Tesla Cybertruck Mula Dihantar 30 Nov Ini, Walaupun Banyak Isu?

Ketua Unit Rekaan Tesla, Franz von Holzhausen membawa Cybertruck ke sebuah acara santai, kopi dan automotif di California Selatan (Sumber foto: Inside EVs)
Tesla akan mengeluarkan sebanyak 200,000 unit trak elektrik, Cybertruck, setiap tahun, umum CEO Elon Musk. Jumlah pengeluaran ini lebih tinggi daripada kapasiti pengeluaran yang pernah dinyatakan sebelum ini, dengan potensi peningkatan kepada 250,000 pada tahun 2025.
Baru-baru ini, Ketua Unit Rekaan Tesla, Franz von Holzhausen, telah dilihat memandu prototaip Cybertruck dalam warna hitam kusam (matte) ke sebuah acara di California Selatan, Amerika Syarikat, yang mendedahkan orang ramai kepada beberapa isu kualiti pembinaannya, lapor portal automotif antarabangsa, Inside EVs.





Prototaip tersebut diperlihatkan dengan badan yang dibaluti lapisan vinil berwarna hitam kusam yang ‘menyerlahkan’ lagi masalah kualiti binaannya, termasuk jurang antara panel yang tidak rapat dan pemasangan lain yang dilihat tidak sesuai.
Reka bentuk unik Cybertruck, yang dikatakan mengambil inspirasi daripada konsep Cyberpunk telah dikritik kerana bukan sahaja dilihat terlalu ringkas tetapi juga kerana isu keselamatannya.
Tesla dikatakan membangunkan Cybertruck dengan panel badan yang kalis peluru, namun begitu, cermin trak elektrik ini dikatakan tidak mempunyai ciri kalis peluru yang sama. Menurut Musk, cermin kalis peluru ditawarkan sebagai pilihan tambahan atau dalam varian berbeza.

Cermin kaca yang digunakan pada Cybertruck standard, bukan jenis kalis peluru
"Apa sahaja boleh dijadikan kalis peluru, tetapi kaca tersebut perlu direka sangat tebal untuk tujuan tersebut, jadi ia tidak boleh digerakkan naik dan turun," jelas Musk.
Musk mengakui kesukaran untuk membangunkan Cybertruck memandangkan ini merupakan model yang jauh berbeza daripada kenderaan lain yang pernah dihasilkan.
Penghantaran trak berkonsep Cyberpunk itu dijadualkan bermula pada 30 November, hampir empat tahun selepas ia diperkenalkan buat pertama kalinya pada tahun 2019.
Sumber: Reuters, Inside Evs
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN5207
SELANGOR
BST3938
JOHOR
JD4737J
PULAU PINANG
PSF2572
PERAK
APL1882
PAHANG
CFH5991
KEDAH
KGH8048
NEGERI SEMBILAN
NEL6518
KOTA KINABALU
SJT8553
KUCHING
QAB4992P
Terakhir Kemas Kini 30 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Cybertruck RHD Akan Jadi Kenyataan – Bakal Tiba di Australia
Tesla dilaporkan telah mengesahkan rancangan untuk menghasilkan versi pemanduan sebelah kanan (RHD) bagi trak elektrik, Tesla Cybertruck.
13-03-2025
Tesla Buat Panggilan Semula Kali Ke-15 Tahun Ini, Babit 700K Kenderaan
Tesla mengeluarkan notis panggilan semula buat kali ke-15 tahun ini, kali ini melibatkan hampir 700,000 kenderaan.
24-12-2024
Jom Orang Penang Serbu Gurney Plaza
Tesla baharu sahaja dilancarkan secara rasmi di Pulau Pinang.
24-06-2024
Peluang Akhir Saksikan Tesla Cybertruck Di Malaysia, Kini Di One Utama
Tesla Cybertruck membuat kemunculan terakhirnya di negara kita di pusat beli-belah One Utama, Petaling Jaya.
10-06-2024
Trak ‘Kalis Peluru,' Tesla Cybertruck Dipertontonkan Di Malaysia – Ini Spesifikasinya...
Tesla Malaysia sebentar tadi telah mempertontonkan trak Tesla Cybertruck. Ini yang menarik...
08-04-2024
Tesla Cybertruck Akan Didedah 6 April Ini? Malaysia Pula Bila?
Tesla Thailand bakal menayangkan Cybertruck tidak lama lagi.
02-04-2024
"Langsung Tak Sama!" – Khemah Tesla Cybertruck Lebih RM14K Ini Buat Pembeli Bengang
Sebaik menerima khemah yang ditempah, pembeli terkejut.
11-03-2024
Radar RD6 Boleh Pecut Macam Tesla Cybertruck?
Geely bakal melancarkan trak pikap elektrik Radar RD6 tidak lama lagi.
19-02-2024
Berita Terkini
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar
Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.
24-08-2026
Berapa EV Terbakar Di Malaysia
Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.
19-08-2026
EV Punca Rumah Ratusan Ribu Terbakar
Adakah salah EV atau pengecas EV yang tidak mematuhi piawaian.
17-08-2026
Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia
Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.
12-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
