Foto Intipan EV BMW i7 Di Jalan Raya Malaysia Tersebar!

Baru-baru ini, terdedah imej-imej intipan yang menunjukkan model EV baharu iaitu BMW i7, bukan sebuah tetapi tiga buah yang dilihat sedang diangkut menaiki sebuah trak di plaza tol NKVE Damansara.
Baca: Lampu Depan BMW i7 Daripada Kristal Swarovski?
‘Penampakan’ ini berkemungkinan menjadi petanda bahawa model ini akan dilancarkan secara rasmi di negara kita tidak lama lagi atau mungkin juga menunjukkan penghantaran kepada pelanggan akan dimulakan dalam masa terdekat.

CariCarz.com menerima maklumat bahawa BMW Group Malaysia sebelum ini telah mengadakan sebuah acara tertutup pada awal tahun ini yang mempamerkan model i7 versi pra-produksi kepada beberapa pelanggan tertentu.



BMW i7 ialah sebuah model EV andalan premium yang ditawarkan dalam beberapa varian bermula daripada varian terendah xDrive60. i7 xDrive60 dilengkapkan dengan pek bateri 101.7 kWh yang memberikan kemampuan kepada kereta untuk mencapai jarak perjalanan sehingga kira-kira 625 km (WLTP) dengan cas penuh.

Varian tersebut menggunakan dua motor elektrik – satu pada setiap gandar – melalui sistem pacuan semua roda dengan output maksimum 536 hp/745 Nm. Dari segi kuasa, ia mampu melakukan pecutan abad dalam masa hanya 4.7 saat dan mencapai kelajuan tertinggi 240 km/j.
Baca: Rekaan Luaran & Dalaman BMW i7 2023 Terbongkar!
Dari segi rekaan, i7 tampil dengan penggayaan yang menyerupai G70 7-series lain dengan beberapa elemen khas EV seperti aksen biru pada sesetengah bahagian badan kereta.
Sebagai pesaing terdekat bagi Mercedes-Benz EQS 450+ yang dijual pada harga RM698,888 dan berjarak WLTP 631 - 782 km, apa pendapat anda mengenai BMW i7? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah.
ARTIKEL BERKAITAN
Baca: Lampu Depan BMW i7 Daripada Kristal Swarovski?
Baca: Rekaan Luaran & Dalaman BMW i7 2023 Terbongkar!
Baca: BMW Dedahkan Butiran Pertama 7 Series Yang Masih Ramai Tak Tahu
Baca: BMW X7 xDrive40i M Sport Dilancarkan Di Malaysia, Harga RM728K!
Baca: Hanya Imbas Kod QR! Pemilik BMW Boleh Main Game Dalam Kereta Bermula Tahun Depan
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF6081
SELANGOR
BSR5144
JOHOR
J9999J*
PULAU PINANG
PSD6847
PERAK
APJ7414
PAHANG
CFH1307
KEDAH
KGG9647
NEGERI SEMBILAN
NEK8743
KOTA KINABALU
SJS9915
KUCHING
QAB1767P
Terakhir Kemas Kini 11 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
BMW Uji Teknologi Bateri Keadaan Pepejal Pada BMW i7
BMW Group kini menguji teknologi bateri keadaan pepejal (SSB) untuk kenderaan elektrik (EV) masa depan jenamanya.
22-05-2025
BMW Malaysia Jadi Rakan Automotif Rasmi Kejohanan Maybank 2023
BMW Malaysia telah mengumumkan penyertaan syarikat sebagai rakan automotif premium rasmi dalam Kejohanan Maybank 2023.
23-10-2023
Dekati Model Futuristik BMW i7 2023 Di Acara Eksklusif 'Forwardism' BMW 23-24 Sept - Dari RM707K
BMW i7 xDrive60 M Sport dipamerkan di acara “Forwardism, by BMW."
18-09-2023
Jom Ke Acara ‘Forwardism, by BMW’, Rebat Tunai RM15K, Baucar Cas RM800!
Orang ramai dijemput untuk memeriahkan acara 'Forwardism, by BMW'. Ini maklumat acara...
15-09-2023
10% Jualan Tahun 2022 BMW Group Malaysia Ialah EV!
Kenderaan elektrik (EV) telah merancakkan jualan bagi tahun 2022.
20-12-2022
Lampu Depan BMW i7 Daripada Kristal Swarovski?
BMW telah menghasilkan lampu depan daripada kristal bagi kereta elektrik terbaharu, BMW i7.
17-05-2022
Rekaan Luaran & Dalaman BMW i7 2023 Terbongkar!
Selepas satu pendedahan kepada satu pendedahan, BMW i7 akhirnya akan dipertontonkan kepada umum.
20-04-2022
Berita Terkini
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan
Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.
10-07-2026
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia
Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.
02-07-2026
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?
Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.
01-07-2026
Tesla Kekal Murah Walaupun Syarat Baharu MITI Mulai Julai Ini?
Kenapa harga Tesla masih kekal?
01-07-2026
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
Pakar manipulasi tampil dengan rekaan terbaharunya, Perodua Situ.
30-06-2026
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026
Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.
29-06-2026
Volvo Car Malaysia Perkenal Volvo Wallbox Baharu, Pengecasan Pintar 11 kW -RM3,990
Volvo Car Malaysia Lancar Wallbox Pintar Baharu.
29-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat