Comel Betul Design Honda N-Van E

Honda N-Van e: akan membuat penampilan sulungnya pada pameran Japan Mobility Show (JMS) pada bulan hadapan.
Biarpun, tiada sebarang spesifikasi trenkuasa didedahkan namun Honda Jepun mendakwa ia mampu membawa bebanan sehingga 350 kilogram.
Dengan adanya servo brek, ia sebenarnya memudahkan untuk mengawal nyahpecutan supaya muatan tidak terjatuh dan memberi maklum balas kepada operasi dengan lebih baik berbanding versi enjin petrol.
Selain itu, van comel ini boleh dipandu melebihi 210 kilometer dengan hanya sekali cas namun kapasiti bateri turut tidak didedahkan dengan terperinci.


Dari segi pengecasan pula, ia menyokong pengecasan DC pada kadar 50 kW.
Ini membolehkan pek baterinya boleh cas dari 10% hingga 80% dalam masa 30 minit.
Malah, ia juga boleh dicas menggunakan pengecas biasa dengan output 6.0 kilowatt.
Menjengah bahagian luarannya, van versi elektrik ini kelihatan sangat mirip dengan kembarnya (enjin petrol).


Gril hadapannya juga telah direka semula dimana terdapat port pengecas di hadapan grilnya.
Ia yang kelihatan berbentuk kotak kelihatan agak ringkas dan menampilkan dua pintu gelangsar yang membolehkan anda memindahkan barangan besar dengan lebih mudah.
Mengenai susunan tempat duduknya, Honda N-Van e: ini didatangkan dengan dua tempat duduk menyebabkan kabinnya cukup luas dan selesa.


Terdapat juga dua varian empat tempat duduk dimana tempat duduknya boleh dilipat.
Ini bermakna anda boleh mengembangkan ruang kabin anda dengan mudah.
Seperti yang dijangkakan, kemasan kabinnya agak minimalis, tetapi sekurang-kurangnya Honda menawarkan rangkaian penuh keselamatan aktif Honda SENSING dan Honda Connect.

Namun ciri keselamatan ini hanya terdapat pada varian empat tempat duduk.
Van ini dijangka akan dijual pada tahun 2024 namun Honda menyasarkan untuk menjual EV ini pada harga RM31,489.
Namun pembuat kereta Jepun itu masih belum membuat sebarang keputusan berhubung harganya.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG3376
SELANGOR
BSR6302
JOHOR
JA3634J
PULAU PINANG
PSD8219
PERAK
APJ8703
PAHANG
CFH1749
KEDAH
KGH1266
NEGERI SEMBILAN
NEK9358
KOTA KINABALU
SJT1146
KUCHING
QAB2079P
Terakhir Kemas Kini 17 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan
Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.
10-07-2026
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia
Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.
02-07-2026
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?
Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.
01-07-2026
Tesla Kekal Murah Walaupun Syarat Baharu MITI Mulai Julai Ini?
Kenapa harga Tesla masih kekal?
01-07-2026
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
Pakar manipulasi tampil dengan rekaan terbaharunya, Perodua Situ.
30-06-2026
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026
Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.
29-06-2026
Volvo Car Malaysia Perkenal Volvo Wallbox Baharu, Pengecasan Pintar 11 kW -RM3,990
Volvo Car Malaysia Lancar Wallbox Pintar Baharu.
29-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
