Pandang Pertama: Santa Fe Hybrid Max, Versi CKD, 7 Tempat Duduk

Seperti yang dilaporkan pada minggu lepas, Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) telah membuka tempahan untuk dua model SUV crossover terbaharunya iaitu Tucson dan Hyundai Santa Fe facelift.
Menyentuh mengenai Santa Fe versi pemasangan tempatan itu, ia hadir dengan dua pilihan trenkuasa hibrid iaitu Hybrid Plus, dan Hybrid Max.
Selain hibrid, buat julung kalinya terdapat juga pilihan trenkuasa diesel.
Menyentuh mengenai Hybrid Max yang menyediakan tujuh tempat duduk, kami berpeluang menyaksikan jentera itu dengan lebih dekat sempena Pameran Premium Auto Car Expo (PACE) yang diadakan di Pusat Konvensyen Setia City di Setia Alam, Shah Alam.
Biarpunn ketibaan Santa Fe sangat lewat di pasaran, tempatan namun HSDM dilihat cukup yakin dengan penerimaan pasaran SUV crossover segmen D tiga baris yang diperbaharui ini.
Lagipun, menjengah bahagian luarannya, ia cukup menawan.



Kesemua lampu hadapannya dipadankan dengan lampu LED termasuk di belakang. Rekaan gril juga dilihat agak menonjol serta dipadankan dengan rim aloi bersaiz 19-inci.
Melangkah masuk ke bahagian kabinnya pula, ia kini hadir dengan pemilih gear butang tekan baharu, manakala konsol tengah dash telah dinaikkan sedikit.


Malah, varian Hybrid Max ini turut menggunakan upholsteri kulit manakala bahan sentuhan lembut pada bahagian pemuka dan sisi pintu.
Antara kelengkapan lain ialah paparan instrument digital bersaiz 12.3 inci, paparan skrin sentuh 8 inci, menawarkan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto, sistem kemasukan tanpa kunci serta pintu belakang berkuasa
Varian tertinggi ini juga ada menawarkan tempat duduk hadapan yang boleh dipanaskan dan berventilasi, serta dilengkapi dengan fungsi memori pemandu.


Mengenai ciri keselamatan pula, kesemua varian hadir dengan enam beg udara, ciri keselamatan Hyundai SmartSense penuh, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan kawalan cengkaman.
Bagi varian Hybrid Max dan Hybrid Plus, kedua-dua berkongsi enjin petrol 1.6 liter TGDi dimana ia mampu menghasilkan kuasa k keseluruhan 230 PS dan 350 Nm yang memacu roda depan menerusi transmisi automatik 6 kelajuan.
Sementara itu, varian diesel pula, ia disumbat dengan enjin 2.2 liter CRDi. Varian ini mampu menghasilkan 193 PS dan 440 Nm yang memacu semua roda menerusi transmisi DCT lapan nisbah kelajuan.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, tempahan Santa Fe sudah pun dibuka di semua pengedar sah namun HSDM masih belum mendedahkan harga untuk rangkaian CKD Hyundai Santa Fe ini.
Ada desas-desus mengatakan bahawa ia akan dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi
Ketepikan mengenai hari pelancarannya, apa pandangan anda mengenai pesaing SUV segmen-D ini?

Adakah anda lebih suka model facelift ini atau Santa Fe baharu berkotak?
Kongsikan pandangan anda di bawah ruangan ini!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7405
SELANGOR
BST4348
JOHOR
JD5647J
PULAU PINANG
PSF3075
PERAK
APL2337
PAHANG
CFH6182
KEDAH
KGH8561
NEGERI SEMBILAN
NEL6814
KOTA KINABALU
SJT8782
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Hyundai Santa Fe CKD, Ada 2 Varian: Harga Serendah RM186K
Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) mengumumkan bahawa Hyundai Santa Fe pemasangan tempatan (CKD) sudah dibuka untuk tempahan di seluruh Malaysia.
06-09-2024
Tucson CBU, Ada 3 Varian, Harga Bermula RM159K
Akhirnya, Hyundai Tucson dilancarkan secara rasminya.
10-11-2023
Ini Dia 2 Model Yang Boleh Ditempah
HSDM sudah membuka tempahan untuk m Tucson dan versi facelift Hyundai Santa Fe, pada minggu lepas.
06-11-2023
Hyundai Ioniq 6 Kini Dalam 2 Varian Baharu - Lite & Plus, Dari RM219K
HSDM kini memperkenalkan dua varian baharu, Lite dan Plus di samping dua varian sedia ada, Max RWD dan Max AWD.
16-09-2023
Dedah 3 Model: Adakah Mungkin Tucson, Santa Fe, Ioniq 6 EV?
HSDM tayang lagi tiga model baharu.
29-04-2023
DILANCAR: Hyundai Creta Dah Masuk M'sia, Harga RM149K
HSDM melancarkan Hyundai Creta, sebentar tadi.
28-04-2023
Hyundai Palisade LX2 PE 2023 Dilancarkan – 2.2L Diesel & 3.8L Petrol, Dari RM369K
Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) hari ini telah melancarkan SUV mewah, Hyundai Palisade LX2 facelift 2023 yang kini telah diperbaharui dengan pelbagai ciri premium.
20-01-2023
Berita Terkini
JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800
JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.
02-09-2026
Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000
Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.
27-08-2026
Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja
JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.
22-08-2026
Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia
Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.
14-08-2026
48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar
MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.
10-08-2026
Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?
Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?
07-08-2026
BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia
Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.
06-08-2026
JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800
Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.
22-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
