Proton X50 Facelift Akan Ada Ciri Sambungan Apple CarPlay?

Salah satu SUV kompak paling laris di Malaysia, Proton X50, tidak memiliki ciri sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.
Salah satu kekurangan dalam model siri X keluaran Proton seperti X50, X70 dan X90 ialah ketiadaan ciri sambungan Apple CarPlay atau Android Auto. Walaupun ciri ini boleh didapati secara aftermarket, semestinya pengguna mengharapkan ciri penting ini ditawarkan oleh pengeluar sendiri untuk kualiti yang lebih terjamin.
Namun untuk keluaran akan datang, terutamanya X50, isu ini mungkin akan berakhir. Jangkaan ini dibuat berdasarkan ciri yang ditawarkan pada model baharu yang telah diperkenalkan rakan kongsi Proton, Geely Coolray 2024 di Mexico, model ini dibangunkan berdasarkan Geely Binyue yang dijual di China sama seperti X50. Salah satu ciri yang diperkenalkan pada model baharu ini ialah sistem infotainmen dengan fungsi sambungan Apple CarPlay.

Geely Coolray 2024 yang diperkenalkan di Mexico dibangunkan berdasarkan Geely Binyue


Geely Coolray 2024 tampil lebih sporty berbanding Proton X50
Geely Coolray untuk pasaran Mexico diberikan pembaharuan reka bentuk pada pelbagai sudut seperti bahagian lampu hadapan, gril, bampar hadapan, lampu belakang, bampar belakang dan aerokit yang serupa dengan Proton X50 edisi terhad, R3.



Beberapa ciri sporty Geely Coolray 2024 kelihatan tidak jauh berbeza daripada Proton X50 R3, terutamanya spoiler.
Dari segi mekanikal, Coolray untuk pasaran Mexico menggunakan enjin turbo 3 silinder 1.5 TGDi yang sama dan transmisi automatik DCT 7 kelajuan seperti dalam model X50 Flagship. Bagaimanapun, ia telah diberikan talaan semula supaya dapat memberikan daya tork yang lebih tinggi pada RPM yang lebih rendah berbanding X50 iaitu 290 NM antara 2,000 hingga 3,000 RPM berbanding 275 NM antara 1,500 hingga 4,000 RPM.
Peningkatan daya tork ini bagaimanapun mengurangkan kuasa tertinggi yang mampu dicapai kereta, tetapi ini hanyalah satu kekurangan kecil. Sebagai perbandingan, X50 menghasilkan 175 HP (177 PS), manakala model kembar Mexiconya pula hanya 172 HP (174 PS).

Di ruang kabin, Geely Coolray hadir dengan rekaan papan pemuka baharu yang diberikan skrin lebar menggabungkan dua paparan
Bergerak ke bahagian dalam, Geely Coolray versi Mexico diberikan papan pemuka dalam rekaan baharu dengan modul dwi-skrin (digital) yang menggabungkan panel meter 10.2 inci dan sistem infotainmen jenis sentuh bersaiz 12.3 inci. Seperti yang dikatakan pada awal artikel, sistem infotainmen kali ini memiliki fungsi sambungan Apple CarPlay.
Selain daripada kesemua perubahan besar ini, aspek lain kekal sama, dan ini juga merupakan gambaran bagi model X50 akan datang.

Geely Coolray hadir dengan ciri sambungan Apple CarPlay
CariCarz telah berjaya mendapatkan maklum balas daripada pihak dalaman Proton dan subsidiari teknologi ACO Tech bahawa penawaran ciri baharu ini kini di peringkat perancangan. Pelaksanaannya bagaimanapun tidak akan berlaku dalam masa terdekat dan bergantung kepada kesesuaian sistem perisian model.


Buat masa ini, sistem infotainmen bersaiz 10.25 inci Proton X50 tidak mempunyai ciri sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.
Apa yang pasti, pengenalan model baharu yang sama seperti X50 di Mexico, memberikan ‘sinar harapan’ bahawa X50 akan datang mungkin akan dilengkapi dengan Apple CarPlay.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok, Facebook dan Instagram untuk berita automotif terkini setiap hari.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Bumbung Proton X50 Tiba-Tiba Retak, Dikatakan Masalah Wear & Tear?
Sunroof Proton X50 Pecah Sendiri? Pemilik Terkilan Ditolak Waranti.
14-09-2026
Proton e.MAS & S70 Punca Jualan Proton Lonjak Ogos 2026
Ogos 2026: Proton Catat Jualan Tertinggi Sejak 2010.
08-09-2026
Proton X50 Tumbang? Ini 4 Punca Perodua Traz Laku Keras
Minyak Lebih Jimat: Kenapa Perodua Traz Mengatasi Proton X50?
18-08-2026
Gegar Pasaran Julai 2026: Proton Jual 18,442 Unit, Siri e.MAS Pecah Rekod EV Negara
Proton Mengganas Julai 2026! Jualan Lonjak 18,442 Unit, Eksport Pula Pecah Rekod Dalam Tempoh 13 Tahun.
06-08-2026
Prestasi Terbaik 15 Tahun: Jualan PROTON Pintas 100,000 Unit Separuh Pertama 2026
PROTON Mengganas! Rekod Jualan Separuh Pertama Terbaik Sejak 2011.
02-07-2026
Bukan Sekadar Jual Kereta, Proton Iktiraf 97 Perunding Jualan Terbaik
PROTON mengiktiraf 97 perunding jualan terbaik dari seluruh negara menerusi program Elite Sales Achiever (ESA) Award Trip 2026 di Phuket.
01-07-2026
PROTON Tapau Pasaran Automotif Sebab Saga, e.MAS 7 PHEV?
Dominasi ICE Dan EV: PROTON Catat Jualan 16,995 Unit Pada Mei 2026.
08-06-2026
Berita Terkini
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Pemandu Mabuk, Hisap Dadah Bayar Pampasan Kepada Mangsa
Akta Pengangkutan Jalan Dipinda, Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan.
09-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

