Neta V Bakal Dipasang CKD Di Malaysia Hujung Tahun Depan
-full_normal-full.jpg)
Careplus, bercadang untuk memulakan usaha pemasangan kenderaan dalam negara menjelang akhir tahun depan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Careplus, Lim Kwee Shyan, memberitahu The Edge Malaysia bahawa kerjasama dengan Go Automobile Manufacturing Sdn Bhd (GoAuto) telah dijalankan dengan tujuan pemasangan CKD model Neta V.
-full.jpg)


“Harapnya kami dapat memulakan pemasangan kenderaan pada penghujung tahun 2024. Kami akan bermula dengan pemasangan sehingga 10,000 kereta Neta, seperti kapasiti kilang sekarang, dan 30,000 unit dalam masa setahun,” ujar Lim.
Sebidang tanah berkeluasan 74 ekar di Chembong, Negeri Sembilan telah dipilih untuk kilang tersebut dengan Careplus sebagai pemilik tanah dan pemegang saham 51% dalam usaha sama ni.

Pada bulan Jun tahun ini, Careplus Group Bhd mengumumkan hasratnya untuk memasuki pasaran EV dengan menandatangani satu perjanjian pendahuluan dengan GoAuto Group Sdn Bhd. Kerjasama ini melibatkan sektor pembuatan dan peruncitan industri automotif.
"Kita akhirnya memutuskan untuk bekerjasama dengan Go Automobile Manufacturing Sdn Bhd (GoAuto), yang pengurusannya telah meyakinkan kami bahawa dua aset kami di Seremban, iaitu tanah di Chembong dan Careplus Mall di Oakland Industrial Park, sesuai untuk digunakan dalam sektor EV dan tenaga boleh diperbaharui," kata Lim kepada The Edge.
Sementara itu, kerjasama dengan syarikat NexV Synergy pula menyaksikan Careplus mengekalkan pemilikan pengedaran EV Neta, dengan pegangan saham sebanyak 70%. Menurut The Edge Malaysia, Careplus akan menguruskan sepenuhnya urusan pengedaran dan operasi, serta kawalan kewangan penuh, manakala NexV Synergy akan menyewa sebuah kompleks satu tingkat di Careplus Mall untuk dijadikan bilik pameran.

Untuk maklumat pembaca, model pertama yang bakal dikeluarkan di kilang ini ialah Neta V yang telah diperkenalkan buat pertama kalinya di Malaysia pada Mei tahun ini sebagai EV termurah pada harga RM100,000. Hari ini, Neta V telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia dalam satu acara yang diadakan di IOI City Mall, Putrajaya.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM6421
SELANGOR
BST2457
JOHOR
JD1649J
PULAU PINANG
PSF1146
PERAK
APK9676
PAHANG
CFH5430
KEDAH
KGH7291
NEGERI SEMBILAN
NEL5750
KOTA KINABALU
SJT7035
KUCHING
QAB4551P
Terakhir Kemas Kini 27 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
MGS5 EV CKD Kini Di Malaysia – Lagi Laju, Lagi Murah, Siap Ada Promo RM9,000
MG Motor Malaysia secara rasminya melancarkan MG S5 EV versi pemasangan tempatan CKD, sebentar tadi.
24-04-2026
BMW i5 eDrive40 M Sport Pro 2026 Kini Di Pasaran – CKD, Dari RM368K
BMW Group Malaysia hari ini telah melancarkan BMW i5 eDrive40 dalam versi M Sport Pro.
15-01-2026
Tahun 2025 Penuh 'Drama': Dari Hambar Kepada Rancak, Bagaimana Pula 2026 Nanti?
Tahun 2025 menyaksikan satu perjalanan yang penuh ‘drama’ bagi sektor automotif negara. Bermula dengan prestasi hambar pada suku ketiga (Q3), pasaran kembali ‘meletup’ apabila syarikat-syarikat automotif mula melancarkan promosi secara agresif bermula Oktober sehingga kini.
29-12-2025
Harga Kereta CKD Tak Naik Hingga Julai 2026
Harga kereta pemasangan tempatan (CKD) tidak akan naik sehingga Julai 2026 memandangkan kerajaan sekali lagi menangguhkan pelaksanaan semakan struktur cukai eksais berdasarkan OMV.
27-12-2025
Staria CKD Sudah Mula Dijual, Harga Serendah RM179,888.
Hyundai Motor Malaysia (HMY) mendedahkan pihaknya telah memulakan pemasangan tempatan (CKD) model MPV Staria dimana ia dijual bermula daripada RM179,888.
17-10-2025
Pemasangan CKD: Jetour Dashing VT9 Dipasang Di Johor
Jetour Auto Malaysia secara rasminya telah memulakan operasi pemasangan tempatan untuk model SUV, JETOUR Dashing dan VT9.
28-07-2025
Pembeli Tangguh Beli Kereta Sebab Nak Tunggu Diskaun Harga Kereta?
Sesetengah pembeli sanggup menangguhkan pembelian kereta semata-mata mahu menunggu potongan harga daripada pengeluar bukan nasional.
22-07-2025
WTCA Mulakan Operasi Pemasangan GAC Emkoo Sebab Bakal Dilancar Suku Ketiga Tahun Ini
WTCA mengesahkan bahawa pihak mereka telah memulakan operasi pemasangan tempatan (CKD) bagi model GAC Emkoo .
25-06-2025
Berita Terkini
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar
Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.
24-08-2026
Berapa EV Terbakar Di Malaysia
Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.
19-08-2026
EV Punca Rumah Ratusan Ribu Terbakar
Adakah salah EV atau pengecas EV yang tidak mematuhi piawaian.
17-08-2026
Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia
Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.
12-08-2026
Jual EV Murah Di Malaysia: Ini 2 Syarat Dipastikan Ada
2 Syarat Sebelum Jual EV Murah Di Malaysia — Elak Rakyat Terbeban!
10-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat