Bayar Parkir Guna Unit Infotainmen Proton Dengan Pay & Go

Pembangun teknologi ACO Tech berjaya mengintegrasikan penyelesaian pembayaran parkir pintar Pay & Go Sarawak ke dalam sistem ATLAS OS yang digunakan dalam unit infotainmen IHU pada kereta Proton yang tertentu
Syarikat teknologi, ACO Tech, yang dimiliki bersama oleh Proton, Altel dan ECARX baru-baru ini telah mengumumkan bahawa syarikatnya telah berjaya mengintegrasikan penyelesaian pembayaran parkir pintar Pay & Go Sarawak dalam sistem ATLAS OS untuk unit infotainment (IHUs) pada kereta Proton.

Perkara ini diumumkan secara rasmi semasa Kongres Inovasi dan Teknologi Dunia (WCIT) 2023 yang diadakan di Kuching, Sarawak yang menyaksikan kerjasama antara ACO Tech dan Pay & Go dimeterai menerusi Perjanjian Integrasi Produk (PIA)

Bermula 4 Oktober, IHU dalam Proton X70 kini menyediakan perkhidmatan Pay & Go yang telah diintegrasikan dalam sistem ATLAS OS terkini ACO Tech
Melalui integrasi sistem Pay & Go dalam sistem IHU Proton terpilih, pengguna dapat membuat pembayaran tempat letak kereta dengan mudah melalui skrin infotainmen.
Menurut ACO Tech, pada peringkat permulaan, Pay & Go akan ditawarkan pada model Proton X70 melalui sistem ATLAS OS yang telah dikemaskini bermula 4 Oktober sebelum disusuli oleh model Proton lain seperti X50 dan X90.

Selain X70, model Proton lain seperti X50 dan X90 juga bakal dilengkapi dengan sistem ini yang akan ditawarkan melalui kemas kini secara OTA daripada ACO Tech
"Integrasi Pay & Go ke dalam ATLAS menunjukkan komitmen kami untuk menyediakan penyelesaian berteknologi tinggi kepada pelanggan yang dihargai," kata Ketua Pegawai Eksekutif ACO Tech, Li Pu.
Beliau juga menyatakan bahawa kerjasama dengan Pay & Go membantu ACO Tech untuk menawarkan penyelesaian yang berorientasikan pelanggan.
"Kami berbesar hati untuk menjalinkan kerjasama dengan ACO Tech dalam usaha mengintegrasikan lebih banyak penyelesaian gaya hidup dalam kenderaan PROTON demi meningkatkan pengalaman pelanggan secara keseluruhan.
“Kami merancang untuk melancarkan lebih banyak ciri dalam sistem ATLAS misalnya eReservation untuk F&B dan Tempahan Tempat Letak Kereta dalam masa terdekat," tambah Ketua Eksekutif Pay & Go, Eddie Wee.
Sehingga kini, perkhidmatan Pay & Go ditawarkan di 28 lokasi, dengan kebanyakan kawasan bertumpu di ibu negeri Sarawak, Kuching. Bagaimanapun, syarikat ini merancang untuk mengembangkan perkhidmatannya di lebih banyak kawasan, terutamanya di Lembah Klang.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF6349
SELANGOR
BSR5187
JOHOR
J9999J*
PULAU PINANG
PSD6940
PERAK
APJ7457
PAHANG
CFH1346
KEDAH
KGG9814
NEGERI SEMBILAN
NEK8762
KOTA KINABALU
SJT163
KUCHING
QAB1786P
Terakhir Kemas Kini 13 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Nissan Almera Kini Menyokong Android Auto
ETCM telah mendedahkan kemas kini terbaru Nissan Almera, kali ini dengan Android Auto!
28-08-2023
Fungsi Kereta Porsche Kini Boleh Dikawal Dengan Apple CarPlay
Porsche mengumumkan kemas kini baharu membabitkan ciri sambungan Apple CarPlay.
18-07-2023
Sistem Infotainmen ATLAS Terbaru Bakal Ada YouTube, TikTok, Game
ACO Tech yang meraikan ulang tahun kelimanya telah mendedahkan segala yang boleh dijangkakan pada masa akan datang.
14-08-2024
ACO Tech, Geno, MARii Berkolaborasi Teroka Teknologi Blockchain Untuk Ekosistem EV
Tiga organisasi bergabung tenaga dalam penerokaan penyelesaian blockchain untuk infrastruktur kenderaan elektrik (EV) tempatan di Malaysia.
19-02-2024
Proton X50 Facelift Akan Ada Ciri Sambungan Apple CarPlay?
Benarkah X50 akan datang bakal hadir dengan ciri sambungan Apple CarPlay? Ini kupasannya...
27-11-2023
6 Perkara Kenapa PROTON X50 Masih Boleh Dibeli Lagi!
Kenapa PROTON X50 masih kekal relevan. Baca 6 Perkara Ini!
21-09-2023
PROTON DX, Pusat Pengalaman Digital Pertama Di M'sia
ACO Tech melancarkan pusat pengalaman digital pertama negara, Proton Digital Experience (Proton DX).
19-06-2023
Proton X Watch Kini Di Pasaran! Hanya RM1,499! Boleh Kawal Fungsi Kereta?
Proton baru sahaja melancarkan jam tangan pintar, Proton X Watch, yang kini boleh didapatkan pada harga RM1,499.
12-02-2023
Berita Terkini
Mengimbau Litar Batu Tiga: Salinan Silverstone yang Kini Menjadi Kenangan
Sebelum Wujudnya Sepang, Ini Kisah Litar Shah Alam yang Dilupakan.
12-07-2026
4 Penunggang RXZ Maut
Empat penunggang motosikal Yamaha RX-Z maut dalam kemalangan membabitkan 12 motosikal di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT).
12-07-2026
Saman Menanti, Petugas Kempen Tunggang Motosikal Tanpa Topi Keledar
Kempen Punya Pasal, Keselamatan Tolak Tepi? Petugas Akan Disaman Jika Tunggang Motosikal Tanpa Pakai Topi Keledar.
10-07-2026
Prestasi Cemerlang Q2: UMW Toyota Buktikan Keyakinan Pengguna Kekal Tinggi
Sukar Digugat! UMW Toyota Catat Jualan Luar Biasa Cetus Dominasi Pasaran 2026.
10-07-2026
Dilancar: Proton e.MAS 5 Berharga Setengah Juta Di Singapura
Proton e.MAS 5 menembusi pasaran di Singapura.
09-07-2026
Lebih 2.2 Juta Proton Saga Terjual Sejak 41 Tahun Lalu
2,203,409 Perjalanan, 41 Tahun: Kenapa Proton Saga Kekal Sebagai Kereta Paling Dekat di Hati Kita?
09-07-2026
Padah Amuk Kerana Hon, Kena Penjara 10 Tahun
Gara-Gara Hon, Merana Badan Dipenjara 10 Tahun.
08-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
