Trak ‘Kalis Peluru,' Tesla Cybertruck Dipertontonkan Di Malaysia – Ini Spesifikasinya...
![]()
Tesla Malaysia sebentar tadi telah mempertontonkan trak Tesla Cybertruck, yang unik dan futuristik dalam satu acara pratonton eksklusif untuk media. Diperkenalkan di peringkat global secara rasmi pada bulan Disember tahun lalu, trak elektrik ini ditawarkan dalam tiga varian iaitu varian pacuan roda belakang (RWD), pacuan semua roda (AWD) dan varian berprestasi dengan tiga motor, Cyberbeast.
Apa Yang Kami Lihat?




Sebaik kain penutup Cybertruck dibuka, terpapar sebuah trak gergasi dengan sudut-sudut tajam yang ‘menggerunkan.’ Pelbagai sudut pada badan Cybertruck ini rata tanpa lekukan yang membutkannya tampil minimal. Rekaan rata ini juga membantu menjadikan Cybertruck lebih aerodinamik, sekaligus membolehkannya bergerak lebih jauh dengan sekali cas.
![]()
Dari segi dimensi, Cybertruck berukuran 5,683 mm (panjang), 2,032 mm (lebar) dan 1,796 mm (tinggi) dengan jarak antara roda 3,635 mm. Berat bersih trak ini ialah antara 3,009-3,129 kg.
Model yang dibangunkan dengan menggunakan kerangka luar (exoskeleton) ini memberikannya badan yang kukuh dan tahan lasak yang menurut CEO Tesla, Elon Musk, adalah kalis peluru (psst: malangnya, cermin trak ini tidak memiliki kemampun sama).
Bagaimanakah Kemampuan Setiap Varian Tesla Cybertruck?
Ditawarkan dalam tiga varian, varian paling rendah, RWD, boleh membuat pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 6.7 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi, 180 km/j. Varian ini boleh bergerak sejauh 402 km dengan sekali cas, dan memiliki kapasiti tundaan 3,402 kg.
Varian AWD, boleh bergerak lebih laju daripada 0-100 km/j dalam masa hanya 4.3 saat dengan kelajuan tertinggi 180 km/j. Jarak EV varian ini ialah 547 km dan memiliki kapasiti tundaan 4,990 kg.
Akhir sekali, varian paling berkuasa, Cyberbeast yang juga varian AWD, boleh membuat pecutan 0-100 km/j dalam masa sepantas 2.7 saat (dalam mod pemanduan Beast) dengan kelajuan tertinggi 209 km/j. Varian ini boleh mencapai jarak perjalanan sehingga 515 km dengan sekali cas.
Tesla Cybertruck ialah model Tesla yang pertama dibangunkan dengan senibina elektrikal yang mampu menampung 800 Volt, ini bermaksud model ini boleh menerima pengecasan pantas DC termasuk pengecas Supercharger. Ia juga model pengeluaran pertama yang dilengkapi dengan senibina elektrikal 48 volt yang membolehkannya menggunakan wayar lebih nipis kerana arus yang lebih rendah.
Cybertruck dilengkapkan dengan sistem suspensi udara yang boleh memberikannya jarak kelegaan tanah sehingga 305 mm (mod Normal) sehingga 443 mm (mod Extract).
Bagaimana Dengan Kabinnya?
-full_normal.jpg)




Trak futuristik ini dilengkapi dengan skrin sentuh berasiaz 18.5 inci di bahagian hadapan, dan 9.4 inci untuk tempat duduk belakang. Model ini menggunakan 15 speaker dengan 2 subwoofer. Kelengkapan lain ialah stereng yoke dengan butang kawalan signal dan wiper, pengecas tanpa wayar serta penapis udara HEPA dengan mod "“bioweapon defence." Ruang kargo Cybertruck ialah 3,423.5 liter, termasuk storan berkunci, 1,888 liter.

Cybertruck didatangkan dengan kemampuan Vehicle-to-Load (V2L) melalui port sambungan 120 dan 240 volt yang boleh menyalurkan kuasa sehingga 11.5 kW kepada peranti lain.
Bilakah Tesla Cybertruck Akan Masuk Pasaran Malaysia?


Persoalan yang sebenar adakah Tesla Cybertruck akan dilancarkan di Malaysia, jawapannya, buat masa ini mungkin tidak. Kedatangan Cybertruck di bumi Malaysia ini hanyalah sebahagian daripada kunjungan untuk mempromosikan jenama Tesla di Asia.
Sebelum model ini boleh dibawa masuk secara rasmi ke negara kita, pelbagai faktor perlu dipertimbangkan, termasuklah tahap praktikalnya dan aspek keselamatannya. Sekiranya ia dapat memenuhi keperluan tempatan, ada kemungkinan kita dapat melihat Tesla Cybertruck ditawarkan di pasaran Malaysia.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA2444
SELANGOR
BSQ3640
JOHOR
JYX3040
PULAU PINANG
PSC5019
PERAK
APH6757
PAHANG
CFG6020
KEDAH
KGG2171
NEGERI SEMBILAN
NEK4872
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB8428N
Terakhir Kemas Kini 27 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Cybertruck RHD Akan Jadi Kenyataan – Bakal Tiba di Australia
Tesla dilaporkan telah mengesahkan rancangan untuk menghasilkan versi pemanduan sebelah kanan (RHD) bagi trak elektrik, Tesla Cybertruck.
13-03-2025
Tesla Buat Panggilan Semula Kali Ke-15 Tahun Ini, Babit 700K Kenderaan
Tesla mengeluarkan notis panggilan semula buat kali ke-15 tahun ini, kali ini melibatkan hampir 700,000 kenderaan.
24-12-2024
Jom Orang Penang Serbu Gurney Plaza
Tesla baharu sahaja dilancarkan secara rasmi di Pulau Pinang.
24-06-2024
Peluang Akhir Saksikan Tesla Cybertruck Di Malaysia, Kini Di One Utama
Tesla Cybertruck membuat kemunculan terakhirnya di negara kita di pusat beli-belah One Utama, Petaling Jaya.
10-06-2024
Tesla Cybertruck Akan Didedah 6 April Ini? Malaysia Pula Bila?
Tesla Thailand bakal menayangkan Cybertruck tidak lama lagi.
02-04-2024
"Langsung Tak Sama!" – Khemah Tesla Cybertruck Lebih RM14K Ini Buat Pembeli Bengang
Sebaik menerima khemah yang ditempah, pembeli terkejut.
11-03-2024
Radar RD6 Boleh Pecut Macam Tesla Cybertruck?
Geely bakal melancarkan trak pikap elektrik Radar RD6 tidak lama lagi.
19-02-2024
Tesla Cybertruck Mula Dihantar 30 Nov Ini, Walaupun Banyak Isu?
Tesla akan memulakan penghantara Cybertruck, namun benarkah model ini ada banyak isu?
08-11-2023
Berita Terkini
PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS
Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.
22-05-2026
BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV
Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.
20-05-2026
Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia
Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!
19-05-2026
Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit
Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?
13-05-2026
Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat
Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!
13-05-2026
Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai
Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.
12-05-2026
Andai Kata: T20 Tanpa Subsidi Petrol: RM1 Petrol Hanya 2.98km — EV Mampu Pergi Sejauh 5.45km
Dengan harga pasaran RON95 TANPA SUBSIDI di Malaysia mencecah RM4.02/L, sejauh manakah RM1 sebenarnya boleh membawa anda? Ini perbandingan antara EV vs Petrol.
11-05-2026
Pendaftaran EV Mencanak Bulan Lepas
Ingat Trend?Anda Salah! Data Terbaharu Dedahkan Rakyat Malaysia Kini Berpusu-pusu 'Tinggalkan" Kereta Petrol.
11-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
