BMW X7 CKD, Harga RM718K

BMW Malaysia memperkenalkan BMW X7 xDrive40i M Sport baharu di pasaran tempatan sebentar tadi.
Ia yang berharga RM718,800 dikilangkan di kilang pemasangan BMW yang terletak di Kulim, Kedah.
Menjengah bahagian luarannya, ia didatangkan dengan gaya sport yang cukup menonjol.
Ini termasuk reka bentuk ‘M Specific’ di hadapan dan belakang yang dibekalkan oleh Pakej M Aerodynamics dimana bahagian pintunya menampilkan inskripsi M yang ikonik.

BMW X7 xDrive40i M Sport baharu ini juga didatangkan dengan gril ‘kidney’ BMW Iconic Glow yang dicahayakan dengan gentian optik LED untuk aura visual yang lebih menawan, serta roda aloi ringan M Sport 22 inci.
Menjengah bahagian dalamannya, BMW X7 xDrive40i M Sport ini dihiasi dengan trim kayu halus “Fineline Black”, stereng kulit M dan juga upholsteri kulit Merino BMW Individual dalam rona Black atau Tartufo.

Sementara itu, dari sudut sistem bantuan memandu, BMW X7 xDrive40i M Sport baharu juga hadir dengan Driving Assistant Professional, Kawalan Jarak dengan fungsi Stop/Go, termasuk Bantuan Stereng dan Kawalan Laluan.

Ia membekalkan keupayaan Pemanduan Berautonomi Tahap 2 selain menawarkan keselesaan dan keselamatan bertaraf tinggi.
Jentera ini dikuasakan dengan enjin hibrid ringan enam sebaris, dimana ia mampu mencatatkan kelajuan tertinggi mencecah 250 km/j.
Ini membolehkan ia membekalkan kuasa 380kk /280kW dan tork bernilai 540 Nm.
Selain warna sedia seperti Mineral White Metallic dan Black Sapphire Metallic untuk BMW X7, ia juga hadir dengan pilihan warna warna varian eksklusif M Brooklyn Grey Metallic.


Selain itu, bagi berminat untuk membeli jentera ini, terdapat beberapa program pembiayaan seperti:
Program pembiayaan dinamik.
Dengan pelan pembiayaan “Straight Line” yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, BMW X7 xDrive40i M Sport baharu boleh dimiliki menerusi pelan ansuran bulanan yang bermula daripada RM8,322.00 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh tujuh tahun).
Pengalaman pemilikan premium yang menyeluruh.
Pemilik BMW X7 xDrive40i M Sport baharu ini juga dapat menikmati Pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan oleh BMW Group Malaysia, ia meliputi:
• Waranti Tanpa Had Perbatuan 5 Tahun berserta Program Servis Berjadual Percuma oleh BMW
• Bantuan Tepi Jalan dan Talian Kemalangan oleh BMW
• Servis Dalam Talian BMW
Bagi yang berminat, anda boleh menghubungi wakil pengedar BMW bertauliah pilihan masing-masing atau melayari shop.bmw.com.my
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge