Gentari Lancar 18 Pengecas AC EV Di Pusat Beli-Belah Sekitar Johor Bahru

Gentari baru-baru ini telah melancarkan 18 stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) baharu yang ditempatkan di lokasi ideal untuk memudahkan akses orang ramai iaitu di empat buah pusat beli-belah di sekitar Johor Bahru. Berikut adalah senarai lokasi terbaru Gentari:
PERLING MALL

Perling Mall, yang terletak di Taman Perling, kini menyediakan dua unit pengecas AC 11kW dan satu unit AC 22kW. Pengecas ini terletak di tempat letak kereta di aras bawah. Kadar pengecasan yang dikenakan ialah tetap pada RM0.17/min.
PARADIGM MALL

Paradigm Mall, yang terletak di Jalan Skudai, menjadi lokasi kedua yang menempatkan enam stesen pengecasan terdiri daripada tiga pengecas AC 7kW dan tiga pengecas AC 22kW. Stesen pengecas ini terdapat di kawasan tempat letak kereta bertingkat. Pengguna akan dikenakan caj sebanyak RM0.13/min untuk penggunaan pengecas 7kW dan RM0.18/kW untuk unit 22kW.
PELANGI LEISURE MALL

Pelangi Leisure Mall yang terletak di Jalan Tebrau kini menyediakan kemudahan pengecas AC 11 kW sebanyak tiga unit di kawasan parkir yang ketiga. Kadar pengecasan untuk pengecas AC akan tetap pada RM0.17/min.
PELANGI PLAZA

Akhir sekali, di Pelangi Plaza di Taman Pelang orang ramai boleh memanfaatkan enam unit pengecas AC 11 kW pada kadar tetap RM0.17/min.
Penyediaan hampir 20 unit pengecas EV oleh Gentari ini mendekatkan syarikat tersebut kepada matlamatnya untuk menyediakan sebanyak 400 pengecas menjelang tahun 2023.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN5207
SELANGOR
BST3938
JOHOR
JD4737J
PULAU PINANG
PSF2572
PERAK
APL1882
PAHANG
CFH5991
KEDAH
KGH8048
NEGERI SEMBILAN
NEL6518
KOTA KINABALU
SJT8553
KUCHING
QAB4992P
Terakhir Kemas Kini 30 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Berita Terkini
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar
Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.
24-08-2026
Berapa EV Terbakar Di Malaysia
Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.
19-08-2026
EV Punca Rumah Ratusan Ribu Terbakar
Adakah salah EV atau pengecas EV yang tidak mematuhi piawaian.
17-08-2026
Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia
Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.
12-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat


