Neta V Kini Rasmi Di Malaysia - EV Termurah Di Malaysia, Dari RM100K

Selepas pengenalannya buat pertama kali semasa acara Malaysia Autoshow (MAS) 2023 awal tahun ini, kenderaan elektrik (EV) Neta V akhirnya dilancarkan secara rasmi di pasaran tempatan. Model ini ditawarkan dalam satu varian, dengan sebuah kit aero eksklusif untuk pasaran Malaysia.
CIRI MEKANIKAL NETA V
Neta V dikuasakan oleh satu motor elektrik tunggal yang memberikan kuasa sebanyak 94 HP (95 PS) dan tork 160 NM, membolehkannya melakukan pecutan dari 0 hingga 50 KM/J dalam masa 3.9 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimum 120 KM/J.






Motor elektrik ini dikuasakan oleh satu pakej bateri kecil berkapasiti 38.5-kWh dari CATL yang membolehkannya mencapai jarak EV maksimum 380 KM (NEDC). Disebabkan kapasitinya yang kecil, bateri Neta V boleh dicas daripada 30% hingga 80% dalam masa kira-kira 30 minit. Teknologi yang digunakan iaitu Sistem Pengurusan Bateri Termostatik HEPT 3.0 membantu mengekalkan kecekapan bateri.
CIRI LUARAN NETA V






Dari segi visual, Neta V untuk pasaran Malaysia diberikan kit aero eksklusif yang terdiri daripada bibir hadapan yang bergaya, skirt sisi dan aksen bampar belakang yang sporty. Kelengkapan luar yang lain adalah termasuk rim aloi, serta lampu hadapan halogen automatik, lampu nyalaan siang (DRL) LED, lampu belakang LED dan lampu kabus belakang.
CIRI KABIN NETA V





Bergerak ke bahagian dalam kabin Neta V, terserlah konsep minimal yang diketengahkan namun dalam masa sama lengkap dengan teknologi canggih seperti sistem infotainmen yang diletakkan menegak atau dalam orientasi potret yang bersaiz 14.6-inci yang memuatkan sebahagian besar kawalan utama kereta. Sementara itu, kluster instrumen digital 12 inci yang halus pula terletak di atas papan pemuka (dashboard).




Ciri lain di ruang kabin adalah fungsi penapis udara HEPA N95, tempat duduk dalam balutan kulit, empat duduk barisan hadapan yang boleh dilaraskan kepada 4 arah, tempat duduk belakang boleh lipat yang dapat meningkatkan kapasiti but daripada 335L kepada 552L.
CIRI KESELAMATAN NETA V
Dari segi keselamatan, Neta V dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan seperti dua beg udara, peringatan tali pinggang keledar, ABS dan EBD, sistem kawalan jelajah, sensor parkir, kamera undur, stereng kuasa (EPS), sistem kawalan kestabilan elektronik (ESCP), brek parkir elektronik (EPB), sistem pemantau tekanan tayar (TPMS) dan sebagainya.
HARGA NETA V


Neta V ditawarkan pada harga RM100,000, atas jalan (OTR) tanpa insurans. Harga tersebut termasuk jaminan komponen am 5 tahun atau 150,000 KM, jaminan komponen EV 8 tahun atau 160,000 KM, jaminan badan 10 tahun atau 200,000 KM, serta jaminan alat ganti selama enam bulan.

Selain itu, Neta V juga ditawarkan dengan dua pilihan pakej tambahan. Pilihan pertama ialah pakej permulaan EV percuma, yang merangkumi pemasangan pengecas wallbox rumah percuma, pakej Vehicle-2-Load (V2L), insurans kenderaan percuma selama 1 tahun, serta beberapa peningkatan kelengkapan termasuk kit badan istimewa, bukaan but automatik, tinted tingkap dan lain-lain. Selain itu, Neta V juga ditawarkan dengan pakej pembiayaan tanpa faedah yang boleh dilanjutkan hingga tujuh tahun, tertakluk kepada terma dan syarat.
Info terperinci tentang ciri luaran, kabin dan keselamatan model ini akan dikongsikan sebentar lagi.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG1916
SELANGOR
BSR6002
JOHOR
JA2967J
PULAU PINANG
PSD7806
PERAK
APJ8415
PAHANG
CFH1623
KEDAH
KGH1045
NEGERI SEMBILAN
NEK9213
KOTA KINABALU
SJT965
KUCHING
QAB2015P
Terakhir Kemas Kini 16 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Pembeli Kecewa EV Neta Hanya Capai 40 KM 1 Cas Penuh – Dapat Skuter Sementara Tunggu Stok Bateri
Kurang dua tahun selepas membeli kenderaan elektrik (EV) Neta Aya (Neta V) di China, seorang pemilik kecewa jarak pemanduan merosot kepada hanya 40 km!
03-01-2025
Neta V EV Paling Tak Selamat? – EV Pertama Dengan ASEAN NCAP Sifar Bintang
Kenderaan elektrik (EV) kompak, Neta V, menerima penarafan sifar bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP).
09-12-2024
Neta V Terbakar Sepenuhnya Di Lebuhraya PLUS – Ini Punca Kejadian...
Sebuah kenderaan elektrik (EV) Neta V musnah dalam kebakaran yang berlaku awal pagi Sabtu lalu di KM277.6 Lebuhraya PLUS arah utara.
11-11-2024
Neta Malaysia Tawar Waranti SEUMUR HIDUP & Program Kesetiaan
Intro Synergy Sdn Bhd (ISSB), pengedar rasmi kenderaan Neta di Malaysia, baru-baru ini telah melancarkan Waranti Seumur Hidup serta Program Kesetiaan.
18-04-2024
SAH! NETA V Dipasang Di Indonesia Mulai Mei Ini
PT NETA Auto Indonesia sudah bersedia untuk memulakan pengeluaran keretanya di kilang pemasangan tempatan (CKD) yang terletak di Ungu Bekasi, Indonesia.
12-03-2024
Neta V Bakal Dipasang CKD Di Malaysia Hujung Tahun Depan
Careplus menjalankan kerjasama dengan GoAuto untuk pemasangan Neta V di dalam negara.
25-10-2023
Kenapa M'sia Tiada EV Sekitar RM50K?
Pasaran automotif Malaysia belum memiliki kereta elektrik (EV) berharga rendah.
09-08-2023
Berita Terkini
DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya
EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.
15-07-2026
Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k
Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.
13-07-2026
Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja
DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.
09-07-2026
Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km
Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.
09-07-2026
Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k
Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?
26-06-2026
Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800
Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?
24-06-2026
Zeekr X 2026 Kini Di Pasaran Malaysia: Harga Bermula RM158,800
Zeekr X 2026 Dilancarkan Secara Rasmi: SUV Elektrik Kompak Premium, Jarak Gerak Boleh Tahan.
23-06-2026
KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800
JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.
18-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
