BMW Uji Teknologi Bateri Keadaan Pepejal Pada BMW i7

Syarikat automotif mewah dari Jerman, BMW Group, kini menyertai senarai jenama global yang sedang menguji teknologi bateri keadaan pepejal (SSB) untuk kenderaan elektrik (EV) masa depan.
Dalam kenyataan rasmi, BMW memaklumkan bahawa ujian dunia sebenar telah dimulakan dengan menggunakan sebuah BMW i7 yang diubah suai khas untuk tujuan tersebut.
Unit prototaip i7 tersebut kini diuji di sekitar ibu pejabat BMW di Munich dalam tempoh beberapa bulan untuk mengumpulkan data penting seperti tekanan operasi dan suhu persekitaran yang mempengaruhi prestasi bateri.
Pesaingnya, Mercedes-Benz, pernah menggunakan pendekatan yang sama semasa menguji teknologi prototaip EQS, pesaing rapat i7.
BMW i7 Dilengkapi Pek Bateri Keadaan Pepejal, Format Besar

Model uji kaji ini dilengkapi dengan pek bateri keadaan pepejal tulen (ASSB), format besar yang menawarkan ketumpatan tenaga lebih tinggi berbanding teknologi bateri yang kini ditawarkan di pasaran. Ini membolehkan jentera mencapai jarak pemanduan lebih jauh tanpa kelemahan berat berlebihan pada sistem storan.
Teknologi ini menggabungkan prinsip binaan Gen5 BMW (sel prismatik dalam modul) dengan modul inovatif yang menggunakan elektrolit berasaskan sulfida, dibekalkan oleh rakan teknologi BMW, Solid Power.
Platform Semasa BMW Sedia Gunakan Teknologi Baharu



Menariknya, BMW menyatakan bahawa platform kenderaan sedia ada boleh diubah suai untuk menerima teknologi bateri generasi baharu ini, mempercepatkan lagi kehadiran teknologi ini di pasaran.
BMW dan Solid Power telah menjalinkan kerjasama sejak 2016, dan hubungan ini diperkukuhkan lagi apabila BMW melabur dalam startup tersebut pada Mei 2021. Menjelang penghujung 2022, mereka memeterai perjanjian baharu yang membawa kepada penubuhan barisan prototaip sel solid di Cell Manufacturing Competence Centre (CMCC) di Parsdorf.
Bateri Keadaan Pepejal Kunci Masa Depan EV?

Untuk makluman, bateri keadaan pepejal dianggap sebagai satu pencapaian penting bagi kenderaan elektrik buat masa ini. Ia bukan sahaja lebih ringan dan tahan suhu ekstrem, tetapi juga boleh dicas lebih pantas serta menawarkan kapasiti dan jarak perjalanan lebih tinggi berbanding bateri litium-ion biasa.
Trend Global


-full_normal-full.jpg)
-full_normal-full.jpg)
Selain BMW, beberapa jenama besar turut rancak membangunkan teknologi ini seperti Mercedes-Benz melalui kerjasama dengan Factorial, Volkswagen dengan PoweCo dan QuantumScape, serta syarikat-syarikat automotif China seperti BYD, SAIC, Chery dan CATL.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA1655
SELANGOR
BSQ3512
JOHOR
JYX2763
PULAU PINANG
PSC4903
PERAK
APH6581
PAHANG
CFG5949
KEDAH
KGG2081
NEGERI SEMBILAN
NEK4832
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB8364N
Terakhir Kemas Kini 26 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
BMW Malaysia Jadi Rakan Automotif Rasmi Kejohanan Maybank 2023
BMW Malaysia telah mengumumkan penyertaan syarikat sebagai rakan automotif premium rasmi dalam Kejohanan Maybank 2023.
23-10-2023
Dekati Model Futuristik BMW i7 2023 Di Acara Eksklusif 'Forwardism' BMW 23-24 Sept - Dari RM707K
BMW i7 xDrive60 M Sport dipamerkan di acara “Forwardism, by BMW."
18-09-2023
Jom Ke Acara ‘Forwardism, by BMW’, Rebat Tunai RM15K, Baucar Cas RM800!
Orang ramai dijemput untuk memeriahkan acara 'Forwardism, by BMW'. Ini maklumat acara...
15-09-2023
10% Jualan Tahun 2022 BMW Group Malaysia Ialah EV!
Kenderaan elektrik (EV) telah merancakkan jualan bagi tahun 2022.
20-12-2022
Foto Intipan EV BMW i7 Di Jalan Raya Malaysia Tersebar!
Terdedah imej-imej intipan yang menunjukkan model EV baharu iaitu BMW i7.
06-12-2022
Lampu Depan BMW i7 Daripada Kristal Swarovski?
BMW telah menghasilkan lampu depan daripada kristal bagi kereta elektrik terbaharu, BMW i7.
17-05-2022
Rekaan Luaran & Dalaman BMW i7 2023 Terbongkar!
Selepas satu pendedahan kepada satu pendedahan, BMW i7 akhirnya akan dipertontonkan kepada umum.
20-04-2022
Berita Terkini
PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS
Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.
22-05-2026
BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV
Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.
20-05-2026
Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia
Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!
19-05-2026
Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit
Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?
13-05-2026
Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat
Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!
13-05-2026
Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai
Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.
12-05-2026
Andai Kata: T20 Tanpa Subsidi Petrol: RM1 Petrol Hanya 2.98km — EV Mampu Pergi Sejauh 5.45km
Dengan harga pasaran RON95 TANPA SUBSIDI di Malaysia mencecah RM4.02/L, sejauh manakah RM1 sebenarnya boleh membawa anda? Ini perbandingan antara EV vs Petrol.
11-05-2026
Pendaftaran EV Mencanak Bulan Lepas
Ingat Trend?Anda Salah! Data Terbaharu Dedahkan Rakyat Malaysia Kini Berpusu-pusu 'Tinggalkan" Kereta Petrol.
11-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat