BMW i7 xDrive60 M Sport
Selain itu, sebagai sebuah varian M Sport, pelbagai elemen sporty disematkan seperti bampar yang lebih agresif pada bahagian depan dan belakang, rim aloi 909 M bergaya M Aerodynamic 21 inci dalam warna hitam Jet Black.



Ruang kabin yang padat dengan teknologi canggih
Bergerak ke bahagian dalam, segenap ruang tampil menyerlah dengan pelbagai elemen canggih seperti BMW Interaction Bar, skrin teater BMW 31.3 inci pada ruang penumpang, sistem BMW Live Cockpit Plus dengan paparan melengkung yang menggabungkan dua skrin iaitu kluster instrumen 12.3 inci dan infotainmen 14.9 inci. Sistem infotainmen boleh disambungkan dengan Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar.


Kelengkapan menarik lain adalah pengecas telefon pintar tanpa wayar, pencahayaan ambien, sistem audio keliling Bowers & Wilkins 21 speaker, penutup jendela gulung automatik, tempat duduk dengan fungsi pemanas/ventilasi dan banyak lagi.
Dari segi keselamatan, BMW i7 lengkap dengan pelbagai teknologi seperti brek kecemasan autonomi, amaran penukaran laluan, amaran keluar laluan, amaran lintasan trafik belakang/depan, amaran keluar, kawalan jejajah aktif dengan fungsi henti-mula dan sebagainya.

BMW i7 xDrive60 M Sport dijual pada harga bermula dari RM707,250, sekiranya termasuk jaminan lanjutan dan pakej servis, boleh mencapai RM729,800. Harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan tidak termasuk insurans.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA2444
SELANGOR
BSQ3640
JOHOR
JYX3040
PULAU PINANG
PSC5019
PERAK
APH6757
PAHANG
CFG6020
KEDAH
KGG2171
NEGERI SEMBILAN
NEK4872
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB8428N
Terakhir Kemas Kini 27 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
BMW Uji Teknologi Bateri Keadaan Pepejal Pada BMW i7
BMW Group kini menguji teknologi bateri keadaan pepejal (SSB) untuk kenderaan elektrik (EV) masa depan jenamanya.
22-05-2025
BMW Malaysia Jadi Rakan Automotif Rasmi Kejohanan Maybank 2023
BMW Malaysia telah mengumumkan penyertaan syarikat sebagai rakan automotif premium rasmi dalam Kejohanan Maybank 2023.
23-10-2023
Jom Ke Acara ‘Forwardism, by BMW’, Rebat Tunai RM15K, Baucar Cas RM800!
Orang ramai dijemput untuk memeriahkan acara 'Forwardism, by BMW'. Ini maklumat acara...
15-09-2023
10% Jualan Tahun 2022 BMW Group Malaysia Ialah EV!
Kenderaan elektrik (EV) telah merancakkan jualan bagi tahun 2022.
20-12-2022
Foto Intipan EV BMW i7 Di Jalan Raya Malaysia Tersebar!
Terdedah imej-imej intipan yang menunjukkan model EV baharu iaitu BMW i7.
06-12-2022
Lampu Depan BMW i7 Daripada Kristal Swarovski?
BMW telah menghasilkan lampu depan daripada kristal bagi kereta elektrik terbaharu, BMW i7.
17-05-2022
Rekaan Luaran & Dalaman BMW i7 2023 Terbongkar!
Selepas satu pendedahan kepada satu pendedahan, BMW i7 akhirnya akan dipertontonkan kepada umum.
20-04-2022
Berita Terkini
Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000
Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.
22-05-2026
Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'
Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.
22-05-2026
RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup
GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.
21-05-2026
DENZA B8 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM458k
Ancaman Baharu SUV Mewah! DENZA B8 Rasmi Tiba Di Malaysia, Sarat Kemewahan & Kuasa DMO.
21-05-2026
Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?
Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid
15-05-2026
Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?
Adakah Kia Tasman bakal dilancarkan ke pasaran tempatan, semuanya masih misteri.
14-05-2026
Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?
Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.
13-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat