Cybertruck RHD Akan Jadi Kenyataan – Bakal Tiba di Australia

Tesla dilaporkan telah mengesahkan rancangan untuk menghasilkan versi pemanduan sebelah kanan (RHD) bagi trak elektrik, Tesla Cybertruck, untuk dipasarkan di Australia.
Perlu Modifikasi Kecil untuk Pasaran Australia
Menurut portal automotif Drive Australia, Cybertruck versi RHD ini akan diberikan beberapa perubahan kecil sebelum ditawarkan di Australia. Bagaimanapun, Tesla menegaskan bahawa model yang akan diperkenalkan bukanlah versi yang lebih rendah atau downgrade daripada model asal, kerana ia tetap memiliki spesifikasi dan keupayaan yang sama dengan versi pemanduan sebelah kiri (LHD) yang asal.

-full.jpg)
"Kami sedang bekerja keras untuk membawa Cybertruck dalam versi pemanduan kanan," kata Pengarah Tesla Australia, Thom Drew kepada Drive Australia.
Kenapa Australia Dipilih Sebagai Pasaran RHD?
Namun begitu, usaha ini masih dalam peringkat awal kerana Tesla perlu membangunkan model khusus untuk pasaran Australia memandangkan kesemua Cybertruck yang dihasilkan di Tesla Giga Texas setakat ini hanya tersedia dalam versi pemanduan sebelah kiri (LHD).


Menurut Drew, pasukan Tesla Australia kini sedang membuat pertimbangan perniagaan bagi Cybertruck RHD, dengan menyatakan bahawa Australia berkemungkinan menjadi satu-satunya pasaran RHD yang akan menerima model ini. Ini bermakna pasaran RHD lain seperti UK, Thailand dan Malaysia mungkin tidak akan mendapat Cybertruck, walaupun Tesla telah menjalankan kempen jelajah di beberapa negara tersebut tahun lalu.
“Secara keseluruhannya, trak pikap sangat popular di sini. Ya, Cybertruck berada dalam kelas tersendiri dari segi saiz dan ciri-cirinya, tetapi buat masa ini, tiada model lain yang setanding dengannya di pasaran atau akan dilancarkan dalam masa terdekat. Jadi, kami percaya ada potensi besar untuk model ini [di sini],” jelas Drew.
“Kami sedang berbincang dengan pasukan kejuruteraan mengenai kebolehlaksanaan membina model pemanduan kanan. Secara realistik, ia mungkin [akan dihasilkan] khas untuk pasaran Australia, jadi itu satu cabaran yang besar. Tetapi kami sedang bekerja keras untuk menjadikannya kenyataan,” tambahnya.
Cabaran Terbesar: Pematuhan Peraturan Australia

Selain cabaran menukar kedudukan pemanduan, cabaran terbesar bagi Tesla Australia adalah memastikan Cybertruck mematuhi Australian Design Rule (ADR), peraturan reka bentuk kenderaan di negara itu.


Walaupun terdapat spekulasi bahawa sistem steer-by-wire Cybertruck mungkin tidak menepati ADR, Drew memberi bayangan bahawa Tesla akan memberi tumpuan kepada perubahan kecil seperti unit lampu yang mematuhi piawaian Australia, tanpa perlu melakukan perubahan besar terhadap kejuruteraan asal trak itu.
Baca: Trak ‘Kalis Peluru,' Tesla Cybertruck Dipertontonkan Di Malaysia – Ini Spesifikasinya...
Sumber: Drive Australia
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN6694
SELANGOR
BST4219
JOHOR
JD5319J
PULAU PINANG
PSF2926
PERAK
APL2162
PAHANG
CFH6117
KEDAH
KGH8429
NEGERI SEMBILAN
NEL6739
KOTA KINABALU
SJT8721
KUCHING
QAB5081P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Tesla Buat Panggilan Semula Kali Ke-15 Tahun Ini, Babit 700K Kenderaan
Tesla mengeluarkan notis panggilan semula buat kali ke-15 tahun ini, kali ini melibatkan hampir 700,000 kenderaan.
24-12-2024
Jom Orang Penang Serbu Gurney Plaza
Tesla baharu sahaja dilancarkan secara rasmi di Pulau Pinang.
24-06-2024
Peluang Akhir Saksikan Tesla Cybertruck Di Malaysia, Kini Di One Utama
Tesla Cybertruck membuat kemunculan terakhirnya di negara kita di pusat beli-belah One Utama, Petaling Jaya.
10-06-2024
Trak ‘Kalis Peluru,' Tesla Cybertruck Dipertontonkan Di Malaysia – Ini Spesifikasinya...
Tesla Malaysia sebentar tadi telah mempertontonkan trak Tesla Cybertruck. Ini yang menarik...
08-04-2024
Tesla Cybertruck Akan Didedah 6 April Ini? Malaysia Pula Bila?
Tesla Thailand bakal menayangkan Cybertruck tidak lama lagi.
02-04-2024
"Langsung Tak Sama!" – Khemah Tesla Cybertruck Lebih RM14K Ini Buat Pembeli Bengang
Sebaik menerima khemah yang ditempah, pembeli terkejut.
11-03-2024
Radar RD6 Boleh Pecut Macam Tesla Cybertruck?
Geely bakal melancarkan trak pikap elektrik Radar RD6 tidak lama lagi.
19-02-2024
Tesla Cybertruck Mula Dihantar 30 Nov Ini, Walaupun Banyak Isu?
Tesla akan memulakan penghantara Cybertruck, namun benarkah model ini ada banyak isu?
08-11-2023
Berita Terkini
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia
JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.
02-09-2026
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia
Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.
01-09-2026
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar
Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.
24-08-2026
Berapa EV Terbakar Di Malaysia
Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.
19-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
