Pusat Tesla Pertama Di Malaysia Kini Dibuka Di Cyberjaya

Tesla Motors Malaysia telah merasmikan pembukaan Pusat Tesla pertama di Malaysia semalam. Terletak di Persiaran APEC, Cyberjaya, kompleks dua tingkat ini juga akan berfungsi sebagai ibu pejabat dan pusat servis Tesla, selain turut menempatkan Tesla Supercharger terbaru.
Dibangunkan dalam tempoh hanya dua bulan, pusat sehenti Tesla ini juga berperanan sebagai Pusat Pengalaman Tesla Malaysia yang pertama, sebelum lebih banyak lagi Pusat Pengalaman lain dibuka dalam masa terdekat, salah satunya di Pavilion Damansara Heights yang dijangka akan dibuka menjelang akhir bulan ini.

HQ Tesla Motors Malaysia terletak di Persiaran APEC, Cyberjaya
Di sini, pelanggan boleh mendapatkan khidmat penyelenggaraan dan sokongan pelanggan lain. Bagi memastikan kualiti perkhidmatan yang terbaik, pusat servis yang dilengkapi dengan alat diagnostik canggih dengan kakitangan profesional yang terlatih. Pusat ini turut menempatkan sebuah gudang alat ganti untuk memastikan hanya alat ganti tulen digunakan untuk setiap servis kenderaan yang dilakukan di sini.
Untuk kemudahan pengecas EV, sebanyak lapan Supercharger ditempatkan di sini, selain 12 Tesla Wallbox yang akan dibuka untuk kegunaan orang ramai tidak lama lagi.


Tesla Model 3 dan Model Y kini boleh ditempah melalui laman web rasmi Tesla Motors Malaysia
Di samping itu, ibu pejabat Cyberjaya ini juga akan menjadi pusat penghantaran model-model Tesla yang telah ditempah oleh rakyat Malaysia. Buat masa ini, Model 3 facelift dan Model Y boleh ditempah melalui laman web rasmi Tesla Motors Malaysia, dengan harga bermula dari RM189,000 untuk Model 3 RWD, dan RM199,000 untuk Model Y RWD.

Ibu pejabat Tesla Motors Malaysia terletak di Cyberview 23A, Persiaran APEC, Cyber 6, 63000 Cyberjaya, Selangor. Waktu operasi adalah dari jam 9 pagi hingga 6 petang pada hari Isnin hingga Jumaat, manakala pada hari Sabtu, Ahad, dan cuti umum, masa operasinya adalah dari 10 pagi hingga 7 petang.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN5207
SELANGOR
BST3938
JOHOR
JD4737J
PULAU PINANG
PSF2572
PERAK
APL1882
PAHANG
CFH5991
KEDAH
KGH8048
NEGERI SEMBILAN
NEL6518
KOTA KINABALU
SJT8553
KUCHING
QAB4992P
Terakhir Kemas Kini 30 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Tesla Model Y Bakal Meluncur Di Jalan Raya – Serahan Pertama Hari Ini
Tesla Motors Malaysia akhirnya memulakan penyerahan pertama bagi Model Y.
12-03-2024
Stesen Supercharger 250 kW Tesla Kini Di Kuantan – RM1.25/kWj
Buat perjalanan ke Pantai Timur dengan tenang kerana Tesla Motors Malaysia telah membuka stesen Supercharger (DC) pertamanya di Kuantan, Pahang.
17-06-2024
Peluang Akhir Saksikan Tesla Cybertruck Di Malaysia, Kini Di One Utama
Tesla Cybertruck membuat kemunculan terakhirnya di negara kita di pusat beli-belah One Utama, Petaling Jaya.
10-06-2024
Trak ‘Kalis Peluru,' Tesla Cybertruck Dipertontonkan Di Malaysia – Ini Spesifikasinya...
Tesla Malaysia sebentar tadi telah mempertontonkan trak Tesla Cybertruck. Ini yang menarik...
08-04-2024
Tesla Supercharger Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang Kini Aktif – RM1.25/kWj
Tesla Motors Malaysia telah mengaktifkan stesen pengecas pertamanya di Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang.
05-04-2024
Tesla Model Y Bakal Meluncur Di Jalan Raya – Serahan Pertama Hari Ini
Tesla Motors Malaysia akhirnya memulakan penyerahan pertama bagi Model Y.
12-03-2024
Kenapa Tesla Pilih Malaysia? Kerajaan Indonesia Ingin Jumpa Elon Musk 2 Ogos Ini
Kerajaan Indonesia bakal mengadakan pertemuan dengan Elon Musk. Apa puncanya?
31-07-2023
Bolehkah Pemilik Tesla Recond Guna Supercharger Tesla? Ini Jawapan Tesla Malaysia
Adakah pemilik Tesla recond boleh menggunakan Supercharger Tesla? Ini pendedahannya...
22-07-2023
Berita Terkini
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar
Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.
24-08-2026
Berapa EV Terbakar Di Malaysia
Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.
19-08-2026
EV Punca Rumah Ratusan Ribu Terbakar
Adakah salah EV atau pengecas EV yang tidak mematuhi piawaian.
17-08-2026
Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia
Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.
12-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
