Menteri Dedah Malaysia Kini Ada 4,100 Pusat Pengecas EV

Tahukah anda, Malaysia kini memiliki sekurang-kurangnya 4,100 pusat pengecasan kenderaan elektrik (EV) di seluruh negara.
Perkara itu didedahkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, usaha itu bukan sahaja bertujuan mengurangkan pelepasan untuk pengangkutan dalam jangka panjang tetapi juga meletakkan Malaysia sebagai hab serantau bagi mobiliti hijau dan mampan.

"Di bawah tunjang mobiliti hijau, Malaysia giat memperluas ekosistem EV daripada infrastruktur pengecasan di seluruh negara dan elektrifikasi armada awam hinggalah kepada dasar yang menggalakkan pembuatan EV tempatan dan rantaian bekalan komponennya," katanya.
Berpandukan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) Malaysia sedang merangka laluan berfasa dan strategik ke arah mencapai Pelepasan Sifar Bersih menjelang 2050.
Enam tunjang utama yang menyokong pelan hala tuju itu ialah kecekapan tenaga, tenaga boleh baharu, biotenaga, hidrogen, mobiliti hijau dan pemerangkapan karbon.

Bagi memastikan elektrik yang membekalkan kuasa kepada EV dan jentera lain datang daripada sumber-sumber tenaga hijau, Fadillah berkata, Malaysia menetapkan sasaran yang bercita-cita tinggi - meningkatkan perkongsian tenaga boleh baharu dalam campuran tenaga kepada 70 peratus menjelang 2050 sambil menggandakan sasaran penjimatan kecekapan tenaga negara kepada 22 peratus.
"Langkah-langkah praktikal sudah pun digerakkan: pengubahsuaian bangunan berskala besar, piawaian kecekapan yang lebih ketat bagi peralatan dan penggunaan biodiesel yang diperluas daripada B10 kepada B20 dalam sektor pengangkutan.
"Ini bukanlah idea abstrak, sebaliknya langkah nyata yang mewujudkan kemajuan yang dapat dilihat secara langsung di lapangan," katanya.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSB3763
SELANGOR
BSV4191
JOHOR
JJ3491J
PULAU PINANG
PSH7019
PERAK
APN3541
PAHANG
CFJ5132
KEDAH
KGK461
NEGERI SEMBILAN
NEM7330
KOTA KINABALU
SJV4012
KUCHING
QAB1448Q
Terakhir Kemas Kini 27 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Pengimport EV CBU Bakal Galas Tugas Bina Infrastruktur Pengecasan?
MITI sedang membuat pertimbangan untuk mewajibkan syarikat pengimport (CBU) kereta EV membantu membina rangkaian pengecasan
06-02-2026
Semakin Ramai 'Lembut Hati' Beralih Kepada EV, Tetapi Cukupkah Infrastruktur EV Malaysia?
Semakin ramai orang mula ‘berlembut hati’ untuk beralih kepada kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, namun adakah negara kita benar-benar bersedia untuk menampung pengunaan EV secara besar-besaran? Ini kupasannya…
24-11-2025
Cas EV Di ChargeSini Lebih Santai, Tempoh Kelonggaran Kini 30 Minit
ChargeSini, mengumumkan bahawa tempoh kelonggaran atau idle grace period kini dipanjangkan daripada 15 minit kepada 30 minit selepas sesi pengecasan tamat.
04-11-2025
ChargeSini Sediakan Pengecas Pantas DCFC 50 kW Di Pusat 3S Proton IOI City Mall
Berita baik kepada pemilik kenderaan elektrik (EV) di sekitar Putrajaya, Pusat 3S Proton yang terletak di IOI City Mall, Putrajaya, kini menyediakan fasiliti pengecasan pantas DC (DCFC) yang berkuasa 50 kW.
19-10-2025
Hab Pengecasan EV Bersepadu Seremban Siap 2027 – 20 Pengecas DC
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bersama dengan rakan kerjasama, Yinson GreenTech (YGT), telah rasmi memulakan pembinaan Hab Pengecasan Kenderaan Elektrik (EV) Bersepadu pertama di Malaysia.
17-10-2025
Lampu Jalan Jadi Pengecas EV – Kerjasama UMPSA & EV Plus
EV Plus Mobility Solutions Sdn. Bhd. (EV Plus) dan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) secara rasminya telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bagi melancarkan pengecas EV pertama di Malaysia yang dipasang pada tiang lampu.
05-10-2025
PRO-NET Lancar Pengecas DC Pertama Di Proton City, Tanjung Malim – Serendah RM0.40/kWj Sepanjang Oktober
Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) kini memperluas jaringan pengecasan kenderaan elektrik (EV) dengan pelancaran stesen pengecas pantas DC pertama di Proton City, Tanjung Malim.
30-09-2025
Nisbah Pengecas EV Malaysia Lebih Baik Daripada Thailand, Tetapi...
Nisbah pengecas dan EV di Malaysia di tahap yang sihat. Ini kupasannya...
22-07-2025
Berita Terkini
Cukai Jalan EV 85% Lebih Murah Berbanding Kereta Petrol
Cukai Jalan EV 85% Lebih Rendah Berbanding ICE.
26-11-2026
We Never Anti EV - Menteri MITI
Datuk Johari menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah anti-EV.
26-11-2026
Perlindungan Bil Elektrik 800 kWj Berakhir 31 Dis Ini, Apa Pemilik EV Patut Tahu
Mengecas EV di rumah? Bersedia untuk perubahan perlindungan bil elektrik 800 kWj dan pelarasan AFA pada 2027 agar bil TNB bulanan anda kekal terkawal.
20-11-2026
BYD Flash Charging Tiba di Malaysia: Hanya Cas 9 Minit
BYD Flash Charging kini di Malaysia dengan kuasa 1,500 kW! Cas DENZA D9 & Z9GT 10%-97% dalam 9 minit di bilik pameran Balakong, Glenmarie & Old Klang Road.
19-11-2026
Letih Muat Turun App Berbeza, Kan Senang Kalau Guna Debit Sahaja
Kena Muat Turun Banyak App Semata-Mata Nak Cas Kereta.
19-11-2026
Berapa Jumlah Pengecas EV Awam Di Malaysia?
Baru ada 7,341 pengecas EV seluruh Malaysia — sempat ke nak capai 30,000 menjelang 2030?
17-11-2026
BYD Flash Charging Bakal Dilancar
Flash Charging Bakal Dilancar, Denza Perkemas OTA untuk DENZA Z9GT.
13-11-2026
Proton e.MAS Laku Deras, 35,000 Unit Terjual Dalam 10 Bulan
Pencapaian ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding jumlah jualan sepanjang tahun 2025.
12-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
