Ford Ranger Bukan Trak Pikap "Biasa-Biasa"!

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia melakar sejarah tersendiri apabila menerima dua anugerah, baru-baru ini.
Anugerah itu ialah daripada CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 – “Pick-up Truck of the Year” untuk Ranger Generasi Baharu dan “Car of the Year” untuk Ranger Raptor.
CarPlus Editor’s Choice Award meraikan kecemerlangan automotif di Malaysia untuk menjulang jenama kenderaan yang paling cemerlang dalam pelbagai kategori, termasuk prestasi, reka bentuk, inovasi, dan pengalaman pemanduan
Penamaan diperoleh daripada model-model baru yang dilancarkan di Malaysia antara Julai 2022 - Julai 2023 (12 bulan terakhir).
Pengarah Urusan Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair berkata, pihaknya bersyukur kerana menerima pengiktirafan itu.
“Anugerah ini sebenarnya mengukuhkan kedudukan Ranger yang telah memenangi pelbagai anugerah sebagai peneraju pasaran dalam segmen pikap premium, sama ada untuk urusan kerja mahupun membawa seisi keluarga.
“Dengan peningkatan tahap prestasi dan keupayaan yang lebih tinggi, reka bentuk yang lebih mengancam, teknologi canggih, serta keselesaan, kami yakin ia akan terus menjadi pilihan utama dalam kalangan pengguna dan peminat pikap di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Untuk makluman, Ford Ranger mempunyai reka bentuk yang dikemaskinikan dengan aerodinamik yang lebih baik dan keselesaan dalaman yang ditingkatkan.
Ia menampilkan enjin serba padu dan cukup efisien dengan teknologi intuitif yang terbaik dalam kelas.


Di Malaysia, Ranger Generasi Baharu terdiri daripada 9 varian iaitu bermula dari XL Single Cab hingga model gaya hidup premium WildTrak dan Ranger Raptor prestasi tinggi.
Ranger Raptor yang ditawarkan dalam dua pilihan enjin dimana enjin petrol EcoBoost V6 Twin-Turbo 3.0 liter boleh menghasilkan kuasa setakat 397 PS dan tork 583Nm.

Sementara itu, enjin Diesel Bi-Turbo 2.0L pula menawarkan kuasa sehingga 210 PS dan tork 500 Nm dengan penggunaan bahan api yang kompetitif sebanyak 8.2L/100km.
Untuk mengetahui senarai anugerah dan pengiktirafan Ranger sepanjang tahun, KLIK.
Sehubungan itu, jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai SDAC dan Ford, layari laman sesawang www.sdacford.com.my.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN6614
SELANGOR
BST4184
JOHOR
JD5281J
PULAU PINANG
PSF2897
PERAK
APL2154
PAHANG
CFH6110
KEDAH
KGH8424
NEGERI SEMBILAN
NEL6731
KOTA KINABALU
SJT8709
KUCHING
QAB5064P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Sime Darby Auto Connexion-Ford Lebarkan Sayap Di Malaysia Timur
Pusat pengedar itu dibuka untuk menyediakan perkhidmatan dan produk berkualiti kepada para pelanggannya di Sabah dan Sarawak.
04-02-2025
Adakah Model Terhad Ini Stormtrak?
Edisi terhad ini akan dilancarkan pada hujung bulan ini.
15-05-2024
Ford Ranger Getaways Tawar Latihan 4x4
Sesi latihan Ford Ranger Getaways untuk pemilik Ranger dan Ranger Raptor.
19-04-2024
SDAC Hulur Dana, Bantu Orang Asli Tambah Pendapatan
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) selaku pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia terus komited membantu masyarakat Orang Asli, baru-baru ini.
18-03-2024
PECAH REKOD: Kereta FORD Laris Tahun Lepas
SDAC-Ford mencatatkan jualan pecah rekod tertinggi apabila 8,858 unit Ford Ranger dan Ford Everest terjual pada tahun 2023.
12-03-2024
Ada Ford Ranger? Jom Sertai Ford Ranger Getaways
SDAC bakal mengadakan program Ford Ranger Getaways 2024 lebih esktrem untuk tahun ini.
26-02-2024
Meriah Perhimpunan TT Ford Penampang
Ford Penampang (Rightpower Corporation) menganjurkan Perhimpunan Mega TT ke-7 2023 di J Borneo Native Village, Penampang, Sabah baru-baru ini.
06-12-2023
Ford Ranger Platinum: Mewah Luar, Dalam
Berminat untuk membeli Ford Ranger Platinum, baca artikel ini.
18-11-2023
Berita Terkini
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ
Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.
28-08-2026
Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT
Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.
28-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat