ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Pengimport EV CBU Bakal Galas Tugas Bina Infrastruktur Pengecasan?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

626676412_1483618549823498_5356533726746294786_n.jpg


Malaysia kini sudah mempunyai sebanyak 5,624 poin pengecasan awam untuk kenderaan elektrik (EV) di seluruh negara, merangkumi kira-kira 56% daripada sasaran asal. Namun, ada perubahan strategi: tumpuan kini lebih terarah kepada pemasangan pengecas pantas, arus terus (DC) berbanding pengecas biasa, arus ulang-alik (AC).


Bagi memastikan infrastruktur ini selari dengan pertambahan jumlah EV di jalan raya, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang membuat pertimbangan untuk mewajibkan syarikat pengimport (CBU) kereta EV membantu membina rangkaian pengecasan ini sebagai syarat import pada masa hadapan.


Mengapa Pengecas DC Dilihat Lebih Penting?


Zafrul-EV-Charger-(8).jpg


Menteri MITI, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, mendedahkan data menarik mengenai pecahan pengecas yang telah dipasang:

  • Pengecas DC:  Sebanyak 1,923 unit telah dipasang, melebihi sasaran asal 1,500 unit sebanyak 28%. Membuktikan kepentingan pengecas DC untuk kegunaan orang awam. 
  • Pengecas AC: Baru mencecah 3,701 unit, iaitu hanya 40% daripada sasaran 8,500 unit.

Johari menjelaskan bahawa situasi ini mencerminkan permintaan sebenar dan bukannya disebabkan kegagalan pelaksanaan, memandangkan ramai pemilik EV di rumah teres lebih bergantung kepada pengecasan kediaman, manakala penyediaan poin pengecasan di kediaman strata atau kondominium masih lagi di peringkat awal untuk memenuhi permintaan urban.


Berapakah Kos Sebenar Pemasangan Satu Unit Pengecas DC?


RHB-EV-Charger-Caricarz-(2).jpgzafrul-1500-ev-charger-(8).jpg


Jangan terkejut, membina rangkaian pengecasan ini bukannya murah. Datuk Seri Johari mengakui ia adalah industri yang memerlukan modal yang sangat besar. 


Katanya, "Kos pemasangan bagi setiap satu unit pengecas pantas DC dianggarkan mencecah RM210,000. Selain kos, prosesnya juga perlahan kerana perlu berurusan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT), Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk naik taraf grid elektrik."


Bagaimana Pula Dengan Liputan Di Kawasan Luar Bandar?


Zafrul-EV-Charger-(5).jpg


Bagi mengurangkan kebimbangan pemandu tentang jarak perjalanan, rangkaian di kawasan strategik terus diperkukuh:

  • Zon Utara: Sebanyak 45 pengecas pantas DC telah dipasang di 21 lokasi utama oleh operator seperti TNB Electron, Gentari, Shell Recharge, dan JomCharge dengan kapasiti sehingga 240kW.
  • Laluan Persekutuan (Gerik–Jeli): Permintaan di laluan ini bersifat bermusim, yang bermaksud sebarang usaha peluasan perlu dipandu oleh tahap penggunaan, daya maju komersial, serta kelestarian jangka panjang.

Apa Yang Perlu Dilakukan Kerajaan Untuk Mempercepatkan Proses Ini?


CariCarz secara konsisten menekankan bahawa penglibatan kerajaan tidak seharusnya terhad kepada model kerjasama awam-swasta semata-mata. Kami mencadangkan penyertaan kewangan secara langsung bagi menangani kos pelaburan awal yang tinggi, serta langkah proaktif dalam memperkemas prosedur birokrasi. 


Cadangan ini telah lama disuarakan oleh pakar industri, namun sehingga kini, ia dilihat lebih mendapat perhatian di peringkat sektor berbanding dalam naratif penggubalan dasar kerajaan.

Juga Menarik: MITI Makin Tegas, Pasaran Malaysia Bukan 'Tong Sampah' Untuk EV Murah Tanpa Nilai Tambah

Sumber: Bernama | FMT

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VSB3490

SELANGOR

BSV4164

JOHOR

JJ3324J

PULAU PINANG

PSH6951

PERAK

APN3497

PAHANG

CFJ5121

KEDAH

KGK395

NEGERI SEMBILAN

NEM7309

KOTA KINABALU

SJV3892

KUCHING

QAB1400Q

Terakhir Kemas Kini 27 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto
Vendor Automotif Malaysia Kunjungi Kilang Chery Di China – Inisiatif MIDA Jadikan Negara Hab Automotif

Vendor Automotif Malaysia Kunjungi Kilang Chery Di China – Inisiatif MIDA Jadikan Negara Hab Automotif

Chery Corporate Malaysia Sdn. Bhd., bersama Malaysian Investment Development Authority (MIDA), telah menganjurkan Chery Premier Supply Chain Programme dari 2 hingga 5 Disember yang lalu.

10-12-2024
EV
Tesla Jalin Kerjasama Dengan 45 Pembekal Tempatan – Cerminkan Keyakinan Terhadap Pasaran EV Malaysia

Tesla Jalin Kerjasama Dengan 45 Pembekal Tempatan – Cerminkan Keyakinan Terhadap Pasaran EV Malaysia

MITI memaklumkan bahawa Tesla kini bekerjasama dengan kira-kira 45 pembekal tempatan di Malaysia.

22-11-2024
Berita Auto
BYD Shark 6 Jadi Model CKD Pertama BYD di Malaysia

BYD Shark 6 Jadi Model CKD Pertama BYD di Malaysia

Pemasangan Tempatan BYD Bermula Hari Ini.

26-11-2026
EV
We Never Anti EV - Menteri MITI

We Never Anti EV - Menteri MITI

Datuk Johari menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah anti-EV.

26-11-2026
Berita Auto
MITI, Pekema Teroka Eksport Kenderaan Terpakai

MITI, Pekema Teroka Eksport Kenderaan Terpakai

PEKEMA merancang untuk meneroka pasaran eksport kenderaan terpakai ke Bangladesh dan Pakistan.

23-11-2026
Berita Auto
Pengerusi Chery Mohon Maaf Kepada Menteri MITI, Ada Sebabnya

Pengerusi Chery Mohon Maaf Kepada Menteri MITI, Ada Sebabnya

Bos Besar Chery Minta Maaf Kepada Menteri Malaysia.

22-10-2026
Berita Auto
Bukan Lagi Fantasi: MITI Rancang Projek Rintis Dron & Teksi Udara Di Universiti

Bukan Lagi Fantasi: MITI Rancang Projek Rintis Dron & Teksi Udara Di Universiti

Daripada Pertanian Hingga Logistik Udara: Ini Perancangan MITI Untuk Projek Lembah Tanpa Pemandu.

25-08-2026
Berita Auto
China Hubungi MITI Nak Uji Kereta Terbang Di Malaysia?

China Hubungi MITI Nak Uji Kereta Terbang Di Malaysia?

Syarikat China Minat Jadikan Malaysia Untuk Uji Kereta Terbang.

20-08-2026

Berita Terkini

EV
Cukai Jalan EV 85% Lebih Murah Berbanding Kereta Petrol

Cukai Jalan EV 85% Lebih Murah Berbanding Kereta Petrol

Cukai Jalan EV 85% Lebih Rendah Berbanding ICE.

26-11-2026
EV
We Never Anti EV - Menteri MITI

We Never Anti EV - Menteri MITI

Datuk Johari menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah anti-EV.

26-11-2026
EV
Perlindungan Bil Elektrik 800 kWj Berakhir 31 Dis Ini, Apa Pemilik EV Patut Tahu

Perlindungan Bil Elektrik 800 kWj Berakhir 31 Dis Ini, Apa Pemilik EV Patut Tahu

Mengecas EV di rumah? Bersedia untuk perubahan perlindungan bil elektrik 800 kWj dan pelarasan AFA pada 2027 agar bil TNB bulanan anda kekal terkawal.

20-11-2026
EV
BYD Flash Charging Tiba di Malaysia: Hanya Cas 9 Minit

BYD Flash Charging Tiba di Malaysia: Hanya Cas 9 Minit

BYD Flash Charging kini di Malaysia dengan kuasa 1,500 kW! Cas DENZA D9 & Z9GT 10%-97% dalam 9 minit di bilik pameran Balakong, Glenmarie & Old Klang Road.

19-11-2026
EV
Letih Muat Turun App Berbeza, Kan Senang Kalau Guna Debit Sahaja

Letih Muat Turun App Berbeza, Kan Senang Kalau Guna Debit Sahaja

Kena Muat Turun Banyak App Semata-Mata Nak Cas Kereta.

19-11-2026
EV
Berapa Jumlah Pengecas EV Awam Di Malaysia?

Berapa Jumlah Pengecas EV Awam Di Malaysia?

Baru ada 7,341 pengecas EV seluruh Malaysia — sempat ke nak capai 30,000 menjelang 2030?

17-11-2026
EV
BYD Flash Charging Bakal Dilancar

BYD Flash Charging Bakal Dilancar

Flash Charging Bakal Dilancar, Denza Perkemas OTA untuk DENZA Z9GT.

13-11-2026
EV
Proton e.MAS Laku Deras, 35,000 Unit Terjual Dalam 10 Bulan

Proton e.MAS Laku Deras, 35,000 Unit Terjual Dalam 10 Bulan

Pencapaian ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding jumlah jualan sepanjang tahun 2025.

12-11-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.