ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Teruk Betul Perangai Pemandu M'sia.

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Percaya atau tidak, dalam tempoh lapan bulan sahaja, pihak polis mengeluarkan  2.56 juta kompaun saman.

Jumlah saman ini  menunjukkan betapa ramainya rakyat kita melanggar undang-undang di jalan raya.

Berdasarkan pecahan saman itu, sebanyak 1.52 juta saman K257 dikeluarkan secara bersemuka manakala 1.03 juta kompaun K170A membabitkan kesalahan dikesan PDRM melalui kamera atau penguatkuasaan dijalankan.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim mendedahkan saman tertinggi dikeluarkan membabitkan kesalahan tanda trafik iaitu 985,635 saman.

"Antaranya memandu melebihi had laju ditetapkan, tidak mematuhi lampu isyarat, memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, memotong barisan, dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

image.png

"Daripada jumlah itu, sebanyak 555,002 saman lesen dikenakan terhadap mereka yang tidak mempunyai lesen sah atau lesen yang tamat tempoh," katanya.

Berikut adalah jenis saman  yang banyak dikeluarkan sepanjang operasi:

• 205,464 saman ( kes kemalangan).

• 187,120 saman ( kesalahan nombor plat yang tidak mengikut spesifikasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

• 154,369 saman turut dikeluarkan terhadap kesalahan yang menyumbang kepada kemalangan jalan raya kerana gagal meletakkan penanda segi tiga.

image.png

Di sebalik pelbagai inisiatif yang diambil pihak berkuasa berkenaan nampaknya kadar kemalangan tidak banyak berubah.

Persoalannya, adakah kegagalan penguatkuasaan ataupun sikap pengguna jalan raya itu sendiri menyebabkan masalah ini tidak dapat diselesaikan sepenuhnya.

Namun melihat kepada jumlah kompaun ini,  sikap buruk kita yang sebenarnya  menyumbang kepada berlakunya kemalangan.

Malah ini juga turut membuktikan ramai pemandu sebenarnya memiliki banyak saman trafik terkumpul tetapi masih bergerak bebas di jalan raya.

Apa pula pandangan anda? 


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU4007

SELANGOR

BSU4697

JOHOR

JF9076J

PULAU PINANG

PSG5072

PERAK

APM3298

PAHANG

CFJ1494

KEDAH

KGJ4939

NEGERI SEMBILAN

NEM3174

KOTA KINABALU

SJU5954

KUCHING

QAB7661P

Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut

Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.

11-10-2026
Berita Auto

Janji Kahwin, Warga Asing Jerat Makcik 60, 70 Tahun Guna Nama Beli Kenderaan

Muhammad Kifli menasihatkan wanita negeri itu, khususnya berusia antara 60 hingga 70 tahun, berwaspada apabila didekati warga asing berusia 30-an.

09-10-2026
Berita Auto

Isu Sewa Motosikal Warga Asing: JPJ Ambil Tindakan Tegas

Rakyat Kelantan, Terengganu Sewakan Motosikal Kepada Warga Asing.

06-10-2026
Berita Auto

Maklumkan Kepada Syarikat Insurans Jika Modifikasi Kenderaan

Insurans Kereta Ubah Suai: Adakah Insurans Anda Batal Jika Modifikasi?

05-10-2026
Berita Auto

Sewa Kereta Kepada Warga Asing: Denda RM10,000

JPJ akan menggempur habis-habisan pemandu warga asing yang semakin bebas memandu secara haram.

02-10-2026
Berita Auto

500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing

Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.

28-09-2026
Berita Auto

Isu Rohingya Boleh Ambil Lesen Memandu: Ini Penjelasan JPJ

Palsu! Dakwaan JPJ Benarkan Rohingya Ambil Lesen Memandu.

24-09-2026
Berita Auto

Nombor Pendaftaran H1 Raih RM10.7 Juta, Siri Terakhir JPJ

H1 cecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H.

21-09-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?

Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.

16-10-2026
Berita Auto

F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur

Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.

16-10-2026
Berita Auto

Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition

PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.

16-10-2026
Berita Auto

Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini

Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.

16-10-2026
Berita Auto

Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?

Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.

15-10-2026
Berita Auto

Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom

Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.

15-10-2026
Berita Auto

Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!

Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.

15-10-2026
Berita Auto

F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini

F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.

15-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.